Angin monson timur laut telah tamat lebih awal daripada masa yang sepatutnya. Sepatutnya dan kebiasaanya musim angin monson akan hanya tamat pada pertengahan bulan Mac, tetapi musim kali ini ianya telah tamat pada pertengahan bulan Februari. Hem... mungkin pusingan bumi sudah tidak berpaksi lagi pada paksi kebiasaanya.
Video diatas telah diambil pada pagi tadi, Mac 6hb 2009, jam 7.30 pagi. Perhatikan ketenangan ombak laut Cina Selatan berbanding dengan video pada masa bulan disember, semasa angin monsoon tengah kuat. Pada kali ini bunyi ombak boleh didengar dengan lebih jelas kerana tidak ada langsung angin yang kuat. Perhatikan juga ombak yang tenang sekali.
Video ini menayangkan permandangan laut Cina Selatan pada pagi jumaat yang tenang, matahari sedang naik dengan sinar yang terang. Ombak yang menghempas lembut dan dengan tenang. Hemmm...nyaman sekali..!!
3 comments:
best jugek yek keja kat tepi laut. boleh lepak tepi laut kalau tension.
assalamualaikum, apa khabar laut desaru.. apa khabar orang kampung..
saya nak balik kledang 1 may ni.. insyaAllah kalau encik merbawi ada.. boleh kita minum-minum kopi.
semoga sihat-sihat selalu.
wassalam.
Salam Perpatih Tulus.
Haaaa...jemput..!! jemput..!! sila datang ketempat hamba. datang terus ke tempat keje. Aku ada 24 jam. Jumpa disanaaaa....sanaaaa!!
Post a Comment