Saturday, October 25, 2008

Opah ku...

Dalam tengah termenung sejenak selesai makan malam tadi dan selepas bersembang melalui telefon dengan saudara Dong yang baru keluar hospital kerana mengidap demam denggi, (7 hari duduk hospital...hisshhhh,..kalau aku tension betul), teringat pulak pada Allahyarhamah Opah.

Dah lama juga dia meninggalkan dunia ini, kalau tak silap tahun 1973. Waktu tu aku baru darjah satu, baru 7 tahun, tapi rasanya ingatan pada arwah masih kuat lagi. Waktu kecil dulu, kalau pergi ke rumah makcik aku, arwah Wah, (masa tu Opah duduk dirumah anaknya) antara cucunya yang ramai tu, aku lah yang disuruhnya "mengobek" sirih pinang dia. Tahu apa tu gobek? hehe...rasanya tak ramai anak anak muda tahu apa itu gobek. Cuba lihat ke link ini http://www.pnm.my/sirihpinang/sp-gobek.htm. Campuran sirih, kapur dan gambir disumbat kan kedalam lubang besi dan ditumbuk lumat dengan antan yang tajam dihujung nya. Rasanya..?? entah lah aku tak tau sebab tak pernah cuba. kelat kelat pedas kot, tapi kalau sudah biasa makan sirih, kalau tak dapat, boleh gigil lutut kot...hehe.


Gambar atas ni, gambar Opah aku. Rasanya gambar ini diambil dalam tahun 1958 atau 1959. di Kampung Repoh, Padang Rengas, Perak. Gambar ni diambil sewaktu majlis berkhatan 4 orang cucu Opah atau 4 orang sepupu aku (anak anak Wah dan Wan Chu). Yang sedang didukung oleh Opah aku tu, abang aku yang paling tua.

Orang dulu manalah banyak duit nak beli kamera waktu itu, kamera yang digunakan ini rasanya, ni mesti jenis nak ambil gambar, kena tenung kebawah, kalau tak silap, dipinjam dari arwah Sultan Idris, waktu itu dia samada Raja Muda atau Raja Dihilir. Macamana kamera itu boleh dipinjam, aku dah lupa, tapi memang ada ceritanya. Ahh...lain kali lah cerita. Waktu gambar ni diambil, aku belum wujud kat dunia ni lagi. Cerita ni aku dengar dari arwah ayah aku. jadi aku tak dapat nak jawab kalau ada pertanyaan kawan kawan. Hehe...!
Al-fatehah untuk arwah Opah Andak Mariah..!

No comments: