Thursday, August 13, 2009

Senjata Senjata Kebesaran Negeri Perak

6 senjata kebesaran Negeri Perak yang terdiri dari keris dan golok perak


Salam sejahtera..! Semoga saudara dan saudari dirahmati Allah SWT selalu. Topik penulisan pada kali ini masih sama dengan penulisan sebelum ini, iaitu mengenai alat alat kebesaran Kerajaan Negeri Perak, tetapi lebih menjurus kepada senjata senjata kebesaran. Aku telah terjumpa gambar diatas didalam buku British Malaya, ditulis oleh Frank A Swettenham. Walaubagaimanapun tidak ada penerangan terperinci berkaitan senjata yang dirampas, melainkan hanya ditulis Keris dan sarung yang disalut emas yang merupakan sebahagian daripada peralatan kebesaran negeri Perak. Cuba saudara dan saudari bandingkan gambar diatas dengan gambar dibawah. Aku pasti keenam senjata diatas ada didalam gambar gambar dibawah. Dan aku pasti juga gambar diatas dan gambar dibawah diambil pada hari yang sama dan ditempat yang sama.

Mengikut buku tersebut, senjata dan peralatan kebesaran diatas adalah senjata dan peralatan kebesaran yang dirampas daripada Sultan Ismail setelah Baginda dan pengikutnya menyerah diri kepada Sultan Kedah setelah pembunuhan JWW Birch. Setelah menyerah diri, baginda dan pengikutnya seramai 18 orang telah dihantar ke Pulau Pinang dan seterusnya ke Singapura, sebelum menetap Di Sekudai, Johor, dibawah naungan Maharaja Johor. Mengikut tertibnya dan berdasarkan kepada tanggungjawab, kesemua senjata senjata kebesaran mestilah berada dibawah tanggungjawab dan jagaan Datuk Maharajalela Pandak Lam. Semasa Datuk Pandak Lam dan pengikutnya melarikan diri bersama sama Sultan Ismail setelah pembunuhan Birch pada 12 Nov 1875 diPasir Salak, senjata senjata tersebut masih dalam jagaan beliau dan pengikutnya.

Sultan Abdullah bersama sama pembesar dan pengikutnya mengikut lukisan R. Knight. Berdiri paling kiri sekali adalah Datuk Maharajalela Pandak Lam dan berdiri kanan sekali adalah Datuk Sagor Ngah Kamdin.

Setelah Sultan Ismail membuat keputusan untuk menyerah diri setelah ramai pengikutnya tercedera, sakit dan anak anak serta kaum perempuan mengalami kesengsaraan yang teruk didalam hutan, Datuk Maharajalela Pandak Lam telah bertekad untuk berpisah dengan kumpulan Sultan Ismail dan masih mahu meneruskan pelarian mereka sehinggalah mereka menyerah diri pada 30 Julai 1876, setelah dijanjikan perbicaraan yang adil oleh British. Walaupun begitu Datuk Maharajalela tidak membawa bersama sama nya peralatan kebesaran tersebut tetapi telah menyerahkan kepada Sultan Ismail. Pihak British telah merampas peralatan tersebut daripada Sultan Ismail dan bercadang untuk membawa balik peralatan kebesaran tersebut ke England. Walaubagaimanapun, mengikut cerita yang tidak bertulis, Raja Yusuf, pemangku Sultan ketika itu telah memohon kepada British agar tidak membawa peralatan tersebut ke England. Ini kerana tanpa adanya peralatan tersebut, Raja Yusuf tidak mungkin dapat ditabalkan mengikut peraturan dan adat Negeri Perak.

Persoalan Yang timbul
Setelah aku semak dalam web berikut http://sultan.perak.gov.my/bahasa/kandungan.html tidak terdapat kesemua senjata senjata seperti dalam gambar diatas iaitu senjata bernombor 1, 2, 4, 5 dan 6. Hanya senjata nombor 3 iaitu Keris Taming Sari sahaja yang ada sampai sekarang.

Mengikut http://rajakita.perak.gov.my/bmalat.html terdapat beberapa peralatan yang telah hilang semasa pemindahan Sultan Ismail dari istana di Belanja :Walau bagaimanapun terdapat beberapa alat asal yang telah hilang dalam peredaran zaman. Antaranya yang hilang semasa Sultan Ismail Shah (1871-1874), Sultan yang ke-25, memindahkannya dari istana pada tahun 1874 termasuklah Mundam, iaitu mangkuk emas bertatah permata disekeliling bikar dan beralaskan pinggan emas, dan tali pinggang yang diperbuat daripada enam belas keping cakera yang bercantum. Kalau saudara dan saudari perhatikan betul betul dalam gambar diatas daripada buku Frank A Swenttenham, kesemua peralatan peralatan kebesaran Negeri Perak adalah lengkap semasa dirampas daripada Sultan Ismail.

