Friday, February 20, 2009

SENARIO POLITIK TANAH AIR KU

Semenjak politik tanah air memanas dan meluap dengan bahang api dan asap seperti gunung berapi yang tengah aktif di Jepun sekarang, aku tertanya tanya apakah akhirnya senario politik di Malaysia ini. Apakah kesanya pada anak cucu kita akan datang?

Aku dulu belajar di ITM dan salah satu matapelajaran yang aku belajar adalah Sains Politik. Apa yang aku ingat semasa belajar dahulu, "Politik" adalah berasal dari bahasa Greek iaitu "Polis" yang membawa maksud "negeri, negara atau bandar". Politik adalah merupakan satu proses bagi sesuatu kumpulan membuat keputusan. Pada kebiasaanya istilah ini adalah dipakai didalam sesebuah kerajaan awam. Walaubagaimanapun, politik juga telah didapati digunakan didalam hubungan kumpulan kumpulan manusia didalam korporat, akademik, sukan dan juga ugama yang mana ianya mangandungi hubungan sosial yang melibatkan "kuasa" atau "power" untuk mengawal dan membuat keputusan.

Didalam bahasa arab, politk dikenali sebagai "siasah". Siasah bermaksud, Hukum atau tadbir. Walaubagaimanapun perkataan siasah tidak terdapat didalam Al Quraan. Hanya perkataan AL Mulk, yang bererti penghakiman manusia, suruhan dan larangan serta kepimpinan didalam urusan mereka, yang hampir kepada siasah. Perkataan siasah hanya digunakan selepas kewafatan Rasullullah SAW oleh Amru Al ash apabila dia memperkatakan mengenai Umayyah. Okay, cukup mengenai apa itu makna politik. 

Semenjak awal bulan Mac 2008 yang lalu, senario politik tanahair telah menjadi panas meluap luap. bermula dengan kisah rancangan tukar kerajaan melalui lompat parti beramai ramai. Dituruti pula lawatan ahli ahli Parlimen ke Taiwan untuk mengagalkan rancangan lompat parti beramai ramai oleh parti pembangkang dan diikuti pula oleh 4 orang parti pembangkang juga ke Taiwan untuk memujuk mereka ini. Kepanasan yang masih kecil dan sedang membesar diteruskan dengan pilihanraya Permatang Pauh dan Kuala Terengganu. Kepanasan semakin membara dengan lompatan ke parti pembangkang oleh Adun Bota. Pertukaran kerajaan Negeri Perak oleh lompatan kembali keparti pemerintah oleh Adun Bota dan dituruti pula oleh 3 orang parti pembangkang. Ditambahi lagi dengan kemarahan dilepaskan kepada Sultan Negeri Perak. Saman kepada kerajaan Negeri Perak. Panas yang meluap luap itu kini telah merebak ke Selangor dan Kedah dengan perletakan jawatan oleh 2 orang pembangkang. 

Dan dibawah ini, lihat lah perkataan perkataan yang panas dan jarang jarang sekali kita dengar sebelum ini;

"WE HAVE NUMBERS, ACARA KATAK LOMPAT BERAMAI RAMAI, LIWAT, PEMBELOTAN, GANJARAN BERJUTA JUTA, SUMPAH LAKNAT, KASI TANAM, TROJAN HORSE, LOMPAT SANA BOLEH TAPI LOMPAT SINI TAK BOLEH, COUP D'ETAT, MB HARAM, MB SAH, MB BONEKA, SULTAN TIDAK ADIL, BUBAR DEWAN, PILIHANRAYA SEMULA, SPEAKER ULTRA VIRES, KUDA TUNGGANGAN, TIDAK IKUT PERLEMBAGAAN, PENDERHAKA, BUANG NEGERI, MELAYU BERBARING ATAS JALAN, KERETA RAJA MUDA DIBALING BATU, SAYA MASIH MB, ISTERI SAYA YANG SAH, GAMBAR BOGEL, GIGOLO, LEMBU KORBAN, MB GUNA KERETA SENDIRI, CAMRY, LEXUS, ANCAMAN BUNUH, PELURU DIDALAM SURAT, HARUS BERTAUBAT...dan banyak lagi yang tak dapat aku ingat semuanya. 

