Salam Sejahtera..! Didalam Buku Malay Sketches, yang ditulis oleh Frank A. Swenttenham pada tahun 1895, dimuka surat 245, beliau menulis seperti berikut ;
"The first man captured was Siputum. He was brought in to Bandar Bharu late one evening in the early part of 1876, and I went to see him in the lock up about mudnight. A wilder looking creature it would have been hard to find. He was a pawang, a medicine man, a sorcerer. For many weeks he had been a hunted outcast and he seemed to think that capture was almost preferable to the life he had been leading. He sat on the floor and described to me his share in Mr Birch's murder, pausing between the sentences to kill mosquitoes on the wall of his cell. He volunteered the statement that Mr Birch was a good man, who had been kind to him, and that what he did was by order of his chief, whom he was bound to obey."
"Siputum" atau pun "Si Puntung" adalah orang kedua menyerang JWW Birch, Residen British di Pasir Salak selepas Pakdak Indut merejam dengan lembing. Selepas terkena libasan parang Siputum, Birch terus tenggelam kedalam sungai Perak. Ejaan nama "Siputum" adalah mengikut slanga dan pendengaran Frank Swettenham seperti didalam buku tersebut, tetapi, nama beliau yang sebenarnya adalah "Sipuntung". Ada sesetengah pendapat menyatakan bahawa beliau adalah dari kalangan orang asli. Adakah begitu? Adakah beliau adalah seorang orang asli? Mari kita lihat petikan yang berikut;
Apabila Tuanku Raja Asal mengambil keputusan untuk menyokong Raja Mahadi di dalam Perang Kelang untuk menentang Raja Abdullah (dalam tahun 1866) maka beliau telah menghubungi Raja Laut untuk mendapat bantuan bekas tentera Paderi di dalam peperangan tersebut. Sewaktu Kelang jatuh dan kemudiannya Kuala Lumpur turut jatuh kerangan orang-orang Mandailing, Raja Asal telah memerintahkan hambanya Sipuntung untuk membunuh Dato’ Bandar Yassih yang berketurunan Bugis kerana banyak menindas dan menyeksa orang-oranag Mandailing.
(Petikan dari : Buku Cenderamata Lembaga Adat Mandailing Malaysia )
Nama beliau disebut 2 kali didalam sejarah Mendailing di Tanah Melayu. Dan yang berikutnya;
Sewaktu luka parah Tun Mutahir telah berundur bersama anak-anaknya Wa Da dan Wan Aman serta Raja Asal kesempadan Negeri Selangor. Wan Putih telah di jemput oleh hamba Raja Asal bernama ‘Sipuntung’, lalu di bawa ke Selangor.
Semasa perbincangan dan mesyuarat diantara Sultan dan pembesar pembesar telah diadakan untuk membunuh Residen Birch, satu jemputan telah dibuat kepada Raja Asal, ketua orang orang Mandailing di Changkat Piatu seperti berikut;
Adalah diberitakan bahawa dalam tahun 1874, apabila perjanjian Pangkor termeteri maka banyaklah pembesa-pembesar Negeri Perak yang tidak puas hati. Memandangkan Raja Asal ini seorang yang gagah berani dan banyak pengalamannya di dalam peperangan maka datanglah beberapa orang di antara mereka meminta campurtangan beliau (Raja Asal) untuk mengusir Inggeris dari negeri Perak. Raja Asal menolak permintaan mereka untuk campurtangan dalam pergolakan di Perak kerana beliau telah uzur dan letih untuk berperang sepanjang usia remaja dan dewasanya. Paktan untuk membunuh JWW Birch tidaklah disertainya tetapi Raja Asal telah meminjamkan hambanya Sipuntung yang sangat dipercayai sebagai tanda penyertaannya untuk membersihkan bumi ini dari campurtangan orang-orang kafir yang ditentangnya sejak beliau memeluk agama Islam.
Sipuntung bukanlah orang asli tetapi adalah seorang hamba yang bertuankan kepada Raja Asal, ketua orang Mandailing dan orang orangnya yang telah menetap diChangkat Piatu setelah lari akibat dari kekalahan dari peperangan di Kuala Lumpur dan Kelang. Ada pendapat yang menyatakan bahawa setelah pembunuhan Birch, Sipuntung telah melarikan diri dengan menyamar sebagai orang asli bagi menyukarkan Polis dan askar British mengenalinya. Walaubagaimanapun ini hanyalah pendapat tanpa bukti pasti.
