Teluk Ramunia terletak ditenggara Johor (bawah Semenanjung)
Didalam perjalanan, saudara dan saudari akan berjumpa dengan Sebana Cove Marina dan Golf Resort yang terletak disebelah kanan jalan. Tanda mercu pintu masuk ke Sebana Cove Marina dan Gold Resort adalah Bukit Pelali. Bukit Pelali terletak tidak jauh daripada pintu masuk ke Resort tersebut.
Bukit Pelali - permandangan dari jauh
Mengikut ceritanya, bukit ini telah menjadi tempat bertapa seorang lelaki yang sampai sekarang tidak balik balik. Ada yang telah terserempak dengan nya dan keadaan nya telah berubah dengan janggut yang lebat dan badab berbulu lebat dan melarikan diri apabila bertemu dengan manusia. Orang kampung mengelarnya Pak Usop Bulu..! Ada cerita juga yang menyebut Bukit ini terdapat perkampungan orang orang Bunian. Pada malam hari, ada pemandu kereta yang pernah terserempak dengan keretapi yang melintas jalan besar dibawah bukit tersebut, melintas dari arah bukit menghala ke hutan diseberangnya. (Kawasan sini tidak ada rel keretapi). Cuba bayangkan, keretapi.., dimalam hari.., melintas jalan besar.., ditengah hutan...!!hehe...!!
Pintu masuk ke Sebana Cove Marina & Golf Resort. Dibelakang nya puncak Bukit Pelali
Semakin hampit kepekan Sungei Rengit, anda akan berjumpa dengan Kampong Bukit Raja disebelah kiri jalan. Hemmm....namanya menunjukan bahawa disini dahulu ada terdapat kawasan yang berkaitan dengan istana. Bukit nya tidaklah besar, dibawah bukit hanya ada perkampungan sahaja. Kemungkinan pada masa dahulu ada terdapat tempat persinggahan Raja atau pernah ada Istana hinggap. Wallahualam..!!
Bukit Raja
Permandangan Bukit Raja dari sebelah belakang. Perhatikan tanah yang berwarna merah. Itu bukanlah tanah merah biasa, tetapi adalah Boksait, bahan mentah yang digunakan untuk menghasilkan Aluminium.
Simpang 3. Kg Telok Ramunia kearah kiri, Pekan Sungei Rengit kearah kanan. (Mee rebus, sebelah kanan simpang ni sedap..! Petang aja buka...)
Dalam 5 minit perjalanan, anda akan terjumpa dengan tanda nama diatas
Kampung Teluk Ramunia
Kawasan masuk ke Kampung Telok Ramunia. Kampung ini menghadap kelaut disebelah kananya.
Kampung Teluk Ramunia tidaklah sebesar mana pun. Yang menarik disini adalah permandangan tepi laut yang cantik dan mengasyikan. Sejarah merekodkan bahawa Kampung Teluk Ramunia berkait dengan sejarah orang orang dari Pekan, Pahang. Mengikut cerita lisan yang aku perolehi dari Tuan Syed (maaf lupa nama penuh Allahyarham ini) bekas Penghulu Kampung Teluk Ramunia yang aku telah jumpa pada tahun 1997 dahulu, semasa aku mula mula merantau dikawasan ini, Kampung Teluk Ramunia ini telah dibuka oleh 2 orang adik beradik, iaitu Tuan Syed Abd Rahman dan Tuan Syed Abu Bakar.
Mereka ini adalah diantara yang terlibat didalam Perang saudara yang terakhir iaitu Perang Temai, diantara Tun Mutahir dan adiknya Tun Ahmad, di Pahang dalam tahun 1863M semasa pergelutan merebut takhta kerajaan Pahang selepas kemangkatan Ayahanda mereka , Bendahara Tun Ali. Peperangan ini yang berakhir dengan tragedi kemangkatan Tun Mutahir dan anaknya akibat luka parah di Kuala Sedili pada bulan Mei 1863M lalu dikebumikan di Tanjung Puteri (Tg Belungkor?). Didalam peperangan tersebit, Temenggung Ibrahim dan anaknya Sultan Abu Bakar yang berpusat di Pulau Singapura, telah menyebelahi Tun Mutahir. Kemungkinan ikatan perkahwinan antara Tun Koris (anak Tun Mutahir) dengan Puteri Temenggung Ibrahim, menyebabkan sokongan dan bantuan diberikan oleh Temenggung Ibrahim dan diteruskan oleh anaknya, Sultan Abu Bakar kepada Tun Mutahir. Pasukan dari Johor ini telah juga mendapat bantuan dari Rembau, Muar, Perak, askar upahan Bugis dan lain lain tempat.
Kedua beradik ini, Syed Abd Rahman dan Syed Abu Bakar telah menyebelahi Tun Mutahir didalam perang Temai, nama perang terakhir tersebut. Daripada kekalahan tersebut, dua bersaudara ini iaitu Syed Abd. Rahman dan Syed Abu Bakar telah terpaksa melarikan diri bersama sama pahlawan yang lain kerana berada di pihak yang tewas dalam peperangan tersebut. Dengan beberapa buah perahu (jalak), mereka berdua bersaudara pun belayarlah dengan menempuh pelbagai rintangan dan cabaran, sehinggakan kain layar kapal tersebut pun diperbuat dari kain tabir. Setelah itu mereka berjaya tiba ke Kampung Pahang di Singapura.
Setelah beberapa waktu menetap di situ, mereka mengambil keputusan untuk meneroka sebuah penempatan yang baru. Lalu mereka pun belayar kembali dengan tujuan tersebut.
Beberapa hari kemudian, mereka pun tiba di sebuah kukup, lalu mendarat di situ (Di kawasan Masjid Teluk Ramunia sekarang).
Pintu masuk (kukup) ke Telok Ramunia, dihadapan Masjid Jamek, Telok Ramunia
Masjid Jamek Kampung Telok Ramunia, menghadap ke Telok Ramunia
Pada pandangan dan firasat mereka, nampaknya tempat tersebut amat sesuai untuk didiami, lalu mereka bersaudara dan pengikutnya pun meneroka kawasan tersebut. Dalam pada masa membersihkan kawasan tersebut, mereka banyak bertemu dengan Pokok Ramunia yang terdapat disekitaran kukup tersebut. Oleh kerana itu, mereka bersepakat menamakan tempat tersebut sebagai 'Kampung Teluk Ramunia'.Dengan usaha dua bersaudara itu, banyak pokok-pokok kelapa ditanam atas bantuan dari Almarhum Sultan Abu Bakar, Sultan Johor.
Apabila beliau meninggal dunia, adiknya Syed Abu Bakar telah dilantik sebagai ketua. Pada masa itu, penduduk semakin bertambah. Apabila beliau meninggal dunia, beliau telah disemadikan di suatu kawasan di belakang masjid Teluk Ramunia dan dijaga dengan baik hingga kini.
Seterusnya Syed Ahmad bin Syed Ali telah dilantik menjadi penghulu pertama di Kampung Teluk Ramunia, dan telah mendapat gelaran dari Sultan Johor sebagai Nong Barat. Ketika itu, bilangan penduduk semakin bertambah ramai. Apabila beliau meninggal dunia, tempatnya telah diambil alih oleh Syed Mamat bin Syed Abd. Rahman yang menjadi penghulu dan seterusnya sebagai imam pada sekitar tahun 1926.
Permandangan berhampiran Masjid menghadap Laut Cina Selatan
Pemandangan Pulau 5
Permandangan diwaktu petang. perhatikan kapal kapal yang beratur panjang untuk masuk ke Pelabuhan Singapura
Permandangan Ramunia Fabricators sebuah syarikat yang mengambil tender dari Petronas, Shell dan Esso untuk membina Pelantar carigali Minyak, tidak jauh dari Kampung Telok Ramunia. Kebiasaanya pelantar minyak yang dibina adalah amat mahal, mencecah ratusan juta ringgit dan pelantar yang dibina juga adalah setinggi bangunan 13 - 15 tingkat. Bergantung kepada permintaan dan spesifikasi pelanggan tersebut diatas. Industri ini dijangka akan memajukan kawasan Kampung Teluk Ramunia, Pekan Sungei Rengit dan kawasan sekitarnya. Kedudukan ditepi laut memudahkan pelantar minyak yang telah siap dibina ditarik oleh kapal ke kawasan pengerudian ditengah tengah laut.
Pekan Sungei Rengit
Pekan Sungei Rengit
Pekan Sungei Rengit adalah sebuah pekan yang kecil. Kebanyakan penghuni pekan ini adalah orang orang cina yang kebanyakanya bekerja sebagai nelayan.
Pemandangan Pekan Sungei Rengit dan sebuah Tokong Cina dibawah Bukit Raja
Kawasan Kampong Telok Ramunia dan Sungei Rengit ini adalah terletak dikawasan Parlimen Pengerang yang dimenangi oleh Menteri Pelancongan sekarang, Dato Azalina. Jika anda berjalan terus lagi ke kawasan Pengerang yang merupakan jalan mati (hujung benua Asia) anda akan berjumpa dengan Pusat Latihan Rekrut Tentera Laut dan jeti feri ke Singapura lengkap dengan Kastam dan Imigresen.
13 comments:
syabas.cerita2 ini dapat menambah pengetahuan saya tentang peristiwa perang pahang-tg dato iskandar dzulkarnain
boleh saya dapat contact no saudara?email saya nine.ismail@yahoo.com
salam..!
Maaf terlambat. email saya..azmibs@gmail.com
salam... pakcik yg awak interview tu barangkali syed abdullah nama nya..
Yes...yes...Aqmal....betul.! Syed Abdullah namanya. Terima kasih mengingatkanya..!
Pada tahun 1996 saya dan kawan2 pernah daki bukit Raja..(dekat kampung Raja seperti yang disebutkan oleh saudara tu) time tu masih budak lagi... dan memang betul kat atas bukit tu ada sebuah kubur lama, kalau tak silap kubur tu menghadap ke laut dan di lereng bukit sebelah tangki air... tak tau plak latar belakang kubur/mahkam tersebut.. yang saya masih ingat kubur tu panjang dan batu nisannya dililit dengan kait kuning... dan kalau tak salah ingat hanya kubur tu je yang ada kat situ... nampak macam kubur orang penting... menarik juga kalo nak buat kajian... mungkin penduduk yang duduk kat kampung Bukit Raja tu tau kot kubur tu makam sape...
syed abdullah telah pergi ke Rahmatullah sejak 5 thn lalu rasanya. syed abd rahman yg membuka kpg ni ialah abah kepada moyang saya..nama sebenarnya syed abd rahman bin syed ali yg makam nye terletak di tg medang, Pekan Pahang.
syed abdullah tu pakcik 2 pupu saya (sepupu abah saya). seperti wadi hasan & wadi hana di johor bahru, kpg teluk ramunia ialah antara kampung keturunan(arab)syed yang terdapat di Johor. majoriti terdahulu keturunan syed ini banyak dari keluarga al-qudsi, al-attas, al-yahya, al-habsyi, al-jufrie..d lain2. kebanyakan mereka org2 yg asal adalah dari pekan pahang. di sini saja di johor yang menggunakan slanga bahasa Pahang (Pekan. Keturunan syed ni mmg tidak dinafikan hubungan dengan istana memang akrab dimana2..dan biasanya waktu dulu mufti setiap negara islam haruslah seorang syed. di johor 2 org mufti terdahulu ialah syed keluarga al-haddad. jadi tidak hairanlah nama gelaran raja ke atau berkaitan..kerana bahasa2 istana masih digunakan contoh 'ende', tokku (tok engku)d lain2.
salam, untuk makluman tuan syed abdullah bukanlah bekas penghulu seperti dlm info anda.tq
Kepada Tuan Syed, (komen December 27, 2010 8:53 AM). Saya sekeluarga sedang mencari pertalian keluarga yang hilang ketika perang saudara Pahang dulu, adalah baiknya jika dapat hubungi saya di mdbsms_07@yahoo.com. Terima kasih.
please call me..my phone no 014-2745984 @ 017-7267494..mungkin keluarga sya slah seorang dr keluarga yang awak cari
kpd saudari sharifah rabiatul adawiyah syed rahmat, terima kasih byk2 beri no contact. Saya berasal
dari S'pura, buat masa ini kita berhubung melalui emel boleh?
> mdbsms_07@yahoo.com
Syed Abdullah yang tuan tuan bercakap ni semua yang duduk belakang Masjid Teluk Ramunia tu ke ?
Penghulu 1997 Syed Ali rasanya rumah dia belakang masjid
Post a Comment