Salam Sejahtera...semoga dirahmati Allah SWT selalu. Tajuk tulisan aku kali ini adalah berkaitan dengan pencarian salasilah yang hilang atau kabur. Seperti yang dimaklumi, sumber sumber untuk pencarian salasilah yang paling besar dan berguna adalah daripada sumber yang masih hidup atau dalam erti kata lain dari datok, nenek, opah, datok saudara dan yang setaraf dengan nya. Sumber yang kedua adalah daripada dokumen atau secara bertulis, itu pun jika orang orang yang terdahulu ada membuat dan menyimpan rekod rekod secara sempurna.
Seperti juga kita maklumi, pihak pihak yang berdarah Raja atau bangsawan memang ada membuat dan meyimpan rekod yang sebegitu rupa. Selain daripada mereka ini, didapati juga orang orang dari kalangan keturunan arab juga cukup menjaga nasab keturunan mereka. Boleh dikatakan kebanyakan orang orang berketurunan arab di malaysia ini dan rantau ini mempunyai nasab yang boleh dikatakan hampir sempurna dan mempunyai catatan lengkap. Selain daripada itu, orang orang berketurunan Minangkabau juga mempunyai rekod yang dipanggil Tambo.
Terdapat banyak persoalan didalam kita berusaha mencari salasilah yang hilang ini. Apakah pegangan kita sebagai orang biasa ini didalam pencarian salasilah? Apakah tujuan kita didalam pencarian ini? Bagaimana mencari salasilah yang hilang itu? Setelah berjumpa dengan apa yang dicari, apakah yang perlu dilakukan? Bagaimana mengesahkan apa yang dicari akan kebenaranya? 1001 macam persoalan..!!
Akan tetapi, bila kita bertanya akan soalan soalan diatas, kita semakin buntu dan langsung jatuh semangat untuk mencarinya. Bagi aku, pendirian aku adalah mudah. Yang penting adalah cari dahulu dan kemudian sahkan akan kebenaranya. Setelah itu direkodkan agar kita tidak mengulangi kesilapan atau ketidak tahuan keturunan kita yang terdahulu akan penting nya merekodkan secara bertulis. Jangan lah diulang lagi akan kesilapan yang terdahulu. Jika aku juga tidak berusaha mencarinya dan merekodkan....anak anak dan keturunan aku yang kemudian akan juga berfikiran seperti aku sekarang, mereka akan bertanya, mengapa ayah kita dahulu tidak mencari dan merekodkanya...! pada masa itu agaknya...pasti sudah terlambat..!
Usaha pencarian memerlukan sikap yang sabar, tekun dan usaha. Jika sikap ini tidak ada, akan banyak rintangan dan halangan yang akan kita hadapi. Terus terang aku katakan, usaha aku ini baru sahaja berlangsung lebihkurang dalam masa 2 tahun kebelakangan ini. Dengan masa, tenaga dan wang ringgit yang terhad, ditambah pula ketiadaan langsung rekod bertulis, telah kembalinya sumber rekod lisan, pangkat datok dan nenek ke rahmatullah dan lain lain lagi halangan yang menjerihkan membuat kan aku kadang kadang hampir putus asa dan kecewa. Apabila kita menghadapi saat dan ketika ini, barulah kita sedar bahawa kembali kepada Nya adalah jalan yang sebaik baik nya. Kenapa aku katakan sedemikian? kadang kadang kita selalu lupa.....semua rekod ada pada simpananNya. Tuhan yang menjadikan dan mematikan. Ini kerana "dari Nya kita Datang dan kepadaNya kita kembali". Usaha pencarian ini, dari apa yang aku amati sendiri, akhirnya membawa kita kembali kepadaNya...!! Alhamdullillah, ditunjukinya pada kita yang lemah ini..!
