Sunday, October 26, 2008

Tanjung Penawar dan Desaru

Salam sejahtera saudara dan saudari. Nampak gayanya tak berhenti pulak posting hari ini. Syukur, Alhamdullillah...!! Mula mula tu takut tak ada idea atau tak tahu nak tulis apa, tapi Allah tu Maha Kaya dan Maha Bijaksana, diberinya kita idea atau ilham apa yang patut ditulis. Terima lah seadanya apa yang ditulis ini untuk dikongsi bersama, jangan lah memuji dan jangan lah menghina apa yang aku tulis disini. Apa yang ditulis ini adalah lebih berbentuk am dan tidak ada pengkhususan kepada sesuatu aliran atau arah. Kalau saudara ada idea, berilah...supaya boleh dikongsi bersama.

Okay...gambar kat atas ini adalah gambar pantai diDesaru, Kota tinggi, Johor. Cantikan? Panjang pantai lebih kurang 17KM. Masih lagi belum tercemar akibat pembangunan dan permodenan. Pantai ini menghadap Laut Cina Selatan, jadi kalau dalam bulan Nov - Mar, lautnya boleh tahan la bergeloranya. Munshi Abdullah, dalam kesah pelayaranya ke Terengganu atau Kelantan, kalau tidak silap ada menyebut keindahan pantai ini. Tetapi dalam kesah tersebut, pantai Desaru dipanggil Tanjung Penawar. Lebih kurang ceritanya begini (kalau salah harap maafkan ek...)

"Tidak lama berlepas berlayar dari Singapura, lanun telah menyerang kapal yang dinaiki, anak anak kapal telah mempertahankan kapal dari serangan lanun tersebut. Setelah lanun tersebut melarikan diri, ada anak anak kapal yang telah tercedera akibat serangan lanun. Tidak lama setelah serangan lanun, muncul pula angin ribut yang kencang. Ribut tersebut juga telah menambahkan lagi kerosakan kapal tersebut. Keadaan anak anak kapal yang tercedera dan juga kekurangan kayu api dan air telah memaksa kapal tersebut merapat kearah pantai. Dari jauh Munshi Abdullah telah nampak sebuah pantai yang cantik dengan pasir yang memutih. Sauh diturunkan dan anak anak kapal telah turun kepantai untuk mencari kayu dan air bersih. Anak anak kapal juga telah menjumpai banyak banyak terdapat pokok pokok perubatan tradisional disepanjang pantai tersebut. Oleh kerana pantai yang cantik dan memutih, dan banyak pula terdapat pokok pokok perubatan, Munshi Abdullah telah menamakan Tanjung tempat kapal berhenti itu sebagai "Tanjung Penawar". Dipanggil "Penawar" kerana banyak terdapat pokok pokok penawar atau perubatan tradisional untuk memulihkan kecedaraan anak anak kapal dan menjadi Penawar Hati kerana setelah banyak kedukaan kerana serangan lanun dan ribut, mereka berjaya berehat ditempat yang cantik itu."

Nama Desaru, hanya muncul dalam tahun 70an setelah Desaru dibuka dengan rasminya oleh Allahyarham Tun Hussein Onn dalam tahun 1976 (kalau tak silap). Dalam gambar diatas, jika saudara dan saudari melihat kebahagian atas gambar itu, itulah dia Tanjung Penawar.

Walaubagaimanapun, sekarang, Desaru telah dimajukan sebagai destinasi pelancungan. Walaupun begitu, ianya tidaklah terlalu dimajukan seperti Port Dickson dan Pulau Pinang dimana terdapat terlalu banyak hotel dan resort. Keadaan pantainya masih lagi terjaga dari pencemaran dan kemodenan. Dan kebetulan juga, Desaru adalah termasuk dalam kawasan Pengerang iaitu kawasan parlimen Dato Azalina, Menteri Pelancongan kita sekarang. Haaaa....harap harap dia boleh majukan lagi Desaru sebagai kawasan pelancongan yang lebih maju lagi.

Dibawah ini pula, adalah merupakan tumpahan minyak dipantai Desaru. Oleh kerana Desaru adalah terletak diLaut Cina Selatan dan ianya juga adalah tidak berapa jauh dengan Pulau Singapura dan Pulau Batu Putih, banyak kapal kapal yang perlu melalui laut Desaru untuk ke China, Korea atau jepun atau sebelum masuk ke pelbuhan Singapura. Perjalanan dengan bot lebihkurang 1 - 2 jam sahaja.



Kapal kapal yang berlayar melalui laluan ini biasanya adalah kapal kapal kargo yang besar dan panjang dan membawa muatan yang banyak dan besar juga. Kapal kapal ini menggunakan enjin yang berkuasa besar dan semasa dilautan kapal ini juga menjalankan kerja kerja pembersihan enjin kapal seperti penukaran minyak enjin, servicing dan lain lain lagi. Oleh kerana kos untuk membuang lebihan minyak enjin kapal yang telah digunakan dipelabuhan Singapura adalah amat mahal dan menyusahkan, maka mereka ini telah membuang lebihan minyak enjin kelaut sebelum masuk ke pelabuhan Singapura.



Jadi...hasil buangan minyak tersebut dapatlah kita lihat seperti gambar gambar diatas dan bawah ini.


Kegiatan ini telah menyebabkan pantai menjadi kotor, banyak juga ikan ikan dan binatang laut mati. Nelayan pun susah juga mahu cari makan. Walaupun laporan telah dibuat kepada pihak yang berkenaan, namun, kegiatan ini masih lagi berleluasa. Ini disebabkan mereka belayar di perairan antarabangsa. Itulah yang susahnya tu...!!!!

No comments: