Monday, August 17, 2009

Sah...!! Ngah Jabar @ Imam Prang Jabarumun Adalah Orang Yang Sama..!!

Salam Sejahtera..!!

Sah...!! Ngah Jabar atau mengikut loghat Perak, Ngah Jabor, dan Imam Prang Jabarumun yang terlibat didalam pembunuhan Birch dan telah dijatuhkan hukuman penjara seumur hidup adalah orang yang sama. Berikut petikan bertulis dari sumber berikut yang mengesahkanya: http://www.mdkampar.gov.my/latarbelakang ;

Berdasarkan artikel Datuk Hashim bin Sam Abdul Latiff, penempatan awal Kampar mempunyai kaitan dengan peristiwa pembunuhan J.W.W Birch sebagai Residen British di Perak kerana Ngah Jabor sebagai peneroka awal Kampar adalah seorang yang terlibat dalam pembunuhan tersebut, yang lain-lainnya termasuklah Maharaja Lela, Datuk Sagor, Si Putum dan sebagainya. Bagaimanapun Ngah Jabor terlepas dari sebarang hukuman apabila Raja Idris (Dris) yang kemudiannya menjadi Sultan Perak pada tahun 1887 menjadi Hakim mengadili orang-orang yang terlibat dalam pembunuhan Birch pada tahun 1876

Raja Idris dan Ngah Johor mempunyai hubungan kekeluargaan sebagai saudara sesusu kerana semasa kecil Raja Idris disusul oleh ibu Ngah Jabor dan menjadi amalan biasa bagi keluarga Diraja menyusukan anaknya kepada orang lain terutama dari golongan orang-orang kenamaan.
Antara tahun 1876 sehingga 1886 kemungkinan Ngah Jabor menghilangkan diri untuk betapa/menuntut ilmu bagi melengkapkan diri dan muncul kembali di kalangan umum dengan satu identiti yang baru sebagai Mohamad Jabor. Kemungkinan pada masa menyepikan diri itu beliau telah membuka penempatan baru di Kampar untuk mengelakkan diri dari pengetahuan British.

Sultan Idris I adalah orang yang memainkan peranan didalam pembebasan Ngah Jabar dari hukuman penjara seumur hidup. Ini adalah Fakta..! Persoalan seterusnya....Apakah ada lagi rahsia atau sejarah yang tidak dihebahkan, yang menyelubungi individu individu yang terlibat didalam pembunuhan Birch?

15 comments:

Radzi Sapiee said...

Yep. Banyak lagi rahsia yang kita tak tahu. Misalnya ada disebut bahawa kadangkala kita ingat seseorang itu mati dan kita menghadiri majlis pengkebumiannya. Tapi yang ditanam cuma batang pisang sahaja sedangkan orangnya sudah ghaib atau hilang ke tempat lain lalu mula memakai identiti baru.
Ada pula cerita yang lebih mistik. Masa tanam memang sah orang tu masuk liang lahad. Malam nanti dia keluar balik! Lagi mistik pulak, orang tu boleh mendoublekan dirinya. Lalu diri double ini le yang ditangkap, digantung mati dan sebenarnya tetapi diri sebenar dah pegi berkampung kat tempat lain. Rasanya Mat Kilau termasuk dalam kategori ni. Lagi satu, ilham yang saya dapat satu ketika berkenaan Syed Mashahor dari Sarawak datang ke Perak menolong British menangkap pahlawan Melayu Perak dengan ilmunya yang tinggi. Lama gak terfikir, kenapa Syed ni tergamak nak aniaya orang Melayu sendiri. Ilham yang dapat, Syed Mashahor pergi mencari pahlawan Perak yang sedang bersembunyi lalu buat negotiation. Dia bawak balik double yang 'ditangkap' untuk serah kat British dan 'dihukum'. Dengan cara itu pahlawan Perak mempunyai peluang baru untuk meneruskan hidup. Tak le asyik dikejar sampai nak duduk pun tak senang! :]

Merbawi said...

Salam weh..!

Eh Syed Mashahor..?? Macam pernah dengar nama ni, kat mana ek? Nak kena korek ni....hehehe.

Thanks for the tips bro..!

Anonymous said...

Memang benar Ngah Jabar, Imam Perang Jabarumun adalah orang yang sama. Saya berkawan baik dengan cicitnya yang mempunyai kelebihan tersendiri.

Keturunan ini mencadangkan untuk membuat pertemuan keluarga yang kini berselerak di seluruh dunia.

Ghaib atau kembar atau musawwir itu sebenarnya perkara biasa kepada kita umat Islam. Cuma hari ini umat Islam keliru dengan perkara ini seolah-olah ianya adalah fantasi dan di luar minda.

Masa untuk mengubah minda menjadi mukmin.

Anonymous said...