Selama 2 tahun pencarian aku ini, hanya yang dibawah ini yang aku jumpa..! teramat sedikit..!!Hanya dari sebelah Ibu aku sahaja yang ditunjuki Nya. Dari sebelah ayah aku, hemm....masih belum ada keterangan secara sah. Ada khabar khabar secara lisan, tapi sumber nya masih boleh diragui dan tidak dapat disahkan. Demi menjaga keturunan, Kita tidak boleh secara tergesa gesa mengesahkan apa jua keterangan yang didapati, kerana akan menangis dan bersedihlah roh roh dialam sana jika kita menasabkan keturunan kita kepada nasab keturunan yang salah.! Na'uzubillah...!!! Walaubagaimanapun, aku harus bersyukur kerana sudah mendapat pencerahan yang sebigini banyak, walaupun dari sebelah pihak sahaja.
Anggap lah usaha kita ini adalah untuk mencari salasilah ini adalah usaha untuk mengenali keturunan kita dengan lebih dekat. Dari nama nama dan sejarah mereka boleh kita jadikan ikhtibar, tauladan dan panduan. Bagi saudara dan saudari yang telah berjumpa dengan apa yang dicari, jangan lah kita terlalu berbangga dengan salasilah kita itu kerana akan sia sia lah usaha kita jika kita takabur dan berbangga diri. Berusaha lah untuk mencari nya dengan sabar, tekun dan usaha.!
Dibawah ini adalah usaha aku selama 2 tahun, masih banyak yang perlu dicari. Tidaklah aku tahu dimana nak dikorekan lagi keterangan dan sumber yang boleh didapati. Masih banyak lagi ruangan yang kosong dan tanda tanya yang masih belum terjawab. Pening juga kepala memikirkanya. Tapi seperti yang aku katakan tadi, kepadaNya lah aku serahkan.
Semoga di bukakan Nya jalan bagi aku memperolehi dan mengetahui maklumat maklumat yang masih tertutup ini. Izinkanlah Ya Allah..!!
******************************************************************
(Keturunan Ibu - Moyang Lelaki Sebelah Datok)
1. Abdul Karim Bin XXX (?) ( + ) XXX (?)
2. Bilal Abu Bakar Bin Abdul Karim (Bilal Masjid LubokMerbau) ( + ) XXX (?)
3. Alang Mohammad Arof Bin Bilal Abu Bakar (Gurubesar Sek Keb Lubuk Merbau 1902 -1903, Sek. terakhir di Menora, Kuala kangsar)
4. Kulup Mat Jidin Bin Alang Mohammad Arof (Datuk)
(Keturunan Ibu - Moyang Perempuan Sebelah Datok)
1. Sheikh Mohammad Taib Minangkabau Bin XXX (?)
2. Long Diah Binti Sheikh Mohammad Taib (Anak pertama Sheikh) ( + ) Pandak Kassim Bin XXX (?)
3. Ami Yah Binti Pandak Kassim
Nota : No 3 moyang lelaki kahwin dengan No 3 moyang perempuan (isteri ke 2) melahirkan Datuk aku, no 4
******************************************************************
(Keturunan Ibu - Opah sebelah Ibu)
1. Kulop Tanjung Bin XXX ( + ) XXX(?)
2. Anjang Lateh Bin Kulop Tanjung (Naib Kadi masjid Lubuk Merbau) ( + ) XXX (?)
3. Itam Yah Binti Anjang Lateh
Nota : No 3 (Opah) kahwin dengan datuk aku no 4 diatas.
******************************************************************
2 comments:
salam...
Syahdu, syukur and bangga atas apa yg dah abg Awi usahakan selama ni.
Mcm saya pun terpaksa buat mcm yg abg Awi lakukan..merekod mana yang masih ada..nak lagi detail saya kena pergi Tanah Jawa kerana di sana byk lagi kaum kerabat esp. sebelah ibu saya..Tak susah nk trace datuk punya salasilah kut (InsyaAllah) kerana datuk saya sendiri adalah "orang penting" di sana ketika hayatnya..wallahu'alam.Itu pun raya baru ni kebetulan Mak Long bertandang ke rumah org tua saya. Apa2 pun saya kena find out gak nnti..Apa yang penting,bunga2 yang moyang and sedara mara ada amalkan ilmu tasawuf/sufi sudah dapat diketahui.Cuma kitab2 lama dh bertukar tangan and tak tau kat sapa dah..
Rosita lunca
Post a Comment