Wednesday, October 29, 2008

Nafsu Makan

Salam Sejahtera...!!

Sudah makan? Banyak tak makan? Berhenti sebelum kenyang atau berhenti setelah kenyang? Hemmm....ramai orang susah nak kawal nafsu makan, ini termasuklah aku juga..!! Badan pun dah bertambah berat sekarang ni dan selera makan memang bertambah tambah semenjak dua menjak ini. Tambahan lagi kalau tengah ada masaalah, memang selera makan membuak buak. Begitu juga dikala baru hendak berhenti menghisap rokok, memang nafsu makan membuak, susah nak dikawal. Heran betul..!


Bulan Ramadhan atau orang panggil bulan Puasa baru saja sebulan habis, berat badan aku turun 6 kilogram, gembira rasa dihati. Tapi, masuk aja bulan Syawal atau orang panggil Bulan Raya, dengan kuih muih yang manis manis, ketupat, rendang, lemang, ayam masak merah....huiii...sebut aja apa makananya, memang berselera. Ditambah lagi dengan "Open House" sana sini sepanjang bulan Syawal, haiii....memang la nasib badan. Hancur harapan nak mengekalkan 6 kilogram tu di carta yang sama.


Nengok gambar makanan ni. Best nya...!!

Alangkah nikmatnya makanan yang dinikmati oleh kita semua. Kadangkala oleh kerana terlampau nikmatnya rezeki yang diberikan oleh Allah Subhanawataala, kita terlupa untuk bersyukur kepadaNya. Kita lalai sehingga kadangkala kita berfikiran "Aku penat berkerja siang dan malam, maka aku berhak kepada makanan yang enak enak dan banyak ini." dan ada juga yang berfikiran seperti berikut " Aku yang penat berpuasa selama 30 hari, berlapar dan dahaga, dan sanggup mengenepikan nafsu makan, maka semasa Bulan Raya ni aku berhak makan dengan sepuas puas nya". Hemmm....rugi rasanya kalau kita berfikiran sempit seperti diatas.


Kita seringkali lupa kepada Yang Memberi nikmat dan Rezeki kepada kita. Kita lupa kepada hamba hamba Allah Subhanawataala dimuka bumi ini yang langsung tidak dapat menikmati rezeki dan makan makanan yang enak enak seperti kita nikmati. Tidak ada langsung tetes air mata apabila mengenangkan nasib malang yang hamba hamba Allah ini.


Bersukurlah kita semua, Allah tidak menduga kita dengan cubaan kelaparan dan kebuluran





Amat tidak tertanggung kita kalau Allah Subhanawataala menduga kita seperti hamba hamba Nya yang lain yang tidak bernasib baik seperti kita. Syukur....Alhamdullillah...!!!

Monday, October 27, 2008

Kuala Kangsar

Hari itu, pada 26 Ogos, 2008, seminggu sebelum Ramadhan, aku balik ke Perak, setelah lama sungguh rasanya tak balik kesana. Balik pun tidak dirancang sebenarnya, Ayah mertua aku yang dah 5 hari dimasukan keHospital Besar Ipoh telah menghembuskan nafasnya yang terakhir pada hari tersebut. Ditakdirkan, tak ada rezeki nak berjumpa dengan jenazahnya kerana urusan pengkebumian dilakukan selepas Solat Zuhur. Aku yang bertolak dengan anak anak aku hanya sampai lewat petang. Nasib baik isteri aku dah balik dahulu terlebih awal. Apa yang boleh aku lakukan, semuanya telah ditetapkan begitu.

Setelah selesai urusan yang sepatutnya dilakukan maka bertolaklah kembali ke Johor kami sekeluarga. Dalam perjalanan pulang, singgah sebentar di Bandar Kuala Kangsar untuk makan tengahari. Apalagi...pekena le laksa asam dengan cendol kat lembah, menghadap sungai Perak. Hahaha...sedap wehhh...maklumlah dah lama tak kena.