Fakta :
Peralatan kebesaran yang dirampas dari Sultan Ismail oleh British, setelah menyerah diri adalah lengkap, begitu juga senjata senjata kebesaran yang dijaga oleh Datuk Maharajalela setelah diserahkan kepada baginda. Bukti peralatan tersebut lengkap adalah dari gambar yang diambil oleh Frank A Swenttenham didalam bukunya. Gambar tersebut diambil setelah peralatan tersebut dirampas.

Persoalan :
1. Adakah British menyerahkan kesemua peralatan kebesaran tersebut kepada pemangku Sultan, Raja Yusuf?
2. Jika peralatan tersebut tidak diserahkan kesemuanya kepada Raja Yusuf, British adalah pihak yang bertanggungjawab kerana peralatan tersebut adalah didalam jagaan mereka. Kemungkinan besar, perlatan yang tidak diserahkan telah dibawa balik ke England
3. Jika peralatan tersebut telah diserahkan kesemuanya, kemungkinan peralatan tersebut telah tidak digunakan kembali atas sebab sebab yang tertentu samada sebab politik atau peribadi. Persoalanya, siapakah yang menyimpanya?
4. Peralatan kebesaran, terutamanya senjata, adalah bukan setakat lambang kebesaran sahaja kerana senjata adalah pakaian kaum lelaki dan akan membuktikan samada raja raja yang menjadi Sultan itu adalah berdaulat atau tidak. Itulah sebabnya peralatan kebesaran terutamanya senjata menjadi rebutan Sultan Ismail, Sultan Abdulah dan Sultan Yusuf. Tanpa senjata senjata tersebut, apakah kesanya?


Aku berpendapat, pihak yang bertanggungjawab haruslah menyiasat lebih lanjut dan mencari dimanakah senjata senjata tersebut berada. Jika berada ditangan atau di Muzium di England, wajiblah kita mendapatkanya kembali kerana ianya adalah hak kita yang dirampas. Cukuplah hasil bumi dirampas, janganlah lambang kita pun dirampas. Jika peralatan tersebut tidak dibawa ke England dan berada ditangan yang tidak sepatutnya didalam negara kita, wajiblah dikembalikan kepada yang berhak kerana tidak akan mampu yang bukan haknya memikul senjata senjata tersebut..!

6 comments:

syahir said...

Salam,

sapa yang susun mata bilah tuh? berterabur, sarung lain2, yang jatuh kat belakang pun ada.

aper darr...

p/s: apa yg terkejor2 yeop?

Merbawi said...

hehehe.... salam weh..!

Ya ..ya ...betui...betui...mike ni mata memang tajam dan otak cepat berfikir. Kalau dah bersepah macam tu punya susun sampai terbaring sarung nya....dah tentu ler yang menyusunya orang yang tak tahu adab dan tertibnya...faham sendiri aja la.

Apa yang terkejor nya tu? hehehe.....keris tu punya "isi" la yang mengejor.

P/s : Yang nombor tu, aku yang menambahnya atau menyusunya. Tertib tak nombot tu?

Dato inderawangsa said...

Salam..Aku rasa alat kebesaran yang ada sekarang ni semua dah recon.Ori ada kat omputih.Macam bijih le yop,dah dapat ke tangan deme mana ada pulang balik dah,apatah lagi senjata kebesaran.

Hamba Allah said...

Jika tak silap keris yang No.3 adalah Taming sari yang pernah digunakan Hang Tuah. Keris ini memiliki insuran dengan PBB. itulah yang dimaklumkan kepada saya semasa saya melawat muzium keris Pasir Salak. walaubagaimanapun, keris tersebut hanya boleh dipegang oleh org2 tertentu sahaja dan tidak boleh di bawa keluar dari istana.

Mahariz said...

Salam

Bagi pihak sidang editor SembangKuala, saya ingin bertanya jika sdr Merbawi sudi berkongsi gambar Sultan Abdullah lukisan R Knight itu di laman web kami. Credit will be given.

Wassalam.

Raja Mahariz Muzaffar

Merbawi said...

Wassalam engku, boleh, no problem. Carry on, gambo tu pun bukan kepunyaan saya dan saya pun copy dari buku tersebut. Semoga berguna kepada penulisan engku.