Permainan daun terup ni lagi satu permainan yang popular dikalangan gang gang aku. Masih ingat lagi daun terup ini? pada zaman aku dulu terup ni saiz nya kecil aja, lebih kurang 2.5 inci x 1.5 inci aja. Depan ada gambar ultraman la, incredible hulk ke, gambar combat, gambar kartun ker dan lain lain lagi gambar berdasarkan siri popular TV pada masa itu la. Belakang nya ada gambar daun terup tu la...daun sat ke, spade, kelawar, diamond ke dan lain lain le.
Ada satu cara lain permainan daun terop ini, permainan nya simple aja iaitu cara tepok tangan. Contohnya aku pegang satu daun terop ditapak tangan dan gang aku pegang satu daun terop ditangan dia juga. Lepas tu, ditamparlah kedua dua tangan aku dan gang aku tu. Dalam masa yang sama, kedua dua terop dilepaskan dan dibiarkan jatuh atas lantai. Kalau daun terop aku jatuh dan gambar atas daun tu menghadap keatas atau menghadap kelangit dan daun terop gang aku jatuh tertutup (gambar menghadap kebumi) jadi aku menang ler dan daun terop dia tadi tu menjadi kepunyaan aku la. Tapi permainan cara ini aku tak suka sebab lengoh tangan beb..! Lepas tu pulangan nya lambat, kena sakit satu tangan baru tahu keputusan...kalah atau menang ...hehehe!
Okay.....cara permainan daun terop dengan lontaran selipar ni rasanya straight forward. Tak perlu banyak material, cuma selipar jepun dan tin susu kosong. Tapi selipar jepun yang jenis berat gedabak (kebiasaanya warna coklat) tu tidak dibenarkan sama sekali...sebab selipar tu berat beb.! Lebih daya tujahan kata saintis Newton.....hehehe! Hanya selipar jepun seperti gambar diatas yang dibenarkan.
Cara permainan nya senang aja;
1. Dipilih satu kawasan lapang, lepas tu letak satu tin susu kosong ditengah tengah bulatan yang dibuat disekeliling tin susu tersebut. Kebiasaanya diameter garisan keliling tin tu dalam 1 kaki.
2. Lepas tu, buat garisan jarak dari tin susu tu dalam 15 - 20 kaki...agak agakla, jangan terlalu jauh sangat.
3. Lepas tu diletak taruhan daun terop diatas tin tersebut. Tapi semua mesti sepakat berapa pertaruhan yang dipersetujui. Dah taroh tu semua kena lai lai li tam plom laaaa......sebab nak pilih pembaling pertama.
4. Lepas tu rembat la selipar jepun tu sampai kena tin susu. Daun terop yang boleh diambil kalau lontaran selipar mengena pada tin tersebut mestilah keluar dari garisan bulatan tersebut. Kalau daun terop masih mengena pada garisan lilitan dikira masih dalam pertarohan. Itu kata gang gang aku..... masih ada "karan" daun terop tu. Apa yang karanya ntah...!hehehe...!
Permainan ini melibatkan kalah dan menang. Seperti biasa...hehehe...permainan diakhiri dengan pergaduhan, sebab main tipu. Ada ka patut ada satu mamat tu dah sumbat besi bawah selipar jepun. memang la berat selipar jepun tu...hehehe! Bijak..! Bijak...! Sepandai pandai tupai melompat akhirnya jatuh gak ketanah....besi dalam selipar tu tercabut dan terkena tin susu tu...berdeting ler bunyi dia...hahaha...kena tangkap basah la dia. Ada jugak mamat gang aku lagi satu ni punya la nak menang....pakat dengan gang dia yang tak main dok tepi tin, bila gang dia baling, dia pun jentik batu kat tin tu...perghhh...macam macam cara nak menang.
Ada satu hari tu aku menang banyak. Mood baik beb. Lontar aje...kena...! lontar aje kena....! Pendek kata, menjadi la hari tu. Tersengih aja, poket seluar dah kembong, penoh dengan daun terop. Balik rumah dah nak senja....mak aku dah bising. Sebab takut kena rotan (mak aku memang garang beb), terus buka baju seluar dan baju terus mandi. Lupa pada daun terop dalam poket seluar hasil kemenangan hari itu. Esok bangun pagi, gang aku dah calling calling kat depan pintu...ajak main...nak revenge ler tu...kekalahan semalam! cari cari daun terop tak ada, baru teringat ada dalam seluar semalam...tanya mak aku..."mak, seluar semalam mak taroh kat mana?" Mak aku jawab..."apa seluar semalam? "Ada....dalam baldi tuuuu...." aku tengok baldi dalam bilik air, ternampak baldi warna merah dengan seluar aku kat dalam tu....dah penoh dengan air...! kehkehkeh.....Menangis tak berair mata....daun daun terop hasil kemenangan semalam dah basah beb...!! Dengan muka sedey ajer jumpa member aku....tak jadi main gang...mak aku tak bagi keluar..!! hehehe....pandai pulak temberang....malu beb...nanti gang kutuk!
"Merbawi" adalah merujuk atau sempena nama sebuah Pekan kecil yang sunyi dan aman damai iaitu Lubuk Merbau. Terletak diutara Bandar DiRaja Perak, Kuala Kangsar. Pekan ini adalah pekan lama yang berlatarbelakangkan sawah padi, bukit dan gunung yang mengelilinginya.
Friday, January 15, 2010
Kenangan Semasa Kanak Kanak - 4
Salah satu favorite aku masa kecil ialah berlumba kereta lumba dengan gang gang. Seperti yang aku katakan dalam post yang lepas, aku sudah pandai menggunakan alat alat pertukangan seperti gergaji, tukul, paku dan lain lain lagi alat kepunyaan ayah aku.
Cara pembuatan kereta lumba ini simple aja, hanya menggunakan barangan yang terbuang dan tidak digunakan lagi. Tayar kereta lumba aku ambil daripada basikal kanak kanak yang sudah tidak digunakan lagi. Papan dan kayu digunakan untuk membuat badan kereta lumba. Ada juga mamat gang aku ni yang tak cukup papan, habis papan reban ayam orang kampung dirembatnya...hahaha! Kesian ayam dengan itik tu, papan reban dema kena rembat. Bagi menjayakan pembinaan kereta lumba, kami hanya menggunakan daya imaginasi, tidak memerlukan lukisan. Kalau memerlukan lukisan pun untuk berbincang dengan gang gang, kita orang lukis atas tanah aja...hehe!
Bila dah siap, kereta ini memerlukan kombinasi 2 orang untuk digerakan...ooppsss, sori, kereta ini tidak menggunakan kuasa kuda, tetapi kuasa orang.....hahaha! Yang selalu jadi mangsa aku ialah adik bongsu aku yang jarak umurnya 2 tahun daripada aku. tetapi tidaklah juga selalu, kebiasaanya bergilir gilirlaaaa...menolak dan memandu.
Yang paling best kalau ada upacara lumba. Jarak perlumbaan, tak jauh...100 meter aja. Perghhh....mencanak kereta tu pegi...hehe. Tapi dalam berlumba ...adatlah, mesti ada kemalangan. Tercabut tayar ni, kemalangan biasa.....boleh dikatakan...70% tayar kereta lumba ni tercabut, samada tayar tak cukup paku, tayar tak dapat menampung kelajuan kereta, pemandu lebih muatan...hahaha..... atau kuasa "orang" kereta lumba tu terlalu kuat. 10% langgar pokok. Lagi 20% tak dapat menamatkan perlumbaan kerana sebab sebab lain seperti pemandu tercedera, merajuk atau bergaduh dengan pemandu lain dan yang paling selalu dalam 20% tu ialah semasa tengah berlumba atau semasa perlumbaan hendak dimulakan....EMAK panggil balik sebab kena jaga adik atau kena suruh pergi kedai beli barang..!!! hahahahah.....!!!! Bayangkan Micheal Schumaker kena pergi kedai beli belacan dengan serai...!!! Hohohohoho...!!
Kenangan Semasa Kanak Kanak - 3
Horraayyyy....Cutiii...!!! Ini adalah perkataan yang selalu keluar dari mulut kanak kanak apabila tiba musim cuti sekolah pada pertengahan bulan November. Aku juga tidak ketinggalan untuk menyebut perkataan ini. Pada hari terakhir persekolahan, setelah sampai saja dirumah, terus campak bag sekolah atas lantai...hehe...memang tak buka buku punya sepanjang cuti sekolah...hehe (terok betul aku ni)..tapi yang heranya tu, periksa okay plak tu..! Yalah....zaman itu kat kampung aku mana ada hiburan, TV pun tak ada kat rumah aku, video games lagi laa... yang ada hanya aktiviti outdoor...perang sana, perang sini....kalau mula mula perang tu pakai tunggul kayu aja sebagai senjata. Pelurunya? Tulah....mulut tu jadi peluru....hehe.....berbuih mulut ....tetetetet....mati ko...tetetetet...aduh..!! Aku kena tembak! Haaaa.....itulah awal mula pertama mula aku dengan gang gang aku main perang perang. Tidak lama selepas itu baru ada peningkatan......pakai senapang "letap letop".....Fuhhh....kelas gitu..! haha....kadang kadang aku tersenyum dengan ketawa sendiri bila mengenangkan zaman kanak kanak aku dulu.
Okay, cerita permainan kali ini bukan pasal perang perang, tapi mengenai pertandingan skil menenang dengan mata dan skil menarik getah...hehehe. nama permainan ini aku sudah lupa, tapi material permianan ini hanya getah gelang atau orang putih sebut "rubber band". Kebiasaanya jenis jenis permainan ada bermusim kalau musim main getah...semua main getah, kalau musim main daun terop.....semua main daun terop, janganla kita cuba menongkah arus dengan bermain permainan lain, alamat kena boikot laa, main la sorang sorang...haha!
Permainan ini senang aja...hanya perlukan getah gelang, skil dan nasib. macam ini caranya;
1. Beli getah gelang banyak banyak. Lepas tu pintal atau sulam getah gelang seperti menyulam rambut kanak kanak perempuan menjadi seperti tocang. Hujung tocang tu diikat lebih besar seperti pintalan, tujuannya adalah supaya itu akan menjadi seperti penyebat. Sudah siap bentuknya akan jadi seperti dalam gambar lukisan diatas. ini dipanggil "tagen". Apa maksudnya atau kenapa dipanggil begitu, aku tak tau! Aku ikut aja gang cakap macam itu.
2. Pancang 2 batang kayu atau ranting setinggi 6 - 7 inci dari paras bumi. Tegangkan 1 getah gelang diantara kedua dua ting tersebut. Ini adalah bertujuan sebagai tempat penyidai atau temp[at letak getah gelang yang menjadi taruhan.
3. Setiap pemain akan meletakan getah gelang yang menjadi taruhan, mungkin 20 keping, 30 keping getah gelang (mestilah dipersetujui bersama).
4. Buat satu garisan, jarak 20 kaki dari tiang taruhan. Cara melastik adalah dengan memasukan jari telunjuk kedalam lubang getah tagen dan menarik hujung pintalan tersebut...dan setelah menenang dengan tepat (nak lebih tepat pejamkan sebelah mata)...lepaskan getah tagen tersebut. Cara untuk mengambil giliran nombor untuk melastik, adalah dengan "one, two...som"
5. Mana mana getah gelang yang dilastik jatuh kebumi adalah hak pelastik tersebut....tetapi jika ada mana mana getah gelang yang jatuh kebumi tetapi masih menyentuh tiang atau getah lain yang masih menyentuh tiang ..itu tidak boleh diambil. Biarkan begitu sahaja. Jika pelastik yang terkemudian melastik dan berjaya memisahkan getah gelang itu dari menyentuh tiang ...maka itu adalah habuan si pelastik tersebut.
Okay...senangkan? Maka bermulalah pertandingan getah tagen. Mana mana pemain yang kalah....jangan risau esok masih ada...balik kerumah ajalah dengan muka yang poyo dan sedih...kehkehkehkeh......aku pernah kalah dan rasa nak menangis mengenangkan getah yang tewas banyak.
Bagi para pemenang....chewahhhhh....bergaya gang gang aku. Penuh getah gelang kat tangan kiri dan kanan sampai kelengan. Bayangkan lah, getah penuh kat tangan. Jalan pun rasa tak pijak bumi...abis tu gang gang dok puji sampai kembang "tttuuuuttt". Kadang kadang sampai bergaduh dan bertumbuk pun ada sebab tak puas hati dan kecewa. Adatlah kanak kanak....gaduh kejap aja...lepas tu kawan balik. Abis ...kalau tak kawan kang....jadi kera sumbang.
Thursday, January 14, 2010
Kenangan Semasa Kanak Kanak - 2
Oleh kerana pengaruh cerita COMBAT semasa aku kanak kanak begitu kuat sekali mempengaruhi aku dan gang gang yang lain dan kebetulan bersebelahan kampung kami ada satu kem askar Wataniah, kalau tak silap kem 501 yang dijadikan kem latihan askar wataniah membuat latihan, maka kebanyakan permainan kami adalah lebih bercorak kepada peperangan dan outdoor. Ada juga permianan lain yang dimainkan oleh kami seperti galah panjang, bola sepak, police & thief dan lain lain lagi tapi ini adalah permainan biasa bagi kami.
Cara nak buat pistol ini senang aja;
1. Ambil sekeping papan dan lukis bentuk pistol atau senapang seperti yang diinginkan. Lukis dengan kapor tulis la atau marker. Lepas tu potong dengan gergaji. Dalam kes ni, kadang kadang arwah ayah aku sampai mengeleng ngeleng kepala semasa nak guna gergaji sebab mata gergaji tu sampai rongak aku kerjakan....hehehe...!
2. Ambil sekeping kayu kecil yg bersaiz sama seperti tepi papan tersebut untuk dijadikan pengepit peluru. Dibawahnya letakan sebatang besi bulat untuk menbolehkan kayu kecil tu dijongketkan.
3. Lepas tu ambil getah gelang dan lilitkan dihujung kayu kecil pengepit tersebut. Ini membolehkan tekanan kepada hujung penyepit tersebut untuk menahan peluru.
4. Hujung pistol atau senapang dililitkan getah gelang yang panjang untuk didibolehkan ditarik sampai ke pemetik dan disangkutkan pada pelurunya.
5. Peluru - adalah menggunakan peluru terung belanda yang kecil atau buah ceri muda. Buah ceri masak yang warna merah tidak boleh digunakan kerana akan tercabut dari tangkai buah tersebut. Kalau nampak buah ceri merah, jangan digunakan. Sila makan aja buah ceri tersebut...hahahaha..!!!
6. Cara menembak - kepit kan tangkai buah terung belanda atau ceri tersebut ke pemetik dan tarik getah dan sangkutkan pada buah tersebut. Bila hendak menembak, halakan kepada target dan tekan pemetik. Nak sedap halakan pada perut mangsa....sure birat birat punya...hehe!!
Ada juga yang kreatif dengan mengubahsuai pistol dan senapang ini dengan cara menggunakan tiub tayar basikal lalu diikat pada kulit kasut yang telah dipotong macam lastik tu. lepas tu dikepit. Peluru senapang atau pistol yang telah diubah suai ini biasanya menggunakan batu dan target nya kebiasaanya burung, kucing, anjing atau bagi yang nakal, pintu rumah orang.!
Cara bermain pistol diatas adalah sama cara seperti bermain senapang letap letop. Tetapi pakaian adalah berbeza. Kebanyakan pemain pemain mengenakan pakaian tebal dan berlengan panjang. Sebabnya...birat birat badan kalau kena peluru pistol ini...hehehe! Ada juga "askar askar" yang memakai mangkuk dari besi yang sudah bocor kepunyaan ibu mereka dijadikan topi kepala...hahaha...memang lawak muka dema ni masa pakai topi tu.
Peluru senang didapati disekitar kampung kerana buah ceri tumbuh liar dan banyak dikawasan kampung manakala terung belanda juga banyak ditanam...sedap kalau dimasak sambal tumis..!!
Ada satu ketika semasa cuti sekolah, semasa permainan ini masuk musim nya, habis semua pokok terung belanda dikerjakan oleh gang gang aku...mengamuk satu makcik tu..sampai bawa parang kejar budak budak...hahaha! Tu mesti kes tak dapat masak sambal tumis terung belanda.!

Kenangan Semasa Kanak Kanak - 1
Semua orang ada zaman kanak kanak masing masing. Ada yang masih mengingatinya, seperti baru semalam mengalaminya, ada yang tidak ingat dan lupa malah ada juga segelintir yang cuba melupakanya. Bagi aku, zaman kanak kanak adalah satu zaman yang paling menggembirakan, tanpa banyak masaalah seperti zaman orang orang dewasa ini. Walaupun begitu, tidak dapat dinafikan terdapat jua masaalah tetapi ianya adalah lebih kepada masaalah masaalah yang berkait dengan dunia kanak kanak.
Aku telah dilahirkan di kampung Langkor, sebuah kampung diPekan Lubuk Merbau, Kuala Kangsar. Kedua dua orang tua aku adalah dari kalangan keluarga yang berkehidupan yang boleh dikatakan susah dan tidak senang, dengan 4 orang anak dan dengan lahirnya aku maka bertambah lah lagi mulut yang perlu disuap. Kehidupan seharian adalah dengan menoreh getah, bersawah padi dan lain lain kerja rencam di kampung yang boleh mendatangkan rezeki. Setelah 6 - 7 bulan lahirnya aku, Kedua orang tua aku telah membuat keputusan untuk berpindah ke Kuala Lumpur dan memulakan kehidupan baru, itu terjadi pada tahun 1967. Maka berpindahlah kedua orang tua aku bersama anak anaknya ke kampung kilat, berhadapan Bengkel Mara, di Kampung Datok Keramat. Dinamakan kampung kilat kerana rumah disitu boleh didirikan dalam masa yang sekejap sahaja, macam kilat...hehehe. Rumahnya disewadengan sewaan yang murah juga. Pada masa itu Kuala Lumpur nama sahaja kota raya, tetapi disekelilingnya dikelilingi oleh kampung kampung Melayu yang dibuka oleh peneroka peneroka 100% melayu dari luar Kuala Lumpur. Setelah menetap beberapa lama disitu, orangtua aku telah membuat rumah di kampung Berembang pada tahun 1968. Rumah yang dibina oleh orang tua aku ini bersebelahan dengan rumah kakak orang tua aku dan rumah anak anak saudaranya serta saudara mara yang lain telah berhijrah ke Kuala Lumpur dan kebanyakanya datang dari Kuala Kangsar, Perak.
Di kampung Berembang, pada masa itu 100% penduduknya adalah orang melayu yang telah membuat rumah kediaman masing masing, boleh dikatakan penduduk di situ datang dari semua negeri. Corak penempatan rumah rumahnya adalah, jikalau ketuanya atau penduduk awal datang dari negeri sembilan, maka disekeliling rumah ketua tersebut dikelilingi oleh rumah rumah yang juga berasal dari negeri sembilan, kemungkinan dalam 10 - 20 rumah. Jadi terdapat pola penempatan yang sebegitu rupa didalam kampung Berembang tersebut. Jika kita berjalan disepanjang kampung tersebut, dikawasan tertentu, kita akan dengar loghat minangkabau, dikawasan hadapan sedikit, ada loghat kelantan dan dihujung kampung ada loghat kedah dan pulau pinang.
Dikampung Berembang, yang terletak dibatu 3 1/2 Jalan Ampang, Kuala Lumpur ini lah aku dibesarkan, berkawan, bermain, belajar mengenal huruf Al Quraan, belajar asas ugama, bersekolah rendah diJalan Gurney 2 dan bersekolah menengah Sekolah Menengah Sri Ampang (Sekolah gangster tuu..hehe..) sehinggalah tahun 1983, apabila orang tua aku dipindahkan ke negeri utara, bandar Alor Star, Kedah. Aku rasa, orang tua aku telah membuat keputusan yang betul dengan berhijrah ke Kuala Lumpur pada tahun 1967, jika tidak mungkin peluang untuk meningkatkan taraf penghidupan juga turut tidak ada. Kemungkinan juga, jika orang tua aku tidak berhijrah, aku masih dikampung dan bekerja dikampung juga.
