Thursday, January 29, 2009

Perjalanan ke Fukuoka, Osaka dan Tokyo pada Oktober, 2002 - Bhg 2


Sambung lagi cerita lama di Jepun daa...!

Ni di simpang jalan di Ginza, Tokyo, tengah cari restoren nak makan malam. Jam baru pukul 5.30 ptg, tapi dah gelap amat. Masa itu musim luruh, matahari tengelam cepat dan masa malam nya panjang. Suhu dalam 14C...hehehe....sejukkk. 

Ni pulak masa kat area shopping nya di Tokyo. Jenama yang mahal memang banyak dikawasan ini. Harganya...hehe...jangan cerita le.


"Decoration" dipintu masuk ke Restoren Tempura. Cantik dan simple, kita boleh buat sendiri dirumah. 

Ini pula "decoration" di pintu masuk ke Kalabi Malami (hehe...ikut Husin Lempoyang). Yang ini tak boleh tiru..sebab yang ini, tong arak...!! Arak jenama Jepun, "KIRIN".

Ini pula, kalau tak silap Kalabi Malami, "SOUND VILLAGE".


Kawasan membeli belah di Tokyo pada waktu malam.


Pemandangan biasa pada waktu pagi diluar hotel penginapan


Permandangan Bandar Bawah Tanah di Osaka. Punya lah besar nya bandar bawah tanah ini.

Bergambar dengan kawan kawan Jepun, dari kiri Mr Sigey, Mr Iba dan Mr Sekiya diluar restoren. Lepas belasah Tempura...!!

Pemandangan pada waktu pagi dari ANA hotel, Tokyo. Pukul 7.00 pagi.

Kawasan shopping di Tokyo pada waktu malam

Bergambar dengan En Sharkawi, Pengarah MTPB, pejabat Tokyo pada masa itu. Sekarang dia dah pencen dah. Berasal dari Ipoh, Perak.

Bergambar dengan awek Jepun. Nama lupa daa...kerja dgn JTB. Agensi pelancungan yang terbesar di Jepun.


Nama dia ini pun aku dah lupa.

Ini kalau tak silap Ms Kawasaki...hehe. Kerja dengan NTA Tokyo. 


Hensem juga kawan aku ni ek..?? hehehe..ada yang berkenalan?? 

Okay,...itu aja cerita lama perjalanan ke Jepun. nanti sembang lagi.



2 comments:

PerpatihTulus said...

awek jepun tu cun lah..
ya shaki ki mene,
ki mono tama dachee

hentam aje..

hehehe

perang dunia kedua dulu, jepun ni ganas eek.
cepat betul negeri dia maju..

Merbawi said...

Yang mana satu bang?? kebanyakan yang aku jumpa tu muka lebih kurang macam tu semua, boleh tahan la...semua ramping ramping...nak jumpa yang gemuk gemuk ...susah sekali..! Mungkin tabiat makanan bangsa Jepun ni yang menyebabkan mereka ini semua slim slim la. Makanan semua samada rebus rebus, mentah atau yang tidak ada kolestrol banyak.

Dema semua ni copy and paste aja.....tapi dema ni rajin mempelajari nya dan selepas itu membuat yang lebih baik dari yang di copy. Tu pasal boleh maju cepat lepas perang dunia kedua.