Perkara menarik didalam pembunuhan Birch ialah terdapat penglibatan banyak pihak didalam perancangan pembunuhannya tetapi selepas pembunuhan Birch, telah terjadinya perkembangan yang disebaliknya. Didalam kes diatas, kita lihat catatan yang seterusnya;
At this point in time, the Mandailings were probably thinking of their safety and their existence as a people. A life of warfare, from the Padri War in Sumatra to all the wars on the peninsula, was not the way to bring up a family and guarantee their survival. Although in Pahang and Selangor the Mandailings found themselves fighting against the proxies of the British, in Perak, the Mandailings made a strategic decision to change sides and become British allies. They served as the storm troopers and bounty hunters of the British in the Perak War and were rewarded with mines, lands and positions as tax collectors. In contrast to their previous unsettled existence, they now buka negeri (founded settlements) and became rubber and coffee cultivators. The Mandailings have not quite been forgiven by the Perak Malays for this turnaround, and accusations of treachery still ring out to this day.
(Sumber dari : http://www.mandailing.org/Eng/mandmovtomal.html)
Manakala Ngah Jabar pula adalah salah seorang yang ditangkap dan dibicarakan didalam pembunuhan Birch tersebut. Beliau telah dijatuhkan hukuman penjara seumur hidup diatas peranan yang dimainkan beliau walaupun begitu, tidak jelas dalam mana mana catatan mengenai peranan yang dimainkan oleh beliau. Ada pendapat yang menyatakan bahawa beliau telah dibebaskan disebabkan beliau mempunyai kaitan dengan istana Sultan Perak.(??). Dan tidak berapa lama kemudian timbul satu nama yang ada iras iras dengan nama Ngah Jabar iaitu Panglima Jabarumun atau lebih dikenali sebagai Imam Perang Jabarumun. Adakah beliau orang yang sama?
Gambar diatas adalah pasukan orang orang Mandailing yang dikerah oleh British pada tahun 1892 (kira kira 16 tahun selepas pembunuhan Birch) yang diketuai oleh Imam Perang Jabarumun untuk menentang kebangkitan orang orang Melayu menentang British di Pahang yang diketuai oleh Tok Gajah, Datuk Bahaman, Datuk Lela, Mat Kilau dan lain lain pahlawan.
Adakah beliau orang yang sama? Walaubagaimanapun, tidak ada bukti bertulis yang boleh mengaitkan dan menyatakan beliau adalah orang yang sama yang dipinjamkan oleh Raja Asal didalam perancangan pembunuhan Birch. Jika beliau bukanlah orang sama, maka adakah Ngah Jabar mati didalam penjara? Adakah berita kematian beliau didalam penjara dihebahkan kepada umum? Tidakah berita kematian salah seorang pembunuh Birch didalam penjara adalah berita besar?
19 comments:
Waaa. Makin rancak hang mengorek cerita di sebalik perang Perak-British ni. Teruskan...
Adapun setahu saya, Ngah Jabar memang selamat selepas itu dan memang dia menyamar jadi orang lain lalu membuka pekan Kampar, mungkin atas nama Jabarumun tu.
Yang pasti beliau meninggalkan banyak anak cucu terkenal atau berpangkat besar. Misalnya Tun Hanif bin Omar bin Ngah Jabor. Sedangkan suami kepada makcik saya di Ampang tempat saya menumpang dahulu adalah Muhammad Qari bin Ahmad bin Ngah Jabor yang beribukan (lupa nama pulak) orang yang saya panggil opah, katanya keturunan Mandailing Rangkuti yang pernah menduduki Rumah Kuning di Gopeng ke Batu Gajah. Saya dah lihat salasilah Mandailing Rangkuti ni. Dari Perak bersambung ke Datuk Setia Raja ke hapa ke Bendahara apa entah di Kelang kemudian ke Sumatera. Semua nama yang ada kelihatan pelik-pelik bunyinya, kedengaran seperti nama orang asli. Tapi nama moyang paling atas adalah, percaya atau tidak, Saidina Ali, daripada isteri lain iaitu bukan Saiyiditina Fatimah!
p/s: Masa jenazah Laksamana Muhammad Amin dibawa kembali ke Perak, Tun Hanif sampai menulis di The Star bagaimana Laksamana itu juga adalah pangkat moyang saudaranya gitu. Untuk pengetahuan, keluarga Laksamana, Maharajalela dan Temenggug di Perak adalah bersaudara dari nasab sebelah Bugis yang membawa kepada Daeng Selili @ La Madukelleng, Yang dipertuan Agung kerajaan Bugis yang berpusat di Wajo.