Didalam mencapai matlamat politik, setiap apa jua cara, tindakan dan kesempatan telah dihalalkan, tanpa ada halangan atau batasan. Yang penting adalah keputusan dari tindakan itu mestilah memihak kepada yang apa yang dipolitikan. Apabila ini telah menjadi motto dan pegangan kepada ahli ahli politik, maka jadilah politik itu kotor, jijik, ganas dan memualkan. Sesiapa pun yang berniat atau memilih untuk berkecimpung dan melibatkan diri didalam politik, mestilah tahu bahawa dia mesti sanggup menerima kesan daripada tindakan yang diambilnya atau oleh lawan politiknya. Tidak dapat dapat dinafikan, permainan politik orang orang Melayu telah mencapai taraf dunia. Ini satu perkembangan yang menakjubkan kerana dalam masa 51 tahun merdeka, segala galanya telah berkembang dengan pesatnya. Didalam politik, ahli politik tidak boleh mengadu lawan politiknya bermain kasar atau "foul", lawan politiknya pukul curi dan lain lain lagi yang yang bersifat kasar dan tidak mengikut peraturan. Ini kerana didalam politik tidak ada peraturan bertulis dan tidak ada pengadil. Jadi siapakah yang menentukan antara ahli ahli politik dan parti parti politik ini juara? Tidak lain dan tidak bukan didalam sistem negara kita Malaysia, adalah orang ramai melalui undian undian didalam pilihanraya.

Bagi seorang Ulamak dan Ahli Ugama untuk melibatkan diri nya didalam politik adalah sebaik baik nya dihindari. Ini kerana dianya sedikit sebanyak akan menggunakan Ugama itu sendiri sebagai modalnya untuk berpolitik dan yang menyedihkan, dia akan menggunakan nas nas dari Al Quraan dan Al Hadis untuk kepentingan diri dan parti politik yang diwakilinya. Tidakkah ini salah dari hakikat berugama itu sendiri yang mana, yang benar adalah benar dan yang bathil itu tetap bathil? Adakah seorang Ulamak atau ahli ugama yang melibatkan diri didalam politik itu tidak akan terikut ikut dengan keadaan politik yang kotor itu, walaupun sedikit pembohongan bagi memenangkan parti politiknya? Pasti Ulamak dan ahli ugama itu tahu... tapi demi memenangkan parti pplitiknya, semua itu akan ditolak ketepi.

Yang pasti, aku memandang politik itu adalah baik sebagai satu proses untuk mencapai dan membentuk sistem dan sifat kenegaraan itu sendiri. Tetapi politik tanpa ada batas dan pegangan serta prinsip yang bersih adalah teramat tidak baik bagi masa hadapan sistem itu sendiri. Di Malaysia, senario politik negara telah mencapai satu keadaan dan klimaks yang penuh kekotoran, tipu daya, fitnah, pembohongan, kata mengata, caci mencaci, hina menghina, menyelak keburukan lawan politiknya, mengkafirkan dan berbagai bagai lagi yang teramat buruk dan tidak pernah diajar oleh junjungan Rasullullah SAW. Apa yang menyedihkan, yang sedang bertentang sekarang, bergaduh, bertengkar dan semua yang melakukan perbuatan perbuatan diatas adalah mejoritinya adalah sesama bangsa iaitu BANGSA MELAYU. SATU BANGSA, SATU UGAMA, SAMA SAMA MENYEMBAH TUHAN YANG SATU, SAMA SAMA MENGUCAP KALIMAH SYAHADAH YANG SATU, SAMA SAMA SEMBAHYANG 5 WAKTU SEHARI SEMALAM, APABILA SEMBAHYANG MENGHADAP KIBLAT YANG SAMA,
Tapi demi kuasa yang direbutkan.......mereka lupa semua ini. Alangkah sedihnya...!!! Mereka yang diluar lingkungan ini, mengetawakan dan berkata..."nengok tu, orang orang MELAYU dan berugama ISLAM tengah bergaduh dan berebut kuasa." Tidak kah pemimpin bangsa kita dan berugama Islam kita sekarang terfikir akan perkara ini...pemimpin dari pemerintah dan juga pembangkang? Tidakah Ulamak dan yang ariff Ugama yang tidak terlibat didalam politik menegur dan memaklumkan perkara ini?

