Apa cerita nak tulis ni ek?? Tak ada idea ler.. Okay laa...ni aku tulis cerita lama, perjalanan ke Fukuoka, Jepun pada bulan Oktober, 2002..hehe...6 tahun dulu daaa...!! Perjalanan selama 10 hari ke Fukuoka, Osaka, Yokohama dan juga Tokyo. Masuk yang ini, 7 kali perjalanan sudah dibuat ke Jepun, tapi cuma perjalanan yang ini aja gambar diambil, yang lain tidak diambil sebab sebok..hehe.!
Kali pertama ke Jepun...Isu yang paling besar adalah makanan. Memang susah mendapatkan makanan yang halal diJepun, tambahan lagi kalau kita banyak bergerak di bandar bandarnya. Masa aku pertama kali ke Jepun, bawak stok Mi Maggi punya ler banyak...3 dozen. Last last makan hanya 2 bungkus aja, sebab perlukan banyak tenaga kena la makan nasi. Terpaksa la makan Nasi dengan ikan dan sayur aja..hehe. Mi segera tu aku bagi aja kat Chambermaid hotel tu.
Ini tandas ajaib...hehehe. Di Jepun semua hotelnya menggunakan tandas yang sebegini. Sungguh selesa menggunakan tandas begini. Nampak panel kawalan disebelah kiri gambar. Disitu kita boleh mengawal kepanasan tempat duduk nya, dibawahnya ada warmer, maklum ajalah, Jepun negara 4 musim. Setelah selasai urusan, kita boleh suruh "kadam" kita...hehe... basuhkan belakang kita dengan menekan punat disebelah nya. Nanti akan ada batang besi dibawah belakang kita mengeluarkan air suam atau panas untuk menjirus. Pertama kali aku menggunakanya...tertekan punat yang mengeluarkan air panas...hehehehe...apalagi ...meloncat ler kepanasan.
Perjalanan dimulai dari Changi airport ke Osaka, mengambil masa 7 jam, menaiki penerbangan ANA. Sakit pinggul duduk lama dalam penerbangan. Orang Jepun kat sebelah aku, tak berhenti henti sebat minuman keras yang diberi percuma dalam penerbangan, aku..?? hehe...air oren dengan air epal aja laa.....Makanan dalam kapalterbang kena tempah "moslem food" masa check in, kalau tidak ..hehe...macam macam keluar. Gambar atas gambar dilapangan terbang Osaka, macam KLIA rekabentuknya...KLIA copy dia agaknya.
Begini lah padatnya rupa bentuk bandar Fukuoka. Kalau nak dikut kan, Fukuoka bukanlah antara bandar yang terbesar di Jepun, tapat memang padat.
Sampai di Fukuoka, terus check in ke Hyatt Fukuoka, hotel ini terletak bersebelahan dengan "Canal City". Dikenali dengan nama Canal City kerana ditengah tengah kompleks ini terdapat terusan atau sungai yang mengalir. Memang cantik dan bersih,
Ini gambar sungai nya ditengah tengah kompleks Canal City.
Bangunan disebelahnya. Basikal memang banyak ditengah tengah bandar dan masih banyak digunakan.
Ini bilik di Hyatt Fukuoka. Satu malam JPY 23,000 atau lebih kurang duit RM masa itu lebihkurang RM 800. Heh..mahal nak mampos, tapi kalau nak ke Jepun memang itu lah standardnya.
Bilik airnya. Siap dengan telephone, TV, long bath, standing shower. Memang untuk businessman . Hehe...aku bukan businessman.
Ini aku dengan member aku Mr Sekiya di restoren makanan Jepun.
Itu ajalah kali ini. Nanti tulis lagi. Sayonara..!!
No comments:
Post a Comment