Sunday, November 2, 2008

Dahulu Dan Sekarang

Sambil aku selak selak fail fail di dalam fail gambar komputer aku ni, terjumpa pula gambar gambar masjid lama yang diambil daripada web yang aku tak ingat bila dan dimana. Minta maaf dan halal lah kepada tuan punya gambar gambar ni. Aku sendiri tak ingat alamat webnya, kalau tak, kena minta izin dulu dari tuanpunya gambar gambar ini. Tetapi, oleh sebab ingin memaklumkan keadaan masjid masjid ini pada masa dahulu, mungkin 80 tahun atau 100 tahun dahulu, kepada kawan kawan semua, maka aku masukan di dalam blog sini pula, supaya semua dapat berkongsi. Jenuh juga nak cari gambar terbaru dari dalam web gambar gambar masjid masjid tu sebab gambar gambar lama tu tak ada nama masjid nya. Tapi, alhamdullillah, dapat juga sikit. Yang mana tak dapat aku cari tu, tak dapatlah nak dikeluarkan disini. Mari kita lihat perbezaan dahulu dan sekarang permandangan masjid masjid ini.


Masjid Ubudiah, Kuala Kangsar, Perak, Malaysia


Masjid Ubudiah terletak di Bukit Chandan, Kuala Kangsar, Perak. Masjid ini telah diasas dan dibina oleh Sultan Idris Murshidul'adzam Shah 1untuk membayar nazar kerana Baginda telah pulih dari sakitnya. Baginda telah meletakan batu asasnya pada 1913M dan siap pada 1917M. Walaubagaimanapun Baginda tidak sempat merasmikanya kerana Baginda telah mangkat pada 1916M. Masjid ini telah dirasmikan oleb Sultan Abdul Jalil pada 1917M. Rekabentuk masjid ini adalah lebih kepada senibina "moorish" seperti dapat kita lihat pada stesen keretapi Kuala Lumpur dan Masjid Jamek Kuala Lumpur. Untuk rujukan sila kesini http://www.arkib.gov.my/hids/readarticle.php?article_id=1187 dan sini .http://sultan.perak.gov.my/english/masjid_ubudiah.htm Gambar gambar masjid yang cantik disini http://mymasjid.fotopages.com/?entry=1170320 dan sini http://harussani.fotopages.com/?entry=552225

Masjid Sultan Abu Bakar, Johor Bahru, Malaysia

Masjid Sultan Abu Bakar telah dibina pada pada tahun 1892M dan siap pada 1900M oleh Sultan Abu Bakar Ibni Temenggung Daeng Ibrahim. Masjid ini boleh menampung seramai 2000 jemaah pada satu ketika. Reka bentuk masjid ini lebih kepada senibina "Victoria". Sila kesini untuk cerita lanjut http://melayuonline.com/history/?a=SlBWL29QTS9VenVwRnRCb20%3D= Untuk gambar yang menarik, sila kesini http://situkang-gambar.fotopages.com/?entry=1079828

Masjid Kampung Hulu, Bandar Melaka, Melaka


Masjid kampung Hulu telah dibina pada 1728M, ada pendapat mengatakan pada 1720M, ada juga pendapat yang mengatakan lebih awal lagi. Pembinaan masjid dilakukan pada masa pemerintahan Belanda dan ianya dikoordinasikan oleh Seorang seorang Kapitan Belanda yang bernama Shansuddin Bin Arom, seorang muslim berketurunan Cina (?). Masih tidak diketahui siapa kah yang mengarahkan pembinaanya. Senibina masjid ini adalah senibina bergaya "Joglo Jawa" dengan atap yang berbentuk piramid 3 tingkat. Terdapat ruang jendela diantara atap atap bagi pengaliran angin dan cahaya matahari. Untuk lebih lanjut mengenai Majid kampung Hulu, sila pergi ke Blog saudara Merah Silu http://artmelayu.blogspot.com/ Ada banyak koleksi gambar yang lebih terperinci dan cerita selanjutnya.

Masjid Agung, Magelang, Jawa Tengah, Indonesia

Masjid Agung magelang dibina pada 1779M oleh Bupati Ke-3 Magelang, Danuningrat. Sebelum itu, ianya hanyalah sebuah surau atau Mushala. Pada 1935M, barulah, binaan yang ada sekarang dibina. Baca selanjutnya disini http://www.suaramerdeka.com/harian/0410/25/ked07.htm

Masjid Agung Kauman, Poerworedjo, jawa Tengah, Indonesia

Masjid ini telah didirikan oleh Kiyai Haji Imanadi putera kepada Pangeran Nuruddin bin Pangeran Abdurahman pada 1832M. Kiyai Imanadi adalah seorang pejuang yang gigih menentang penaklukan Belanda. Rekabentuk dan seni pembinaan masjid juga menggunakan gaya "Joglo Jawa". Cerita selanjutnya boleh diikuti disini http://ondosupriyanto.blogspot.com/2008/09/masjid-kauman.html.

Masjid Akhbar Kemayoran, Surabaya, Indonesia
Masjid Akhbar kemayoran, Surabaya dibina antara tahun 1844m - 1848M dengan gaya dan senibina "Joglo Jawa" Bangunan asal masjid telah diruntuhkan oleh pemerintah Belanda kerana tapak tersebut telah digunakan untuk pejabat pemerintah. Nama masjid dinamakan dengan nama Kemayoran kerana tapak baru masjid telah dibina atas tapak bekas kediaman Mayor tentera Belanda. Kawasan Kemayoran terdapat ramai orang orang berketurunan arab yang menetap dikawasan tersebut.

Masjid Raya, Medan, Sumatera Utara, Indonesia


Masjid Raya, Medan ini telah dibina pada 1906M. Pembinaan Masjid ini telah ditanggung sepenuhnya oleh Sultan Mamun Al Rasyid Perkasa Alam Syah IX. nama lain masjid ini ialah Masjid Al Mashun, Masjid Deli dan juga Masjid Agung Medan. rekabentuk masjid ini lebih kepadarekabentuk dan senibina "Moorish" dan "Arabesque"

Masjid Agung Palembang, Sumatera Selatan, Indonesia.

Masjid Agung Palembang ini telah dibina pada 1748M oleh Sultan Susuhunan Abdurahman. terletak dikota Palembang, selatan Sumatera. Cerita selanjutnya, sila kesini http://history.melayuonline.com/?a=c1ZWL29QTS9VenVwRnRCb20%3D=

Antara Masjid masjid lain Yang Menarik Perhatian.
Masjid Demak, Jawa Tengah


Dikatakan Masjid ini adalah yang tertua di Indonesia. Ada pendapat dibina pada 1466M. Dikatakan sebagai tempat Wali sembilan atau Wali Songgo berhimpun untuk beribadat dan bermesyuarat. Cerita selanjutnya sila kesini http://www.malaytourism.com/id/object.php?a=RG1tL055eS9P=&nav=geo

Masjid Kampung Laut, Kelantan, Malaysia

Masjid kampung Laut dibina pada 1730M. Masjid ini dibina mengikut bentuk Masjid Demak, Di Jawa, Indonesia. Boleh dikatakan masjid ini adalah antara yang tertua di Malaysia. Yang menjadi persoalan adalah, bagaimana masjid dikelantan ini boleh mengikut rekabentukdan senibina "Joglo jawa". Cerita selanjutnya disini http://jiwokelate.wordpress.com/sejarah-kampong/ dan disini http://www.journeymalaysia.com/MHIS_nilampuri.htm



No comments: