Friday, January 30, 2009

Sabah, Negeri Bawah Bayu Yang Indah - Bhg. 2

Salam sejahtera..! Dibawah ini gambar gambar semasa di Sabah yang indah.

Pandangan bangunan pejabat Kerajaan negeri dari bot yang dinaiki menghala ke Tunku Abdul Rahman Park.

Pandangan anak anak anak ikan yang bermain didalam air di hadapan Pulau Manukan, di Tunku Abdul Rahman Park.

Jernih sekali airnya..!



Banyak juga chalet yang ada. Unik dan aman sekali kalau menginap.

Pandangan dari dalam bot, chalet yang sama.
 
Ini pula jambatan menghala ke air panas poring dibawah kaki gunung Kinabalu. 

Permandangan semasa dalam perjalanan ke Gunung Kinabalu

Luas sungguh ...seluas mata memandang....hijau sekali...!! Nyaman...!
Puncak Gunung Kinabalu dari jauh.

Sebelah kiri puncak gunung
Tebing kiri gunung Kinabalu

Sebelah kanan puncak gunung Kinabalu

Pandangan tengah gunung Kinabalu

Opppssss....! Ada penunggu gunung pulak nak bergambar..!! Siap pakai topi koboi lagi...keh keh keh...!


Tugu Ikan Merlin ditepi bandar Kota Kinabalu


Cantik..! Pandangan matahari terbenam di pantai Tanjung Aru, Kota Kinabalu.

Okay. Ini saja gambar gambar dalam makan angin ke Sabah..hehehe...gambar 6 tahun dahulu. Kalau nak gambar terbaharu dan terkini...kena tunggu lagi 6 tahun akan datang.! Daaaaa....!!!




Sabah, Negeri Bawah Bayu Yang Indah

Salam..! Cerita lama diteruskan dengan makan angin diSabah, negeri Bawah Bayu pada bulan Julai, tahun 2002. Hehe...apa nak buat cerita lama daaa....! Sabah tidak dapat dinafikan sebuah negeri yang cantik dan kaya dengan alam semulajadinya untuk dilawati. Penerbangan dengan MAS dari Johor bahru ke Kota Kinabalu mengambil masa 1 jam 45 minit. Lapangan terbang Kota Kinabalu terletak ditepi laut. Sebelum mendarat kita dapat lihat laut nya yang biru kepulauan dihadapanya.

Banyak terdapat hotel penginapan di Kota Kinabalu. Masa aku pergi dahulu, menginap di Promenade Hotel. Cantik juga hotelnya dan bersih biliknya. Tidak membuang masa, keesokan harinya naik bot pergi ke Tunku Abdul Rahman Park, perjalanan dengan bot lebihkurang dalam 25 - 35 minit. Tunku Abdul Rahman Park adalah merupakan gugusan pulau pulau kecil yang terletak dihadapan bandar Kota Kinabalu. Pulau pulau ini adalah merupakan pulau pulau yang telah digazetkan sebagai kawasan perlindungan. Cantik airnya, biru dan jernih, boleh nampak ikan ikan dibawahnya.

Inin permandangan dari pulau di Tunku Abdul Rahman Park ke arah Bandar Kota Kinabalu


Jeti bot dipulau


Lupa pula nama tempat ini, banyak mengumpul koleksi haiwan laut untuk tontonan pelawat. Ini kerang gergasi yang masih hidup dan diternak.

Salah satu kerang gergasi







Keesokan harinya berjalan lagi, kali ini ke Gunung Kinabalu. Oleh kerana trip ini adalah merupakan free and easy, kami pergi naik kenderaan dan tidak ada sessi pendakian ke Gunung Kinabalu. Permandangan ketika lalu dikawasan Ranau. Cantik sekali dan nyaman.

Kawasan penanaman sayur


Puncak gunung Kinabalu, gambar diambil dari jalan menuju ke Sabah Park

Ler...ni koboi mana pulak ni, mana kudanya...?? hehehe. Topi yang dipakai itu dibuat dari kulit pokok. Aku beli masa di Ranau. Sampai sekarang masih ada dalam simpanan.

Ini masa di Sabah Park. Besar betul pokok Buluh. Yang sebelah aku tu, kalau dibuat rebung jeruk,...sedap wooo...masak lemak cili padi perghhh..!
 
Taman didalam Sabah Park

Pokok dari hutan dibawa keluar dan di tanam didalam Sabah Park ini. Berbagai bagai spesies ditanam.

Hehehe....berlagak betul koboi seorang ni...!! Semasa di pusat informasi diSabah Park
Bangunan SUKN Negeri Sabah di Kota Kinabalu.

Okay..ini saja cerita lama, nanti sambung lagi. Daaaaa.....!!




Thursday, January 29, 2009

Perjalanan ke Fukuoka, Osaka dan Tokyo pada Oktober, 2002 - Bhg 2


Sambung lagi cerita lama di Jepun daa...!

Ni di simpang jalan di Ginza, Tokyo, tengah cari restoren nak makan malam. Jam baru pukul 5.30 ptg, tapi dah gelap amat. Masa itu musim luruh, matahari tengelam cepat dan masa malam nya panjang. Suhu dalam 14C...hehehe....sejukkk. 

Ni pulak masa kat area shopping nya di Tokyo. Jenama yang mahal memang banyak dikawasan ini. Harganya...hehe...jangan cerita le.


"Decoration" dipintu masuk ke Restoren Tempura. Cantik dan simple, kita boleh buat sendiri dirumah. 

Ini pula "decoration" di pintu masuk ke Kalabi Malami (hehe...ikut Husin Lempoyang). Yang ini tak boleh tiru..sebab yang ini, tong arak...!! Arak jenama Jepun, "KIRIN".

Ini pula, kalau tak silap Kalabi Malami, "SOUND VILLAGE".


Kawasan membeli belah di Tokyo pada waktu malam.


Pemandangan biasa pada waktu pagi diluar hotel penginapan


Permandangan Bandar Bawah Tanah di Osaka. Punya lah besar nya bandar bawah tanah ini.

Bergambar dengan kawan kawan Jepun, dari kiri Mr Sigey, Mr Iba dan Mr Sekiya diluar restoren. Lepas belasah Tempura...!!

Pemandangan pada waktu pagi dari ANA hotel, Tokyo. Pukul 7.00 pagi.

Kawasan shopping di Tokyo pada waktu malam

Bergambar dengan En Sharkawi, Pengarah MTPB, pejabat Tokyo pada masa itu. Sekarang dia dah pencen dah. Berasal dari Ipoh, Perak.

Bergambar dengan awek Jepun. Nama lupa daa...kerja dgn JTB. Agensi pelancungan yang terbesar di Jepun.


Nama dia ini pun aku dah lupa.

Ini kalau tak silap Ms Kawasaki...hehe. Kerja dengan NTA Tokyo. 


Hensem juga kawan aku ni ek..?? hehehe..ada yang berkenalan?? 

Okay,...itu aja cerita lama perjalanan ke Jepun. nanti sembang lagi.



Tuesday, January 27, 2009

Perjalanan ke Fukuoka, Osaka dan Tokyo pada Oktober, 2002.

Salam...!! Banyak makan limau mandarin?? Banyak dapat angpau..?? Hehe..

Apa cerita nak tulis ni ek?? Tak ada idea ler.. Okay laa...ni aku tulis cerita lama, perjalanan ke Fukuoka, Jepun pada bulan Oktober, 2002..hehe...6 tahun dulu daaa...!! Perjalanan selama 10 hari ke Fukuoka, Osaka, Yokohama dan juga Tokyo. Masuk yang ini, 7 kali perjalanan sudah dibuat ke Jepun, tapi cuma perjalanan yang ini aja gambar diambil, yang lain tidak diambil sebab sebok..hehe.! 

Kali pertama ke Jepun...Isu yang paling besar adalah makanan. Memang susah mendapatkan makanan yang halal diJepun, tambahan lagi kalau kita banyak bergerak di bandar bandarnya. Masa aku pertama kali ke Jepun, bawak stok Mi Maggi punya ler banyak...3 dozen. Last last makan hanya 2 bungkus aja, sebab perlukan banyak tenaga kena la makan nasi. Terpaksa la makan Nasi dengan ikan dan sayur aja..hehe. Mi segera tu aku bagi aja kat Chambermaid hotel  tu.


Perjalanan dimulai dari Changi airport ke Osaka, mengambil masa 7 jam, menaiki penerbangan ANA. Sakit pinggul duduk lama dalam penerbangan. Orang Jepun kat sebelah aku, tak berhenti henti sebat minuman keras yang diberi percuma dalam penerbangan, aku..?? hehe...air oren dengan air epal aja laa.....Makanan dalam kapalterbang kena tempah "moslem food" masa check in, kalau tidak ..hehe...macam macam keluar. Gambar atas gambar dilapangan terbang Osaka, macam KLIA rekabentuknya...KLIA copy dia agaknya.


Begini lah padatnya rupa bentuk bandar Fukuoka. Kalau nak dikut kan, Fukuoka bukanlah antara bandar yang terbesar di Jepun, tapat memang padat.
 


Sampai di Fukuoka, terus check in ke Hyatt Fukuoka, hotel ini terletak bersebelahan dengan "Canal City". Dikenali dengan nama Canal City kerana ditengah tengah kompleks ini terdapat terusan atau sungai yang mengalir. Memang cantik dan bersih,



Ini gambar sungai nya ditengah tengah kompleks Canal City.



Bangunan disebelahnya. Basikal memang banyak ditengah tengah bandar dan masih banyak digunakan.



Ini bilik di Hyatt Fukuoka. Satu malam JPY 23,000 atau lebih kurang duit RM masa itu lebihkurang RM 800. Heh..mahal nak mampos, tapi kalau nak ke Jepun memang itu lah standardnya.


Bilik airnya. Siap dengan telephone, TV, long bath, standing shower. Memang untuk businessman . Hehe...aku bukan businessman.



Ini tandas ajaib...hehehe. Di Jepun semua hotelnya menggunakan tandas yang sebegini. Sungguh selesa menggunakan tandas begini. Nampak panel kawalan disebelah kiri gambar. Disitu kita boleh mengawal kepanasan tempat duduk nya, dibawahnya ada warmer, maklum ajalah, Jepun negara 4 musim. Setelah selasai urusan, kita boleh suruh "kadam" kita...hehe... basuhkan belakang kita dengan menekan punat disebelah nya. Nanti akan ada batang besi dibawah belakang kita mengeluarkan air suam atau panas untuk menjirus. Pertama kali aku menggunakanya...tertekan punat yang mengeluarkan air panas...hehehehe...apalagi ...meloncat ler kepanasan.


Ini aku dengan member aku Mr Sekiya di restoren makanan Jepun.

Itu ajalah kali ini. Nanti tulis lagi. Sayonara..!!