Hari itu, pada 26 Ogos, 2008, seminggu sebelum Ramadhan, aku balik ke Perak, setelah lama sungguh rasanya tak balik kesana. Balik pun tidak dirancang sebenarnya, Ayah mertua aku yang dah 5 hari dimasukan keHospital Besar Ipoh telah menghembuskan nafasnya yang terakhir pada hari tersebut. Ditakdirkan, tak ada rezeki nak berjumpa dengan jenazahnya kerana urusan pengkebumian dilakukan selepas Solat Zuhur. Aku yang bertolak dengan anak anak aku hanya sampai lewat petang. Nasib baik isteri aku dah balik dahulu terlebih awal. Apa yang boleh aku lakukan, semuanya telah ditetapkan begitu.
Setelah selesai urusan yang sepatutnya dilakukan maka bertolaklah kembali ke Johor kami sekeluarga. Dalam perjalanan pulang, singgah sebentar di Bandar Kuala Kangsar untuk makan tengahari. Apalagi...pekena le laksa asam dengan cendol kat lembah, menghadap sungai Perak. Hahaha...sedap wehhh...maklumlah dah lama tak kena.
Sambil makan tu, dengan angin yang sepoi sepoi bahasa dan sambil menikmati pemandangan Sungai Perak yang lebar tu, teringat pulak nak ambil gambar, jadi isteri aku pun ambil le gambar. Memang bidang dia ambil gambar, nikmatilah gambarnya kat bawah ini.
Pemandangan sebelah kiri menghadap Jambatan baru. Lupa pulak nama nya.
Pemandangan sebelah kanan menghadap Istana Bukit Chandan. Perhatikan bangunan berwarna putih ditengah gambar, itulah Istana Bukit Chandan.
Pemandangan yang sama dengan "wide view"
Saudara dan saudari, banding kan pula 2 gambar diatas dengan gambar lama dibawah yang aku jumpa didalam internet, lupa pulak di web siapa.
Kebetulan pula posisi jurugambar adalah sama. Gambar pondok diatas sungai, didalam 2 keping gambar diatas yang diambil oleh isteri aku adalah merupakan jeti bot penambang ke Kampong Sayong, diseberang sungai Perak. Pada masa dahulu. Perahu yang menggunakan kederat manusia ini adalah merupakan pengangkutan yang utama untuk menyeberang sungai Perak ini. Gambar lama diatas menunjukan betapa seboknya tebing sungai Perak ini dengan orang ramai yang hendak menyeberang.
Pada masa dahulu. Kampong Sayong tu ramai penduduk nya kerana sebelum Arwah Sultan Idris 1 memindahlan pusat pentadbiran ke seberang Kiri sungai Perak, diBukit Chandan, istana istana sebelumnya adalah sebelah kanan sungai Perak. Semua Sultan yang memerintah sebelumnya, dari Teluk Intan sampai lah ke Kuala Kangsar membuat Istana dan pusat pentadbiran disebelah kanan Sungai Perak. Mula mula aku tak tahu juga macamana nak tahu kiri atau kanan, setelah diberitahu oleh Pakcik, aku baru aku tahu rupa rupanya kalau nak tahu tebing kiri atau kanan adalah ketika memudiki sungai Perak dari hilir, Teluk Intan menghala ke Kuala Kangsar. Jadi Sayong adalah sebelah kanan ketika memudiki sungai Perak dari Bandar Teluk Intan. Indahnya Tanah tumpah darah aku. Hemmmm....kena balik lagi ni...!!!!
No comments:
Post a Comment