Thursday, August 6, 2009

Alat Alat Kebesaran Negeri Perak

Salam Sejahtera...!! Gambar dibawah adalah alat alat kebesaran Negeri Perak yang telah direkodkan oleh penulis buku Arnold Wright pada tahun 1908. Sultan Abdullah (semasa itu Raja Muda Abdullah) tidak hadir ke Sayong untuk menghadiri pengkebumian Sultan Ali dan seterusnya penabalan beliau. Alat alat kebesaran Negeri Perak semasa itu berada di Sayong, diistana Sultan Ali. Bagi pertabalan Sultan Perak, alat alat kebesaran ini adalah menjadi "Wajib" untuk digunakan semasa penabalan. Apakah mungkin Raja Muda Abdullah, semasa itu berada di Batak Rabit, daerah Teluk Intan, ditabalkan jika alat alat kebesaran tidak berada didalam kawalanya sedangkan berlaku permusuhan dengan Raja Bendahara, Menteri Ngah Ibrahim dan Raja Yusuf.

Sumber gambar : Twentieth century impressions of British Malaya: its history, people, commerce, industries, and resources. Author: Wright, Arnold


Apakah yang sebenarnya terjadi? Berikut adalah petikan kisah punca bencana dari sumber http://sultan.perak.gov.my:

Pada masa pemerintahan Baginda Sultan Ali, yang menjadi Bendahara Perak ialah Raja Ismail, putera Saiyed Syeikh Al-Khairat, Raja dari Siak dan Raja Mudanya ialah Raja Muda Abdullah Ibni Almarhum Sultan Ja'afar Mu'azzam Shah.

Pada tahun 1870, Raja Muda Abdullah telah memajakkan suatu kawasan di Kerian kepada seorang Eropah bernama Edward Bacon dari Pulau Pinang, tanpa persetujuan Sultan Ali. Menteri Ngah Ibrahim menjadi marah kerana kawasan Kerian adalah Daerah Larut, kepunyaannya.

Kemangkatan Sultan Ali tidak berganti, maka Istiadat Permakaman jenazah baginda tergendala selama empat puluh hari. Setelah sebulan lamanya jenazah Almarhum Sultan Ali terbujur tanpa dikebumikan akhirnya Orang-orang besar Perak berkumpul di Sayong dan mengambil keputusan memakamkan Almarhum Sultan Ali. Pada 28 Jun, 1871 Raja Bendahara Ismail dilantik menjadi Sultan Perak Yang ke-25 bergelar Sultan Ismail Mu'abidin Riayat Shah.

Jenazah Almarhum Sultan Ali lambat dimakamkan kerana pada masa itu Menteri Ngah Ibrahim seorang yang kaya dan berpengaruh di Negeri Perak sedang berselisih dengan Raja Muda Abdullah. Menteri Ngah Ibrahim bersetuju Raja Bendahara Ismail dilantik menjadi Sultan Perak. Semasa pemerintahan Sultan Ismail, berlaku perselisihan antara kerabat di-Raja Perak terutama di antara Sultan Ismail (di Belanja) Raja Muda Abdullah (di Batak Rabit) Raja Yusuf (di Senggang) dan Menteri Ngah Ibrahim (di Larut).

Ketiga-tiga orang Raja itu masing-masing mengaku diri sendiri lebih berhak mewarisi takhta Kerajaan Negeri Perak dan Menteri Ngah Ibrahim pula menganggap daerah Larut itu kepunyaannya sendiri.


Setelah perlantikan Sultan Ismail, alat alat kebesaran masih didalam simpanan baginda. Begitu juga setelah perjanjian Pangkor, setelah Sultan Abdullah memanggil Inggeris untuk membantu beliau mendapatkan takhta kembali, dan Inggeris pula seperti "orang yang mengantuk disorongkan bantal" atau "orang kebulur dihulurkan nasi sepinggan", telah campurtangan dalam hal ehwal diraja di Perak. Inggeris
didalam Perjanjian Pangkor tersebut telah "menurunkan" atau dalam istilah lain "Menurunkan Takhta" Sultan Ismail dan memberikan Takhta tersebut kepada Sultan Abdullah sebagai Sultan Perak ke 26, walaupun tanpa kehadiran Sultan Ismail semasa menandatangani perjanjian tersebut. Siapakah Inggeris yang berkuasa menurunkan takhta Sultan Melayu? Dari keturunan Iskandarkah dia? Dari keturunan Bukit Siguntang kah dia? Walaupun Sultan Ismail tidak lagi menjadi Sultan, namun beliau masih lagi menyimpan semua alat alat kebesaran Negeri Perak dan Sultan Abdullah telah ditabalkan tanpa melalui proses kebiasaan adat penabalan dan penggunaan alat alat kebesaran Negeri Perak.

Semasa penyerah Sultan Ismail diri di Kedah,
penulis "Perak and the Malays" Mc Nair, John Frederick Adolphus telah menulis seperti berikut; The Perak regalia, which was captured with ex- Sultan Ismail, consisted, besides elephants, nierey of a few golden krises, swords, bells, dragons, and various gold and silver articles of a personal character. - page 413

Setelah Sultan Ismail dibuang negeri ke Sekudai Johor, Sir William Jervois, dalam bulan March 1877 telah mengeluarkan pengistiharan sebagai menggantikan pengistiharan yang dibuat oleh Sir Andrew Clarke pada tahun 1874 semasa melantik Sultan Abdullah seperti berikut;
NOW BE IT KNOWN TO ALL MEN, that Abdullah has ceased to be Sultan of Perak, and that the Government of the State of Perak is, for the present, conducted by the Rajah Yusuf, son of the late Sultan Abdullah Mahomed Shah, as the Chief Native authority in the State. Rajah Yusuf, heretofore mentioned as the Rajah Muda, was thus made ruler of Perak, the government being carried on in his name, and with the aid and advice of a Resident-Mr. Hugh Low receiving the onerous appointment.

Sultan Yusuf dilantik oleh Inggeris atas jasanya seperti kenyataan berikut : Yusuf gained the confidence of the British Government by the way in which he refused to join in the contemptible little plots of the chiefs against Mr. Birch, and also by the spirited way in which he came forward with his following of friendly Malays to aid in the capture of the variois fugitives, and in the pacification of the country

Alat alat kebesaran telah tidak dibawa ke England tetapi telah diserahkan kepada Sultan Yusuf untuk simpanan oleh kerajaan Negeri Perak. Gambar gambar dari halaman http://sultan.perak.gov.my/bahasa/keris_taming.htm, menunjukan ada persamaan dalam gambar yang diambil dalam tahun 1908 dan butiran yang ditulis didalam Buku "Perak and Malay"


Keris Taming Sari dalam gambar 1908, adalah keris yang terkeluar sedikit dari sarungnya.


Pontoh berkepala Naga. Munkin ini yang dimaksudkan dalam buku "Perak and Malay" sebagai "Dragon"


Sundang atau Keris panjang njuga ada dalam gambar tahun 1908


"Puan" atau bekas sireh


Batil Emas dari Aceh dan digunakan dalam upacara "berlimau besar"


3 comments:

Merbawi Jr. said...

Salam.

Kadangkala, sejarah itu malu untuk dibaca.

Merbawi said...

W'salam Tuan,

Hakikat adalah hakikat. Hakikatnya itu yang perlu dijadikan tauladan dan ikhtibar. Tapi manusia selalu lupa, khususnya bangsa melayu. Sejarah kebiasaanya pasti akan berulang.

Apo nak dikato..!

Unknown said...

Amat bernas kata2 Tuan Merbawi,

Jangan sekali-kali berasa malu disebabkan oleh sejarah.. tetapi patut malu jika tidak diambil sebagai ikthibar!