Walaubagaimanapun, Allah Subhanawataalla tidak menjadikan sesuatu itu tanpa ada hikmahnya. Apakah hikmah dari semua yang sedang berlaku dinegara kita ini? Aku Tidak Tahu..!! 

Mungkin juga ALLAH SWT sedang hendak melahirkan satu pemimpin yang paling kuat, berbangsa Melayu dan berugama Islam yang akan lahir dari senario ini.?

Mungkin juga, Allah SWT sedang hendak mengabungkan bangsa Melayu yang berugama Islam yang sekarang ini sedang berpecah pecah akibat kefahaman politiknya itu dibawah satu parti politik atau bendera politik melalui proses ini.?

Atau...mungkin juga...yang paling buruk,

Mungkin juga ALLAH SWT, menjadikan senario sekarang ini, dimana orang orang sesama Melayu dan Islam ini bergaduh dan berebut kuasa dan melupakan ajaran ISLAM, maka ALLAH SWT akan menurunkan satu bangsa atau kaum lain yang bukan berugama Islam sebagai penganti akan bangsa Melayu yang berugama Islam itu.?

Atau ada yang lain.?

Wallahualam....!! ALLAH SWT jua YANG MAHA MENGETAHUI..!

Dengan nama ALLAH YANG MAHA PENGASIH DAN PENYAYANG,  atas kasih dan sayang pada bangsaku yang berugama ISLAM dan Berbangsa MELAYU, bersatu lah wahai saudara saudara ku sekelian..!! Insyaallah..!!


5 comments:

Anonymous said...

Salam,
Satu ulasan yang menarik. Hendaknya bersatulah atas nama ISLAM kerana ISLAM melangkaui bangsa. Ikutilah perjuangan mereka yang mendaulatkan ISLAM sebagai cara hidup dan daulah pemerintahan kerana itulah yang akan ditanya Allah kelak di sana nanti.

Anonymous said...

Dalam politik islam, sesebuah negara islam hendaklah diperintah oleh org islam sendiri.

Tak mungkin dapat atau berjaya jika seorang bukan islam hendak memimpin org islam dan jika bercampur baur, kita semua telah menjadi saksi hidup yg dapat menilai duduk letak perkara, kesan dan natijah, kenapa boleh dan tak boleh.

Hikmah nya tersendiri, argumentasi dapat membuka mata menilai yg benar dan yang batil.

Dalam keadaan kebenaran menunjukkan diri yang nyata. Syaitan juga tidak mahu kalah dalam memperhebatkan fitnah atau dilihat umpama dajal memasuki hati2insan yg telah mula melupakan allah.

Iman, taqwa kepada allah yg dapat menolong. Semoga kita termasuk dalam golongan yang diberi petunjuk

Merbawi said...

Terima kasih Saudara/i Anon dan Sofiya kerana memberi komen. Benarlah kata tuan / puan berdua dan saya pasti semua orang tahu akan kebenaran yang diperkatakan oleh tuan / puan berdua.

Namun, demi KUASA, setiap orang yang memegang, mengejar dan mencari kuasa, sering lupa akan hakikat ini. Inilah yang menjadi masaalahnya..!

Kebiasaanya dari sejarah dan kisah kisah yang lampau, kebiasaanya ALLAH SWT sering memberi peringatan peringatan terlebih dahulu, namun begitu manusia sering lupa akan peringatan tersebut hinggalah BALA turun, barulah manusia tersedar dari kesalahan nya. Tapi pada ketika itu telah terlambat. Sayang sekali..!! Tergadai lah tanahair Umat Islam dan bangsa Melayu..! KECUALI...!!

PUTERI said...

Good point merbawi..now i know where your STAND..heheh..

Daulat Tuanku

Merbawi said...

aikkk...!! tgh cari stand ghupanya...hehehe....kalau nak cari stand, bus stand ada, electric stand ada, goal stand pun adaaaa....! Put, manusia punya stand ada banyak dab bermacam macam dan kerap kali berubah ubah...al maklumlah manusia.

Tapi aku, macam ko baca tu, macam tu la pendirian aku. Daaa....