Sambil makan tu, dengan angin yang sepoi sepoi bahasa dan sambil menikmati pemandangan Sungai Perak yang lebar tu, teringat pulak nak ambil gambar, jadi isteri aku pun ambil le gambar. Memang bidang dia ambil gambar, nikmatilah gambarnya kat bawah ini.
Pemandangan sebelah kiri menghadap Jambatan baru. Lupa pulak nama nya.
Pemandangan sebelah kanan menghadap Istana Bukit Chandan. Perhatikan bangunan berwarna putih ditengah gambar, itulah Istana Bukit Chandan.
Pemandangan yang sama dengan "wide view"
Saudara dan saudari, banding kan pula 2 gambar diatas dengan gambar lama dibawah yang aku jumpa didalam internet, lupa pulak di web siapa.

Kebetulan pula posisi jurugambar adalah sama. Gambar pondok diatas sungai, didalam 2 keping gambar diatas yang diambil oleh isteri aku adalah merupakan jeti bot penambang ke Kampong Sayong, diseberang sungai Perak. Pada masa dahulu. Perahu yang menggunakan kederat manusia ini adalah merupakan pengangkutan yang utama untuk menyeberang sungai Perak ini. Gambar lama diatas menunjukan betapa seboknya tebing sungai Perak ini dengan orang ramai yang hendak menyeberang.

Pada masa dahulu. Kampong Sayong tu ramai penduduk nya kerana sebelum Arwah Sultan Idris 1 memindahlan pusat pentadbiran ke seberang Kiri sungai Perak, diBukit Chandan, istana istana sebelumnya adalah sebelah kanan sungai Perak. Semua Sultan yang memerintah sebelumnya, dari Teluk Intan sampai lah ke Kuala Kangsar membuat Istana dan pusat pentadbiran disebelah kanan Sungai Perak. Mula mula aku tak tahu juga macamana nak tahu kiri atau kanan, setelah diberitahu oleh Pakcik, aku baru aku tahu rupa rupanya kalau nak tahu tebing kiri atau kanan adalah ketika memudiki sungai Perak dari hilir, Teluk Intan menghala ke Kuala Kangsar. Jadi Sayong adalah sebelah kanan ketika memudiki sungai Perak dari Bandar Teluk Intan. Indahnya Tanah tumpah darah aku. Hemmmm....kena balik lagi ni...!!!!

Sunday, October 26, 2008

Tanjung Penawar dan Desaru

Salam sejahtera saudara dan saudari. Nampak gayanya tak berhenti pulak posting hari ini. Syukur, Alhamdullillah...!! Mula mula tu takut tak ada idea atau tak tahu nak tulis apa, tapi Allah tu Maha Kaya dan Maha Bijaksana, diberinya kita idea atau ilham apa yang patut ditulis. Terima lah seadanya apa yang ditulis ini untuk dikongsi bersama, jangan lah memuji dan jangan lah menghina apa yang aku tulis disini. Apa yang ditulis ini adalah lebih berbentuk am dan tidak ada pengkhususan kepada sesuatu aliran atau arah. Kalau saudara ada idea, berilah...supaya boleh dikongsi bersama.

Okay...gambar kat atas ini adalah gambar pantai diDesaru, Kota tinggi, Johor. Cantikan? Panjang pantai lebih kurang 17KM. Masih lagi belum tercemar akibat pembangunan dan permodenan. Pantai ini menghadap Laut Cina Selatan, jadi kalau dalam bulan Nov - Mar, lautnya boleh tahan la bergeloranya. Munshi Abdullah, dalam kesah pelayaranya ke Terengganu atau Kelantan, kalau tidak silap ada menyebut keindahan pantai ini. Tetapi dalam kesah tersebut, pantai Desaru dipanggil Tanjung Penawar. Lebih kurang ceritanya begini (kalau salah harap maafkan ek...)

"Tidak lama berlepas berlayar dari Singapura, lanun telah menyerang kapal yang dinaiki, anak anak kapal telah mempertahankan kapal dari serangan lanun tersebut. Setelah lanun tersebut melarikan diri, ada anak anak kapal yang telah tercedera akibat serangan lanun. Tidak lama setelah serangan lanun, muncul pula angin ribut yang kencang. Ribut tersebut juga telah menambahkan lagi kerosakan kapal tersebut. Keadaan anak anak kapal yang tercedera dan juga kekurangan kayu api dan air telah memaksa kapal tersebut merapat kearah pantai. Dari jauh Munshi Abdullah telah nampak sebuah pantai yang cantik dengan pasir yang memutih. Sauh diturunkan dan anak anak kapal telah turun kepantai untuk mencari kayu dan air bersih. Anak anak kapal juga telah menjumpai banyak banyak terdapat pokok pokok perubatan tradisional disepanjang pantai tersebut. Oleh kerana pantai yang cantik dan memutih, dan banyak pula terdapat pokok pokok perubatan, Munshi Abdullah telah menamakan Tanjung tempat kapal berhenti itu sebagai "Tanjung Penawar". Dipanggil "Penawar" kerana banyak terdapat pokok pokok penawar atau perubatan tradisional untuk memulihkan kecedaraan anak anak kapal dan menjadi Penawar Hati kerana setelah banyak kedukaan kerana serangan lanun dan ribut, mereka berjaya berehat ditempat yang cantik itu."

Nama Desaru, hanya muncul dalam tahun 70an setelah Desaru dibuka dengan rasminya oleh Allahyarham Tun Hussein Onn dalam tahun 1976 (kalau tak silap). Dalam gambar diatas, jika saudara dan saudari melihat kebahagian atas gambar itu, itulah dia Tanjung Penawar.

Walaubagaimanapun, sekarang, Desaru telah dimajukan sebagai destinasi pelancungan. Walaupun begitu, ianya tidaklah terlalu dimajukan seperti Port Dickson dan Pulau Pinang dimana terdapat terlalu banyak hotel dan resort. Keadaan pantainya masih lagi terjaga dari pencemaran dan kemodenan. Dan kebetulan juga, Desaru adalah termasuk dalam kawasan Pengerang iaitu kawasan parlimen Dato Azalina, Menteri Pelancongan kita sekarang. Haaaa....harap harap dia boleh majukan lagi Desaru sebagai kawasan pelancongan yang lebih maju lagi.

Dibawah ini pula, adalah merupakan tumpahan minyak dipantai Desaru. Oleh kerana Desaru adalah terletak diLaut Cina Selatan dan ianya juga adalah tidak berapa jauh dengan Pulau Singapura dan Pulau Batu Putih, banyak kapal kapal yang perlu melalui laut Desaru untuk ke China, Korea atau jepun atau sebelum masuk ke pelbuhan Singapura. Perjalanan dengan bot lebihkurang 1 - 2 jam sahaja.



Kapal kapal yang berlayar melalui laluan ini biasanya adalah kapal kapal kargo yang besar dan panjang dan membawa muatan yang banyak dan besar juga. Kapal kapal ini menggunakan enjin yang berkuasa besar dan semasa dilautan kapal ini juga menjalankan kerja kerja pembersihan enjin kapal seperti penukaran minyak enjin, servicing dan lain lain lagi. Oleh kerana kos untuk membuang lebihan minyak enjin kapal yang telah digunakan dipelabuhan Singapura adalah amat mahal dan menyusahkan, maka mereka ini telah membuang lebihan minyak enjin kelaut sebelum masuk ke pelabuhan Singapura.



Jadi...hasil buangan minyak tersebut dapatlah kita lihat seperti gambar gambar diatas dan bawah ini.


Kegiatan ini telah menyebabkan pantai menjadi kotor, banyak juga ikan ikan dan binatang laut mati. Nelayan pun susah juga mahu cari makan. Walaupun laporan telah dibuat kepada pihak yang berkenaan, namun, kegiatan ini masih lagi berleluasa. Ini disebabkan mereka belayar di perairan antarabangsa. Itulah yang susahnya tu...!!!!

The Power Of Advertising..!

Hi guys....I think everyone aware on the power of advertising. We have seen a lot of advertising in our life. Everywhere, you name it...at the road side, on the buses, LRT, even in our house, ...and the most success one is electronic media especially television and radio. It was sent straight to our face. We can't avoid to ignore it, isn't? We also can't deny that these advertising campaigns, if not 100% at least 50% will influence us when we make decision on our daily life especially to our children. Children is the worst victim. They can't reject any advertising that suit to their mind. Listening to our friends experiences, wife or husband are also part of advertising. Good advertising campaign required brilliant ideas and funs.

Well....my point here is that we can't run from any advertising in our life.
Here are some photos of the advertising....hehehehe...!!










Well...??? I'm correct isn't.....?????

Gubahan Bunga Kain

Hari itu, Bill Keith dari The House Of Bill Keith datang ketempat kerja aku. Kalau didengar namanya, mesti orang akan berperangsaka yang dia ni mestilah seorang mamat saleh. Tapi sebenarnya tidak begitu, dia adalah seorang berketurunan Tionghua atau Cina. Si Bill ni adalah seorang yang sangat seni sentuhan tanganya. Gubahan gubahan atau sentuhan nya mesti menjadi dan seni serta cantik mata memandang. Diatas ni salah satu sentuhanya dan idea beliau. Dia selalu dipanggil ke Thailand, HongKong, Singapore..kebanyakan Hotel dan Resort memang guna kepakaran beliau.

Tapi...yang bestnya, si Bill ni adalah seorang yang "pelembut" orangnya...hahaha...jangan ingat lain arrr...tapi dia memang lembut! Gaya dia memang begitu, macam ramai "fashion disigner", yang kebanyakanya lembut. Tapi si Bill ni memang sporting dan best dibuat kawan. Tapi kalau kerja dengan dia, hemmm....penat badan.... memang teliti dan masa kerjanya tak menentu. Tengah malam pun jadi. Banyak aku belajar dengan dia ni dari segi bekerja.

Modal yang digunakan tak banyak...hanya berikut bahan bahan nya;

1. Ranting ranting kayu atau dahan dahan pokok yang dah kering dan mati. Diambil (hanya yang cantik bentuk rantingnya) dan dibersihkan dan dicat dengan warna putih dengan menggunakan cat air. Cat minyak jangan digunakan kerana tidak naik serinya atau putihnya. Kalau nak cantik pakai berus jangan digunakan spray.

2. kain merah yang murah, 1 meter 1.90 atau kurang harganya, dan bunga merah yang banyak dijual dikedai bunga atau kalau nak murah kalau beli banyak, beli kat Bandar Nilai, Negeri Sembilan. Bunga kain ini diimport dari China. Atau kalau untuk decorate untuk Hari Raya, boleh gunakan bunga yang berwarna hijau atau lihat pada konsep yang saudara dan saudari kehendaki dan sesuaikan dengan bentuk dan warna bunga bunga yang dikehendaki.

3. Sedikit dawai untuk mengikat dahan bunga ke ranting ranting. Pasu bunga boleh beli dikedai bunga, kalau tak silap RM 12.00 satu pasu yang bersaiz sederhana.

4. Nak cantik lagi buat kan kotak dari kayu untuk tempat meletakan pasu punga yang dah siap digubah. Kotak itu juga mesti dicat dengan warna putih. Tinggi dalam 2 kaki atau 3 kaki dan lebar dalam 1 kaki.

Dah ada barang barang diatas, cuma cantumkan dan rekalah seperti bentuk gubahan gubahan dalam gambar diatas. Cantikan....???? Kalau nak melawat kedai dia, ada di Kuala Lumpur, kat No 78A, Jalan Alor Off Changkat Bukit Bintang, KL. Selain dari gubahan, Si Bill ni juga buat event planner, fashion design dan lifestyle interior design. Dia ni memang famous.

Saturday, October 25, 2008

Izinkan Aku Reguk Cinta Mu - Ebiet G Ade


Aku Bertasbih
Bukan hanya karena
Takut akan azab nerakaMu
Aku bertahmid
Bukan hanya karena
Ingin merebut nikmat surgaMu

Aku bertakbir
Seluruh jiwa dan raga
Karena sungguh mendambakanMu
MerindukanMu
MencintaiMu
Kekasihku

Izinkan aku
Membasahi sejadah
Bersimbah airmata
Dalam sujud
Oh....Engkaulah yang Maha Perkasa
Oh....Engkaulah yang Maha Segalanya

Yaa Allah....
Yaa Rahman....
Yaa Rahim....
Yaa Karim....
Segala puji bagiMu
Izinkan aku
Runduk memohon ampun
Lafazlah taubat dan istighfar
Izinkan aku reguk cintaMu


Lagu dan Lirik : Ebiet G. Ade

Nota : kalau mahu mendengar, sila kesini : http://www.muziknusantara.com/ebiet_ab_masih_ada_waktu.html#regukcintamu

Opah ku...

Dalam tengah termenung sejenak selesai makan malam tadi dan selepas bersembang melalui telefon dengan saudara Dong yang baru keluar hospital kerana mengidap demam denggi, (7 hari duduk hospital...hisshhhh,..kalau aku tension betul), teringat pulak pada Allahyarhamah Opah.

Dah lama juga dia meninggalkan dunia ini, kalau tak silap tahun 1973. Waktu tu aku baru darjah satu, baru 7 tahun, tapi rasanya ingatan pada arwah masih kuat lagi. Waktu kecil dulu, kalau pergi ke rumah makcik aku, arwah Wah, (masa tu Opah duduk dirumah anaknya) antara cucunya yang ramai tu, aku lah yang disuruhnya "mengobek" sirih pinang dia. Tahu apa tu gobek? hehe...rasanya tak ramai anak anak muda tahu apa itu gobek. Cuba lihat ke link ini http://www.pnm.my/sirihpinang/sp-gobek.htm. Campuran sirih, kapur dan gambir disumbat kan kedalam lubang besi dan ditumbuk lumat dengan antan yang tajam dihujung nya. Rasanya..?? entah lah aku tak tau sebab tak pernah cuba. kelat kelat pedas kot, tapi kalau sudah biasa makan sirih, kalau tak dapat, boleh gigil lutut kot...hehe.


Gambar atas ni, gambar Opah aku. Rasanya gambar ini diambil dalam tahun 1958 atau 1959. di Kampung Repoh, Padang Rengas, Perak. Gambar ni diambil sewaktu majlis berkhatan 4 orang cucu Opah atau 4 orang sepupu aku (anak anak Wah dan Wan Chu). Yang sedang didukung oleh Opah aku tu, abang aku yang paling tua.

Orang dulu manalah banyak duit nak beli kamera waktu itu, kamera yang digunakan ini rasanya, ni mesti jenis nak ambil gambar, kena tenung kebawah, kalau tak silap, dipinjam dari arwah Sultan Idris, waktu itu dia samada Raja Muda atau Raja Dihilir. Macamana kamera itu boleh dipinjam, aku dah lupa, tapi memang ada ceritanya. Ahh...lain kali lah cerita. Waktu gambar ni diambil, aku belum wujud kat dunia ni lagi. Cerita ni aku dengar dari arwah ayah aku. jadi aku tak dapat nak jawab kalau ada pertanyaan kawan kawan. Hehe...!
Al-fatehah untuk arwah Opah Andak Mariah..!

Awal Mula Pertama Mula..

Salam sejahtera kepada saudara dan saudari yang melawat blog ini dan salam perkenalan jua dari saya. Hemmm....nak tergelak pun ada, nak terkedu pun ada, tak tahu nak cakap apa. Mungkin sudah ditakdirkan Tuhan, baru sekarang, baru tergerak nak menulis didalam blog ini walaupun sudah mendaftar blog "Merbawi" ini semenjak November 2007....! Wow...sudah hampir 11 bulan!

Apa pun jua, saya masih termangu mangu sehingga sekarang, tidak tahu nak bermula dengan topik apa. Hahaha... mungkin malam nanti baru datang buah fikiran yang bernas agaknya.

Jumpa kembali..!!