Friday, January 23, 2009

Harimau Beriman..!!




Salam..! Ini cerita, kakak aku email petang tadi. Best juga cerita nya. Bacalah..!


Alkisah...Seorang lelaki islam ponteng sembahyang Jumaat. Sebaliknya dia
masuk hutan untuk memburu ayam hutan. Sedang dia terhendap2 di dalam semak, tiba2 dia berlanggar dengan seekor HARIMAU yang sedang lena tidur.

Dia begitu terkejut sehingga senapangnya tercampak lalu tergelungsur ke dalam jurang. Dia pula tergolek ke arah lain, jatuh ke atas batu dan KRAKKKK! Kedua2 kakinya patah. Jangan risau .. ini bukanlah berita buruk ok. Ada lagi .. Berita buruknya adalah HARIMAU tadi terus menghambatnya, sedangkan dia dah tak boleh bergerak lagi.

'Ya Allah,' doa lelaki tersebut,'Ampunilah dosaku kerana ponteng sembahyang
jumaat berjemaah pada hari Jumaat yang mulia ini ..

Ampunilah aku ya Allah..makbulkan hajat ku ini .. jadikanlah HARIMAU yang
memburuku HARIMAU yang beriman..tolong ya Allah! Aminnn..'

Tiba2 guruh berdentum! HARIMAU tadi tiba2 terhenti betul2 di hadapan lelaki
tadi.

Harimau itu bertukar menjadi seekor harimau yang beriman dan bersopan
santun.


Sambil menadah kedua2 kaki depannya ke langit .. HARIMAU tersebut pun
berdoa, 'Allahumma barik lana, fima razaktana, wa qina azzabbannar.
Aminn..'


Pengajaran dari cerita diatas;
1. Jangan ponteng sembahyang jumaat
2. Minta tolong hanya pada Allah
3. Sebelum makan kena baca doa...hehehe



No comments: