Monday, November 3, 2008

16 Batu Nesan Aceh Di Kerajaan Johor Lama

Hari ini aku "off day", setelah 2 minggu kerja tak ada rehat. Setelah bersiap, pagi pagi lagi aku dah bertolak ke Bandar Kota Tinggi, Johor bagi urusan bank dan lain lain urusan yang berkaitan dengan duit atau istilah popular di blog Husin Lempoyang - "Kepala Agong"...hehehe..! Bawah ini gambar di tengah tengah bandar Kota Tinggi semasa aku tengah memandu kereta pagi tadi. Boleh tahan jugak ramai orang pagi ni. Oppsss....Kota Tinggi sekarang dah makin maju, kalau bandingkan dengan 16 tahub dulu masa aku mula mula jejak kaki ke Kota Tinggi, kini sudah ada Kip Mart yang sudah hampir siap, dah ada bangunan tinggi...hehehe....(slow betul development), tapi tetap tak ada panggung wayang lagi, kelab malam, disko...tak boleh menjadi atau kena sumpah agaknya.




Setelah selesai urusan yang sepatutnya, aku memandu dihadapan Kota Besar, tidak jauh dari Kampung Makam, dimana terdapatnya makam Sultan Mahmud mangkat dijulang dan makam Tun Habab dan lain lain makam pembesar Johor Lama, di kompleks permakamam tersebut. lalu aku pun terpandang satu bangunan yang aku pernah masuk, bangunan Muzium Kota Tinggi, tapi dah lama dulu. Hemmm...bagus juga aku singgah, mungkin ada perkara atau benda baru yang ditunjukan diMuzium tu. Ini dia gambar hadapan bangunan Muzium Kota Tinggi, kalau tak silap dah 3 tahun dibuka. Lokasinya berhampiran dengan simpang dan lampu isyarat simpang pasak ke desaru dan tidak jauh juga simpang ke kawasan kompleks permakaman kampung makam.


Bawah ini gambar apabila masuk ke pintu utama Muzium tersebut.

Boleh la tahan, tidak terlalu besar atau kecil muzium nya.

Eh....eh....mata aku terpandang, ada benda baru dan pelik kat luar muzium ini, benda ini tak ada disini pada lawatan sebelum ini. Bila aku pergi dekat, rupa rupanya ada himpunan batu batu nesan Aceh untuk pameran dan ontonan orang ramai yang datang ke Muzium. Bila dilihat dari jauh macam betul punya, rupa rupanya diperbuat dari simen dan dicat dengan warna coklat. Tajuk diluar tu bertulis "16 Jenis Batu Nesan Aceh Di kawasan Kota Tinggi". Gambar bawah ini adalah semua himpunan batu Nesan Aceh tersebut.





Pada masa dahulu, setelah Portugis mengalahkan kerajaan Melayu Melaka, Sultan serta pembesar, pahlawan dan penyokongnya telah menyelamatkan diri dengan mundur ke Johor dan mendirikan kerajaan Melayu Johor. Dari kawasan Johor Lama yang berhampiran muara yang boleh dimudiki melalui Sungai Johor dan boleh tembus ke lautan Singapura sehinggalah jauh kedalam Johor, kekawasan Kota Tinggi dan keatas lagi hingga ke Sayong Pinang. Peta dibawah adalah menunjukan kawasan yang diperintah oleh Kerajaan Melayu johor setelah meninggalkan Melaka. Akibat desakan dan serangan yang tidak henti henti oleh Portugis, memaksa pusat pemerintahan kerajaan Melayu Johor berpindah randah dari Johor Lama ke Kota Tinggi. Johor lama itu adalah menghadap ke Sungai Johor dan terletak ditebing sungai. Banyak terdapat kubur kubur lama disitu yang terkorban mempertahankan Kota lama itu.







Pusat pemerintahan Kerajaan Melayu Johor lama


Fokus lebih dekat lagi




Dibawah ini disertakan gambar batu nesan Aceh tersebut dengan lebih dekat lagi dan dengan keterangan dimanakah contoh batu nesan Aceh tersebut didapati dan boleh dilihat. Untuk memahami dengan lebih jelas, saudara dan saudari perlu melihat contoh batu nesan Aceh tersebut sambil merujuk peta diatas.




  • Makam 12, Sayong Pinang.



  • Makam 12, Sayong Pinang




  • Makam Bendahara, Kampung Makam, Kota Tinggi
  • Makam Tanjung Belading, Johor Lama





  • Makam Tanjung Belading, Johor Lama
  • Makam 7, Sayong Pinang




  • Makam 12, Sayong Pinang






  • Makam 12, Sayong Pinang




  • Makam 7, Sayong Pinang




  • Makam Sultan Mahmud mangkat dijulang, Kg Makam, kota tinggi
  • Makam 3 beranak, Bukit Seluyut




  • Makam Sultan Mahmud mangkat dijulang, kota Tinggi




  • Makam Sultan Ali Jalla Abdul Jalil, Batu Sawar (kampung Minchu)


  • Kompleks makam Batu Sawar Kampung Minchu



  • Makam Tauhid, Kampung makam, kota Tinggi



  • Makam Cik Siti Aminah, Kampung Tembioh
  • Makam Tengku Dara Puteh, kampung Panchor



  • Makam Tanjung Belading, Johor Lama
  • Makam Tauhid, Kampung makam, kota Tinggi
  • Makam lama, Kampung Sungai Telur


  • Makam Sultan Abdul jalil IV, kampung Panchor





  • Makam 12, Sayong Pinang

Kepada yang berminat dan ingin belajar seni batu nisan Aceh, semoga ini dapat membantu....!!!

No comments: