Salam Sejahtera saudara dan saudari..!! Bahan tulisan aku kali ini adalah berkenaan Kerajaan Johor lama, sambungan dari 16 Batu nesan Aceh Di kerajaan johor lama. Kota Johor Lama adalah terletak di Kampung Johor Lama, Mukim Telok Sengat, Kota Tinggi, Johor. Lokasi kampung ini adalah lebihkurang 27 KM perjalanan dari Bandar Kota Tinggi. Ianya terletak di tebing Sungai Johor yang besar dan panjang. Pada bahagian yang pertama, ada disebutkan bahawa, setelah Portugis dapat menawan Kota melaka pada tahun 1511M, Sultan Mahmud Syah 1, pembesar dan pengikutnya telah dapat menyelamatkan diri. Sultan Mahmud Syah 1 dan pembesar nya telah menjadikan Kampar, diSumatera sebagai pusat pemerintahan sementara. Ikutilah seterusnya, kisah Kota Johor lama.
Bagaimana ke Kota Johor lama dari bandar Kota TinggiSimpang menuju ke Kota Johor Lama dari jalan besar Kota Tinggi - Sungei Rengit / Pengerang
Setelah sampai ke Pekan Telok Sengat, ambil simpang kekanan dan dalam 10 minit perjalanan akan berjumpa dengan simpang ini. Dari simpang ini ke kampung Johor lama hanya 5 minit. jalan masuk ke kampung ini telah diperbaiki dan ditar. Berbanding 10 tahun dahulu, harus menggunakan jalan Ladan Telok Sengat yang bertanah merah dan lecak apabila hujan.
Lokasi dan Kota tersebut
Sesampainya dipekan Telok Sengat, saya dan rakan saya Sani, orang Felda Semenchu, telah berhenti sebentar untuk melihat pekan kecil ini. Ianya terletak tidak jauh dari Kota Johor Lama. Dari gambar diatas, dari kedudukan saya berdiri sekarang (diatas jeti pekan Telok Sengat) kedudukan Kampung belading terletak disebelah kanan sungai (Sungai ini menghala ke bandar Kota Tinggi). Selepas kampung Belading, adalah Kampung Johor Lama yang terletak selepas tanjung dalam gambar diatas. Jadi kedudukan Kota Johor Lama adalah disebelah kanan tebing sungai, menghadap ke sungai Johor, jikalau menghala ke Kota Tinggi melalui sungai.
Gambar diatas pula adalah diposisi yang sama, menghadap ke muara sungai Johor. Muara ini boleh terus ke Singapura dengan bot (kalau tak ditahan peronda marin singapura lah...), Pulau Bintan di Kepulauan Riau, Laut China Selatan. Kelihatan nun dibelakang gambar ini, Jambatan yang panjangnya 1.2Km sedang dalam pembinaan. Jambatan ini adalah sebahagian dari projek Lebuhraya Senai - Desaru. Apabila siap projek ini, perjalanan dari Johor Bahru ke Desaru yang biasanya dalam 1 jam 45 minit akan disingkatkan hanya kepada 45 minit sahaja.
Fokus dekat gambar jambatan tersebut yang merentangi Sungai johor.
Setelah masuk kesimpang menghala ke Kampung Johor Lama seperti gambar kedua diatas, perkara yang pertama akan saudara dan saudari jumpai adalah Makam Temenggung Johor atau Makam Bidan. Tak dapat disahkan siapa kah beliau ini. Mungkin Tuan Merah Silu atau Tuan Patih Tulus atau tuan tuan sekelian ada cerita...? Kalau ada sila tambah diruangan komen.
Kabar angin yang didengar adalah, Beliau telah dibunuh oleh Keris yang terbang dan hanya dengan cara itu sahaja beliau boleh dibunuh. Kenapa, oleh siapa dan bila beliau dibunuh (kalau betul cerita lisan ini) tidak ada siapa yang tahu. Wallahualam..!!
Makam Temenggung Johor atau Makam Bidan
Jalan terus dan ambil simpang kekiri menghala ke Kota Johor Lama, dalam 200 meter sebelum smapai keKota Johor Lama, terdapat sebuah makam lama yang tiada bernama atau berbatu nesan aceh. Terletak ditebing sungai. Hanya batu sungai.
Tapi makam ini menarik perhatian aku. Entah laa..!! Siapa gerangan empunya.
Kota Johor LamaTidak jauh berjumpalah dengan pintu masuk ke Kota Johor Lama, seperti dibawah. Sekarang pengurusan dan jagaan kota ini adalah dibawah Jabatan Warisan, bukan lagi dibawah Jabatan Muzium. Barulah nampak perbezaan dan terjaganya kota ini.
Batu penerangan mengenai Kota Johor lama. Sila klik pada gambar untuk membaca kisahnya
Lakaran plan Kota Lama Johor yang menghadap sungai Johor. Kota ini terletak diatas tebing sungai yang tinggi, lebihkurang 100 kaki dari permukaan air. Lokasi nya strategik dan sesuai untuk jadi benteng pertahanan.
Ini pula peta lokasi bekas kota kota Johor Lama yang pernah dijadikan pusat pemerintahan sultan sulat yang terdahulu dan juga peta lakar kota tersebut disebelah kenannya (gambar ni aku ambik dari internet).
Ini lah dia kota Johor Lama. Ianya diperbuat daripada campuran tanah dan batu. Dibina dalam bentuk empar persegi dan berkedudukan diatas tebing sungai yang sangat tinggi. Sebenarnya keluasan kota ini adalah besar lagi daripada yang dilihat. Ini kerana tebing kota yang lain adalah didalam kawasan tanah persendirian disebelah bawah bukit ini dan telah ditutupi oleh semak dan tanaman di kebun tuan punya tanah persendirian tersebut.
Permandangan dari pintu masuk. Sungai Johor adalah dibawah tebing dimana pokok besar berada.
Permandangan dari tebing sungai menghala kedarat
Pemandangan dekat menghala kesungai. Perhatikan lurah yang terdapat diantara benteng. Itu adalah tempat meriam meriam diletakan.
Batu tempat meriam meriam diletakan. Perhatikan batu itu berlekuk ditengah tengah nya untuk meriam diletakan.
Permandangan dari tebing kedarat
Tangga dihadapan Kota menghala / turun kesungai.
Lukisan artis yang terdapat di Pusat Informasi Kota Johor lama menggambarkan peperangan Pahlawan Pahlawan Melayu menentang serang Portugis di kota tersebut. Mengikut cerita lisan orang kampung disini, dalam serangan Portugis diatas, sejumlah lebih 700 orang Pahlawan Melayu telah Syahid didalam Kota lama ini.
Dalam lukisan ini, kedudukan kota tersebut adalah disebelah kanan sungai, sama seperti gambar yang saya ambil diatas semasa dipekan telok Sengat.
Lukisan menggambarkan kota lama Johor yang sebok dengan perdagangan dan orang ramai.
Perlu ditegaskan, setelah Melaka tewas kepada Portugis, Kota lama Johor telah menjadi pusat dagangan yang penting dengan perdagangan dari China, India, Arab dan daerah kepulauan Melayu sekitarnya. Ini menyebabkan Portugis merasa tergugat kerana pedagang dari luar Melaka tidak mahu berdagang dengan portugis. Kerajaan Johor Lama juga, walaupun telah tewas, tetapi tidak pernah mahu putus asa untuk menawan Melaka kembali dari tangan Portugis. banyak serangan serangan telah dilakukan keatas Melaka dari Pusat pemerintahan Kota johor lama ini. Sultan Johor Lama yang ke 5, Sultan Ali Jalla, pernah mengepung Kota Melaka dari laut selama 1 bulan. Jika tidak disebabkan bantuan Portugis dari Goa, India sampai, Melaka pasti sudah jatuh ketangan orang orang Melayu kembali. Cuba bayangkan, jika Kota Johor lama tidak menjadi pusat pemerintahan yang kuat sudah pasti pasukan tersebut tidak dapat mengepung Kota Melaka selama 1 bulan.
Atas sebab dengki dengan kemajuan Kota Johor lama menjadi kota perdagangan dan dendam yang tidak kesudahan keatas keturunan Sultan Sultan Melaka telah menyebabkan Portugis mengejar mereka walaupun kedudukan Kota Johor lama adalah tersangat jauh.
Diatas adalah peta kedudukan kota kota lama yang pernah menjadi pusat pemerintahan Sultan Sultan yang terdahulu. Pusat pemerintahan tersebut kesenuanya disebelah kanan sungai.
Sultan Sutan Kerajaan Johor Lama
(Sila klik pada gambar untuk membaca dengan lebih jelas)
Aku hanya ambil yang aku tahu sahaja. kalau saudara dan saudari ingin tahu yang selebihnya sila semak dalam buku sejarah Johor.
Sultan Mahmud Syah 1 adalah sultan Melaka yang terakhir. Selepas itu
Sultan Alauddin Riayat Syah 2, anak kepada Sultan mahmud syah 1 dan Tun Fatimah, yang memerintah dari tahun 1528M - 1564M telah memerintah sebagai Sultan johor ke 2. Ditabalkan menjadi sultan Johor ketika bersemayam di Kampar pada tahun 1528M. Baginda telah memindahkan permerintahan nya ke Johor dan telah membina Kota Kara (1529M -1535M) dan juga Kota Sayong (1535M - 1540M) sebelum berpindah ke Kota batu (johor Lama) pada 1540M.
Baginda telah mangasaskan pembinaan Kota Johor lama pada 1535M ketika baginda berkota di Kota Sayong. Kota pemerintahan telah dipindahkan ke Kota Johor Lama pada 1540M. semasa dikota inilah kerajaan Johor telah mendapatserangan dari Portugis atas sebab sebab yang aku sebutkan di atas tadi. Johor juga mendapat serangan dari Aceh kerana tindakan johor yang membantu Kerajaan Aru semasa Aru diserang oleh Aceh yang semasa itu tengah sebok membesarkan jajahan nya. Bantuan dan naungan yang diberikan oleh Johor telah menyebabkan Kota Johor lama ini juga pernah diserang oleh Aceh.
Kota Johor lama dan benteng pertahanan nya telah tewas dalam serangan pihak Aceh pada tahun 1564M dan Sultan Alauddin Riayat Syah 2 dan seisi keluarga telah ditawan dan dibawa ke Aceh. Sulta Alauddin dikatakan telah mangkat semasa di aceh dan dikenali sebagai Marhum syahid di Aceh.
Sultan Ali Jalla Abdul Shah 2 (Raja Umar) sultan Johor yang ke 5, yang memerintah dari tahun 1570m - 1597M adalah merupakan kerabat DiRaja Pahang yang berkahwin dengan Raja Fatimah, anak kepada Sultan Alauddin Riayat Shah 2. Baginda ditabalkan pada tahun 1570M setelah anak baginda yang menjadi Sultan johor yang ke 4, Sultan Abdul jalil Shah 1mangkat secara tiba tiba. Isteri beliau, Raja Fatimah bertegas mahu raja Umar menjadi Sultan dan Bendahara Seri maharaja Tun Isap Misai (Dato kepada Tun Sri Lanang) dan pembesar pembesar lain bersetuju melantik Raja Umar sebagai Sultan dengan gelaran Sultan Ali Jalla Abdul jalil Shah 2.
Sultan Ali telah memindahkan kembali pusat pemerintahan ke Johor lama. setelah dibawah Bagind alah Johor kembali gemilang sebagai pusat pemerintahan dan perdagangan yang unggul. Semasa dibawah pemerintahan Baginda lah orang orang Melayu telah beberapa kali menyerang Kota Melaka dan telah mengepung Kota Melaka selama 1 bulan. Akibat dari serangan tersebut, portugis telah membalas dendam keatas Johor lama dan telah mengepung selama 1 bulan juga sebelum dapat ditawan pada tahun 1587M. Istana, rumah kampung, dan kota telah dibakar dan dimusnahkan. Baginda dan pembesar pembesar telah berundur ke Batu Sawar.
Pusat InformasiDibawah ini ialah pusat informasi yang terdapat di Kota Johor Lama yang telah dibina 1 tahun yang lepas oleh Jabatan Warisan.
Ianya telah dibina mengikut bentuk istana Melayu lama pada masa dahulu tanpa menggunakan sepucuk paku pun...!!! Semuanya hanya dengan menggunakan selak. Memang Cantik....!!!
Pandangan dari bucu
Aduhai...cantiknya...!!!
Beranda hadapan
Nah....!! Memang sah tak gunakan paku pun...semua selak sahaja. Lihat ada bekas ditutup lubang yang diselakan, dengan gam agaknya..
Kampung sekeliling kawasan Kota Johor lama ini memang dipenuhi dengan kubur kubur lama yang menggunakan batu nesan yang sama dengan jenis batu nesan aceh. Cuma bentuk nesan nya hanya biasa sahaja. Kebanyakan rumah rumah dikampung ini adalah bersebelahan atau berhampiran dengan kubur kubur lama yang berusia 500 tahun. Kubur kubur lama ini menunjukan bahawa kawasan ini dahulu adalah satu kawasan bandar atau penempatan yang besar atau padat.
Kubur lama dikawasan kampung berhampiran kawasan Kota Lama.
kawasan berhampiran kampung kampung johor lama dan Kota Lama ditebing sungai johor.