Friday, November 28, 2008

Hemmmm....untuk direnungkan..!!



Dalam akhbar dan media elektronik sebok memperkatakan tanda arah dan nama jalan dalam 4 bahasa yang disudah pun dilaksanakan oleh sebuah kerajaan negeri di utara tanahair, bagus juga kalau kita renungkan berkaitan tanda arah dalam loghat negeri ini pula. Gambar ini diambil dalam halaman entah mana tah, lupa pulak (maaf ya tuan punya) kalau tak silap, pengirim gambar ini adalah seorang warga Singapura yang ke sana baru baru ini dan mengirimkan gambar ini ke halaman sahabatnya diIndonesia (kalau tak silap ruangan Multiply sahabatnya), aku cari balik alamatnya, tak jumpa pulak!!  Kata tuanpunya gambar, tanda arah ini boleh didapati di lapangan terbang Kota Bahru, Kelantan. 

Bayangkan, kalau setiap negeri dengan loghat negeri masing masing digunakan ditempat tempat awam. huiii...meriah..!!!