Salam wehhh..!!
Hehehe....banyak lagi rahsia tuuuu...! Mana yang boleh korek ...memang kena korek punya.!
Kalu betul gitu, bermakna ada penglibatan orang orang yang tertentu (??) untuk menyelamatkan mereka mereka yang terlibat dlm pembunuhan Birch. Siapa ek??
Kampar dibuka oleh Ngah Jabor. Kalau tak silap dia ini orang Rawa dan kalau tak silap juga orang Rawa ramai berkampung di Kampar dibawah naungan Ngah Jabor.
Daeng Selili @ La Madu Kelleng atau Datuk Maharajalela yang pertama di Perak ...kalau tak silap aku dia meninggalkan 2 orang anaknya diPerak untuk mengelakan Belanda. Daeng Hanasah pula samada saudara kandung atau anak (??). Ini kena korek lagi beb. Yup...memang Laksamana dari keturunan Daeng Hanasah.
salam.memang daeng selili meninggalkan dua orang anak nya tanpa pengetahuan sesiapa dari sulawesi ke perak. petta to siangka atau daeng hanasah atau tok kuala bidor dan seorang lagi petta to rawi atau tok terawih atau megat terawih. bukan megat terawis zaman muzafar shah 1. selain itu daeng selili berkahwin dengan raja tengah kte raja mansur mendapat anak empat orang iaitu daeng osman, daeng abdullah, daeng nuejilasin dan daeng mohd tara. kawan generasi ke sepuluh daeng selili dari susur daeng osman anak nya uda tahir beristerikan che sulong. radzi sapiee dari keturunan daeng hanasah.
salam ..ada sesiapa tahu tentang Tok Gura??
Ngah Jabor = Ngah Jabar = Tok Jabor = Tok Jabar = Ngah Jabarumun = Mohamad Jabor = orang yang sama.
Buku ini ada semua salasilah keturunannya:
http://ikantongkol09-buku.blogspot.com/2009/09/orang-biasa-diraja-hayat-dan-zaman-imam.html
suami teman cicit ngah jabor, keturunan anak lelaki tak putus ...
Ya, benar, memang ornag yang sama. Posting ini ada sambngan nya lagi. seperti berikut: http://merbawi.blogspot.com/2009/08/sah-ngah-jabar-imam-prang-jabarumun.html
Bagus lah, jagalah salasilah itu baik baik.
artikel yang hebat.. bangga sebab mike oghang daerah kuale mcm teman juge.. jemput ke blog saya.. samadjfr://blogspot.com
salam bloger aka tuan tanah...... saya amat berminat untuk tahu siapa ngah jabar dan paling saya ingin ketahui siapakah adik beradik ngah jabar ini dan anak nya........ paling menarik yang saya lihat en Radzi Sapiee mengatakan Tun Hanif bin Omar adalah cucunya adakah Tun Hanif yang dimaksudkan ketua polis negara yang keempat? jika ia mungkin saya dapat mengetahui susur galur keturunan saya
Saya kata Ngah Jabor dan Jabarumun bukan orang yang sama. Kerana pabila Ngah Jabor telah ditangkap Jabarumun telah baharu sahaja mengikuti Raja Asal ke Perak. Semasa Ngah Jabor di tangkap dia seorang pemuda umurnya kurang dpd 20 tahun. Tetapi Jabarumun adalah Panglima Perang Padri dan telah mengikuti Raja Asal semasa Perang di Pahang dan Selangor. Selepas lari dpd tahanan Ngah Jabor ke Pahang dan kembali ke Perak membuka pekan Kampar. Jabarumun adalah Penghulu Gopeng.
Skye CT
Sejarah perjuangan Ngah Jabor ada dicoret secara ringkas dalam Dokumentari Tanah Secupak : Disebalik Kampung Kepayang
http://www.youtube.com/watch?v=1QjaIzGkJ8g
Panglima Perang Jabar dan Ngah Jabor adalah orang yang berbeza. Ngah Jabor adalah Panglima Kinta ketika itu, dari Pasak Kepayang, yang telah dibuang negeri ke Johor. Dalam youtube tanah secupak kepayang itu benar.
mak sy ina halimah binti ahmad bin ngah jabar. Mak sy juga adalah sepupu kepada tun hanif bin omar bin ngah jabar
Assalamualaikum wbkt saudara n saudari, untuk makluman semua MAANDAILING mmpunyai 9 Merga @ suku kaum.. Saya bermerga LUBIS.. dan Raja Asal adalah Moyang saya, saya juga difahamkan oleh Bapa saya, saya adalah cucu cicit Raja Asal keturunan yg ke-5.. Difahamkan juga Keturunan sebelah ( Emak ) kpd Ayah saya adalah Cucu kepada Sultan Deli @pun dikenali sebagai Panglima Gocah berkaitan dengan Istana Maimun di Medan.. Keturunan panglima Gocah masih wujud dan boleh dibuat rujukan, cari di kawasann Bt7 hingga ke kwsn Malim Nawar dn Ayer Kuning Kampar..
Berkenaan Sipuntung juga sememangnya benar dr suku kaum Orang Asli yg mmpunyai Ilmu dn mlarikan diri dr Kpg Gajah dn mnetap dikwsn Berhampiran Tekah dn Simpang Sindu Kpg Kepayang Perak.. dan juga melibatkan sebelah EMAK saya pula..
Jadi salah satu jawapan n pencarian saya selama ni terjawab sudah, Bila 3 Darah keturunan yg sedang mengalir dalam badan saya dn juga sedang mnggoladak dalam badan saya sekrang ni..
Samada benar ataupun tidak saya tak dapat hendak mrmberi jawapn 100% benar tapi 99% WALLAH'HU 'ALAM BISSAWAB.
hanya ALLAH YG MMAMPU mnjawab..
Assalam mcm mana nak hubungi awk Budak_Degil
Raja Barunum dalam kalangan Orang Rao dan Mandailing Gopeng dikenali juga sebagai Imom Porang (Imam Perang) Dalam kalangan generasi pertama hijrah Orang Rao, Pasaman ke Gopeng percaya Imom Porang ialah bangsawan Mandailing asal leluhur Rao, Pasaman. Barunum setahu saya ialah salah satu nama marga dalam Mandailing. Berdasarkan ini maka adalah lebih berasas untuk menolak andaian bahawa beliau adalah anak Perak.
Beliau salah seorang tokoh Perang Padri yang berpusat di Sungei Ronyah, Rao. Dipercayai seangkatan sebagai Panglima Perang bersama Tuanku Rao. Beliau juga dipercaya salah seorang generasi hijrah ke Semenanjung atas desakan Perang Padri.
Beliau dipercayai terlibat dalam beberapa siri perang. Diantaranya ialah Perang Padri juga disebut Perang Rao, Perang Saudara di Selangor dan Perang Bendahara di Pahang.
Fakta yang menyebut bahawa beliau ialah tokoh yang membuka Kampar sebagai kawasan perlombongan adalah diyakini. Kampar itu sendiri mendapat nama dipercayai berdasarkan Sungai Kampar yang menjadi pusat aktiviti lombong dalam daerah Kampar dan Gopeng. Sungai Kampar mendapat nama dipercayai berasaskan Sungai Kampar Bangkinang dalam Kapupaten Kampar, Provinsi Riau, Sumatera. Sungai Kampar Riau ialah laluan kumpulan hijrah Minang dalam sejarah NS. Juga, laluan yang digunakan oleh komuniti Rao ke Semenangjung pada abad 18 dan sebelum. Dalam pengembaraan saya ke Rao tujuan mengimbau sejarah hijrah Rao, berpeluang bertemu dengan seorang pembalak. Beliau menggunakan laluan Sungai Asik di Rao sebelum bertemu Sungai Kampar di Riau sebagai laluan menghanyutkan balak.
Saya tidak pasti daripada mana asal mengaitkan tokoh Imom Porang dan Ngah Jabor sebagai watak sama. Saya yakin Ngah Jabor ialah seorang tokoh dalam komplot pembunuhan Birch. Imom Porang atau Raja Jabarunum pula ialah watak Mandailing dalam sejarah komuniti Rao/Mandailing, Gopeng dan Kampar di Malaysia dan Rao di Sumatera.
Sila WA untuk perbincangan lanjut: 019 5720572
Woww cerita pasal perak ...siputum lari ke hutan...dan di episod itu la keturunannya di bagi tahu kita asal usul orang asli..sebab nenek moyang kita lari masuk ke hutan...
salah 1 anak ngah jabar ialah Ahmad, (bapa kpd mak angkat sy). Tun hanif bekas igp adalah sepupu kpd mak angkat sy
Post a Comment