Kita teruskan dengan video makam makam lain. Maaf,...kualiti kurang baik...hehehe....pakai camera video handphone daaa...!
Makam Tun Habab
Kawasan kompleks makam Tun Habab ini adalah kawasan yang berasingan dari kompleks makam Sultan Mahmud dan Masjid Jamek Kota Tinggi, lokasinya tidak jauh dari kompleks makam Sultan Mahmud, malah dalam satu jalan, tetapi berasingan dan lebih kedarat.
Seperti ramai maklum, keturunan Tun Habab atau Habib ini lah berkembang nya keturunan Sultan di Pahang dan Terengganu dari anak anak lelakinya dan keturunan Sultan di Johor dari perkahwinan anak perempuanya dengan salah seorang keturunan Daeng, dari tanah Bugis.
Kompleks makam Tun habab adalah lebih besar dengan disekelilingnya dipenuhi dengan banyak kubur kubur lama. Kedudukanya adalah ditanah rata berbanding dengan makam Sultan Mahmud yang terletak diatas tanah yang ditinggikan.
Makam Laksamana Bentan
Lokasi Makam Laksamana Bentan adalah jauh daripada lokasi Makam Sultan Mahmud dan Tun Habab. Lokasinya ialah di Kampung Kelantan dan berada ditepi tebing Sungai Johor. Mengikut pendapat orang tua, makam Laksamana Bentan sebenarnya ditanam didalam Kota pertahanan atau kubu. Ini boleh dilihat dari lokasinya ditebing sungai, kedudukan tanah nya yang tinggi dan batu yang digunakan. Disebelah makam Laksamana terdapat makam isternya, Dang Anum dan anak anak mereka.
Kota Dan Makam Tauhid
Kota ini adalah merupakan kota pentadbiran semasa Sultan Mahmud. Setelah Tun Habab memerintah, disebabkan Sultan Mahmud tidak meninggalkan zuriat, kota pentadbiran dipindahkan dari Kota Tauhid ke kawasan yang lain. Terdapat makam diatas kota pertahanan yang terletak ditepi sungai.
Okay ..sampai sini saja. cerita lebih terperinci bole dibaca dalam sejarah Kota Tinggi atau di Blog Merah Silu. Daaa..!!
2 comments:
syahdunya.. melihat video klip tanpa suara ni. rasa semacam perasaan lah pulak.
sesekali sahaja terdengar suara en merbawi.
best-best.
Biasalah bang...satu hari nanti, pasti, kesitu juga kita. Masa aku melawat tu, memang tengahari rembang kata orang, Yang paling syahdu, masa di makam Laksamana Bentan dan Dang Anum serta anak anak nya, ...ada rasa sedih sikit dan syahdu..! Memikirkan nasib yang menimpa mereka sekeluarga..!
Yang ada ngeri sikit, walaupun siang buta, masa di Kota Tauhid, hemm...macam ada rasa orang memerhatikan pulak...hehehe. laju aja aku ambik gambo, mulut pula terkumat kamit....kah kah kah
Post a Comment