Banyak terdapat hotel penginapan di Kota Kinabalu. Masa aku pergi dahulu, menginap di Promenade Hotel. Cantik juga hotelnya dan bersih biliknya. Tidak membuang masa, keesokan harinya naik bot pergi ke Tunku Abdul Rahman Park, perjalanan dengan bot lebihkurang dalam 25 - 35 minit. Tunku Abdul Rahman Park adalah merupakan gugusan pulau pulau kecil yang terletak dihadapan bandar Kota Kinabalu. Pulau pulau ini adalah merupakan pulau pulau yang telah digazetkan sebagai kawasan perlindungan. Cantik airnya, biru dan jernih, boleh nampak ikan ikan dibawahnya.
Inin permandangan dari pulau di Tunku Abdul Rahman Park ke arah Bandar Kota Kinabalu
Jeti bot dipulau
Lupa pula nama tempat ini, banyak mengumpul koleksi haiwan laut untuk tontonan pelawat. Ini kerang gergasi yang masih hidup dan diternak.
Salah satu kerang gergasi
Keesokan harinya berjalan lagi, kali ini ke Gunung Kinabalu. Oleh kerana trip ini adalah merupakan free and easy, kami pergi naik kenderaan dan tidak ada sessi pendakian ke Gunung Kinabalu. Permandangan ketika lalu dikawasan Ranau. Cantik sekali dan nyaman.
Puncak gunung Kinabalu, gambar diambil dari jalan menuju ke Sabah Park
Ler...ni koboi mana pulak ni, mana kudanya...?? hehehe. Topi yang dipakai itu dibuat dari kulit pokok. Aku beli masa di Ranau. Sampai sekarang masih ada dalam simpanan.
Taman didalam Sabah Park
Pokok dari hutan dibawa keluar dan di tanam didalam Sabah Park ini. Berbagai bagai spesies ditanam.
Hehehe....berlagak betul koboi seorang ni...!! Semasa di pusat informasi diSabah Park
Bangunan SUKN Negeri Sabah di Kota Kinabalu.
Okay..ini saja cerita lama, nanti sambung lagi. Daaaaa.....!!
2 comments:
Salam..
Fuyyoooo..kena tunggu 6 tahun lagik..ini mengalahkan MS berkelana tuh..
Anyway nice pic bro..
W'salam,
Hehehe....itu strategik jangka masa panjang tu weh...!! Masa tu rambut pun dah tak ada, perut lagi boroi ler...hehehe
Post a Comment