Okay...cukup cerita background aku, sekarang aku nak cerita pasal permainan permainan aku semasa kanak kanak di kampung Berembang. Al maklum ajalah zaman kanak kanak aku masa di Kampung Berembang, bukan ada tenaga elektrik dan paip air, nama aja duduk di Kuala Lumpur. Masih lagi guna pelita dan lampu gasolin (bab lampu gasolin aku memang pakar, sebab tiap malam kena pasang bergilir dengan abang aku) kadang kadang bangun pagi lubang hidung hitam sebab jelaga dari asap pelita...baca buku mengadap pelita daaa...hehehe! Video games, VCD ke, DVD ke, malahan TV pun kebanyakan rumah di kampung Berembang tak ada. kalau adapun, itu sudah dikira barangan eksklusif. Kalau nak nengok TV kena bayar 0.05 sen...hehehe....collection untuk beli diesel tuan rumah untuk hidupkan generator..! nama nama seperti Ijam, Acei, Zam, Din, Jenor, Salleh, Faiz dan lain lain lagi yang tak berapa aku ingat lagi adalah merupakan kawan kawan sepermainan aku, tah macamana muka muka mereka ini semuanya sekarang agaknya......hahaha...harus dah bermisai dan berjanggut, mungkin rambut pun ada yang dah putih atau botak ...hahaha..!
Permainan yang aku nak ceritakan ini adalah permaianan senapang "letap letop". Permainan ini aku mula main semasa umur aku 8 tahun. Kenapa nama nya "letap letop", entah laa...aku sendiri pun tak tahu, dah gang gang aku panggil macam itu, aku pun ikut ajalah...mungkin sebab punyi nya yang kuat, sampai meletop letop.
Senapang letap letop ini adalah kategori tidak merbahaya, bunyi nya sahaja yang kuat...."POW" sana..."POW" sini...hehehe...hasil nya tak ada apa, kalau kena badan pun tak ada apa. Bahan bahan nak buat seperti berikut;
1. 1 batang buluh pagar yang berlubang, kalau boleh biar tebal sebab susah nak pecah kerana tekanan yang kuat. Panjang agak agaklah dalam 1 kaki.
2. 1 batang buluh lidi (juga buluh pagar)pajang untuk masuk dalam buluh besar dalam 11.5 inci. tambah lagi dalam 3 inci untuk disumbat dalam buluh untuk pemegang,seperti dalam gambar diatas. Biarkan dalam 1/2 inci dihujung buluh besar untuk peluru.
3. Peluru nya? alah ...kacang...! pakai kertas surat khabar lama aja yang direndam dalam air untuk memadatkanya
4. Cara gunanya...lagi kacang...,Disumbat kertas surat khabar yang telah direndam tadi (dalam bentuk gumpalan kecil) dalam buluh besar. Lepas itu ambil buluh batang lidi tolak kedepan. Lepas itu masuk lagi sekali pelurunya, baru ada tekanan didalam buluh besar tadi akibat terkumpulnya udara didalamnya. Apabila ditekan buluh lidi tadi maka terjadi lah tekanan dan menendang kertas surat khabar yang dihadapan buluh besar tadi keluar dengan bunyi letupan yang kuat..."POW".
Ini adalah senapang peperangan peringkat awal....peringkat yang keatas..nanti aku cerita lain kali. Jadi, aku dengan gang gang aku akan membuat pasukan perang masing masing, satu askar German...lagi satu askar amerika...hahaha...ini semua pengaruh cerita COMBAT la, masa itu cerita combat ini memang jadi bualan kami semasa kanak kanak dulu. Jadi berperang lah kami didalam semak ditepi kampung atau dibelakang belakang rumah orang. Oleh sebab senapang yang dibuat hanya 1 laras....dah ada pula gang yang dah modified senapang tu jadi 2 laras...atau sehingga 4 laras....haaa...amik ko! Ini semua sebab semasa berperang senapang 1 laras memang kalah sebab tak sempat nak isi peluru balik...dah kena serang dan serang. Peluru (kertas surat khabar basah) senapang diisi dalam kantung plastik dan disisip kan kepinggang. Kadang kadang pasukan aku kalah perang bukan sebab senapang 1 laras aja tetapi desebabkan oleh peluru dah kering...!! Hahahahaha....kelam kabut semasa berperang peluru surat khabar dah kering sebab lama sangat menyorok dalam semak dan akibat bermain dibawah panas. Jadi kena laaa kreatif...terpaksa gunakan air ludah...hahaha....ada yang terdesak terpaksa guna air longkang..!!
Okay itu aja cerita nya, lain kali sambung ...daaa!

Subscribe to:
Posts (Atom)