Dibawah ini ada video terbaru mengenai makam Sultan Mahmud Mangkat Dijulang. Disebelah nya telah pun siap Masjid Jamek Kampung Makam yang telah pun dibesarkan.
Masjid Jamek yang terdahulu adalah sangat kecil dan tidak dapat menampung ramai jemaah pada satu masa. Oleh itu, kerajaan telah meluluskan kerja kerja pembesaran Masjid tersebut. Semasa pembesaran masjid jamek Kg makam dilaksanakan pada tahun 2006, terdapat dalam lingkungan 40 buah kubur lama telah dipindahkan. Oleh kerana kubur kubur lama terletak dikawasan pembesaran masjid, kubur kubur itu terpaksa dipindahkan kekawasan bersebelahan yang jauh sedikit. Kerja kerja pemindahan telah dijalankan pada malam hari. Ketika orangramai mengali salah sebuah kubur, terdapat satu kubur yang mengandungi jenazah yang masih elok dan tidak hancur. Bila disemak, kubur itu adalah kubur bekas Imam Pertama masjid itu, Allahyarham Hj Yusof Kampong. Semoga Allah SWT menempatkan rohnya dikalangan orang orang yang beriman dan tinggi martabatnya. Beruntunglah kamu, wahai Roh yang mulia..!!
Berbalik kepada Makam Sultan Mahmud Mangkat Dijulang, dibawah kawasan makam terdapat kubur Kucing Sultan Mahmud atau Kubur Kucing Bertanduk. Kucing ini hanya makan sayuran sahaja atau Kucing Vegeterian..hehe.. Kucing ini amat manja dan rapat dengan Sultan Mahmud. Apabila Sultan Mahmud mangkat, tidak lama kemudian, kucing ini pun turut mati. Begitulah sejarahnya Sultan Mahmud, akibat daripada mendengar berita yang tidak benar dan mendengar fitnah pembesar pembesar istana dan oleh darah muda baginda yang meluap luap, darah beliau dan darah orang yang tidak bersalah telah tumpah dengan harga yang besar dan tidak ternilai, tanpa ada faedahnya.
Pengkalan Kota
Tidak jauh daripada Masjid kg Makam, terdapat pengkalan Kota. Pengkalan Kota pada masa dahulu adalah merupakan pintu masuk ke Bandar Kota Tinggi. Jarak nya lebih kurang 100 meter dari tebing sungai ke Masjid Jamek Kampung Makam. Pada masa dahulu disinilah tempatnya pedagang pedagang melabuhkan kapal mereka.
Pada masa banjir besar melanda kota pada penghujung tahun 2006 dan awal 2007, tahap air banjir tersebut telah sampai sehingga kepokok buluh seperti dalam video diatas. Tetapi Masjid Jamek Kampung Makam tidak tenggelam. Bersambung kebahagian 2. Daaa...!
2 comments:
ha hah ha ha. gelak sakan aku.
dengar bunyik ketek ketek ketek zoom tu. hehehe. tapi saya tetap peminat no satu, crita crita kota tinggi ni..
teruskan encik merbawi.
wassalam.
Keh keh keh keh....apo nak di kato banggg...!!! Itu ajo yang ado, tangkap aja lahhhhh.....
Post a Comment