Salam,
Saya suka dgn ilham / teori Sdr Radzi dan Sdr Anon tu, zaman sekarang ni pun ada...
Tanya Tok Belagak Darul Saka...


Fauz

ArifinLatif Consulting said...

salam sdra 'merbawi',

sdra ada simpan foto ngah jabor? atau sdra ada link kat mana sy boleh dpt? ingin melihat wajah allahyarham yg mempunyai sejarah seperti mat kilau?

ikhlas dari saya,

arifin abdul latif
mantan pengarah pertanian perak
pesara gomen!

mnuri said...

Sila layar www.facebook.com/nuri.samabdullatiff,kelik "Photos" dan dapatkan album "The Story of Five Generations". Gambar kulit album itulah wajah "Ngah Jabar".

mnuri said...

Harap Maaf, "The Story of Five Generations (1)". Ianya ada (1) - (5). Yang dimaksudkan ialah album (1)

ArifinLatif Consulting said...

Dato' Nuri...terima kasih, dah dapat melihat wajah Tok Jabor. Izinkan saya share pic Allahyarham dgn abg ipar saya. Wassalaaam.

Anonymous said...

Assalamualaikum tuan rumah dan semua..Ada sesiapa yang tahu ttg moyang sebelah ibu saya, namanya Malim Maharaja Sabudin..Moyang perempuan pula Siti Andun. Kedua duanya meninggal pada usia muda dan meninggalkan 3 anak , Siti Amin, Rokiah dan Abdul Mannan (meninggal bujang). Mereka kemudian dipelihara oleh berbagai individu. saya dan saudara mara terdekat sedang menjejaki leluhur kami..ibu saya tidak mahu bercerita mengenainya atas sebab dia sja yang tahu. Cuma baru baru ini dia ada beritahu kami ini cucucicit Jabarumun..harap ada yang dapat membantu

Anonymous said...

Kpd Anon Feb 15

Malim Maharaja ada tercatat di dalam terombo keluarga Raja Bilah Papan. Malim Maharaja adik beradik dgn Raja Asal, bapa saudara Raja Bilah. Keturunannya ada di Parit dan di Chemor. Di Chemor aruah Jalon @ Jamaluddin adalah keturunan Malim Maharaja.

Cicit Raja Bilah Papan
fatimahric@yahoo.com

Anonymous said...

Salam,

Saya nak berhubung dgn En Ishar Abd. Latif. Adakah dia adik beradik Sam Abd Latif? En. Ishar tolong hubung saya fatimahric@yahoo.com Saya nak bertanya mengenai salasilah Raja Asal yg Tuan catitkan di dalam komen Tuan di dalam Sembang Kuala. TK

Dokumentari Dato' Panglima Kinta Pasak Kepayang Terakhir, Toh Ngah Jabar @ Toh Gemuk Jabar @ Toh Ngah Abdul Ghafar said...

Dokumentari Dato' Panglima Kinta Pasak Kepayang Terakhir, Toh Ngah Jabar @ Toh Gemuk Jabar @ Toh Ngah Abdul Ghafar

http://www.youtube.com/watch?v=SxkEXsjUvMc

Anonymous said...

Assalamualaikum,
Ayah saya pernh lihat salasilah keturunan nasution dri simpanan tok wan sya.dalam salasilah tu tak mengatakn jabarumun tu ngah jabar.nama tok nek sya malim mamat nasution

Anonymous said...

Jurnal Perjalanan Jurutera Perlombongan dan Ahli Geologi Perancis, Jacques de Morgan ada mencatatkan berkenaan perjalanannya yang melalui Kampung Kepayang dan Gunung Cheroh pada tahun 1884.

Jacques de Morgan telah bertemu dengan Panglima Kinta (Seri Amar Bangsa DiRaja) ke 7, Toh Ngah Jabor pada 2hb Ogos 1884 di Kelian Kinding, Hulu Kinta yang menjawab seperti berikut apabila Jacques de Morgan meminta bantuan daripada beliau (Toh Ngah Jabor), "Dahulu saya adalah Panglima Kinta. Selepas berperang bersama Sultan Ismail (dalam Perang Perak 1875 menentang British), orang putih telah memecat saya, malah mereka telah menyingkirkan saya sebagai Dato (kawasan) Hulu Kinta. Adalah benar bahawa saya menerima pencen, tetapi saya miliki terlalu banyak ketidakpuasan hati terhadap orang putih (sehingga saya tidak mampu) untuk cuba bersetuju dengan Residen (British). Sebenarnya, saya akan buat apa sahaja dengan kuasa yang saya miliki untuk menghentikan rancangannya (Residen British) dan (rancangan) kamu (Jacques De Morgan)".

Sumber:
Jacques de Morgan's Explorations in the Malay Peninsular, 1884.
Galeri Panglima Kinta, Masjid Panglima Kinta.

Anonymous said...

siapakah anda? keturunan ngah jabor ke