Assalamualaikom dan Salam Sejahtera kepada saudara dan saudari semua. Semoga sihat selalu. Lama juga aku 'break" ek? Alahai...kesebokan urusan seharian kadang kadang tak dapat nak dielakan.
Hemm...nikmatilah 3 gambar rumah Allah SWT ini...Makkah Muqarramah. Betapa sayu nya hati kecil ini, bila mengingatkan panggilan Nabi Ibrahim AS, masih disahut oleh umat Muhammad SAW dari serata cerok dunia. Benarlah janji Allah itu..!!
Dibawah ini pula, gambar dalam Kaabah. Masa dulu, masa zaman aku kanak kanak dan remaja dahulu, aku sering tertanya tanya pada diri sendiri, apakah yang ada dalam Kaabah itu. Aku sering lontarkan pertanyaan ini pada orang yang lebih tua. Haha...macam macam jawapan yang aku terima. Yang tak tahu macam aku pun ramai. Jadi gambar kat bawah ini adalah jawapan kepada mereka yang masih tercari cari jawapanya, seperti masa aku masih kanak kanak dahulu.
Tapi ingatlah, bukan bangunan ini yang disembah, bukan barang barang yang didalam nya yang disembah, itu semua hanyalah penyataan bahawa semua umat Islam menghadap satu penyatuan arah apabila bersolah. Yang disembah, hanyalah ALLAH, Zat Yang Maha Mutlak..!! DIA tidak berumah..!! Malah DIA lebih dekat dengan hambaNYA dari urat leher mereka sendiri.
Haiii....bila pula pulak 'turn' aku nak kesana ni..??
No comments:
Post a Comment