Wednesday, August 26, 2009

Kota Batu Hitam, Kerajaan Langgiu - Bahagian 1

Salam sejahtera...! Semoga saudara dan saudari semua sihat selalu menjalani ibadah puasa. Hum...dah 7 hari tak menulis, buntu pula nak mula menulis balik...hehehe! Baiklah, topik penulisan aku kali ini adalah mengenai sebuah kota purba, hemm...mungkin 900 tahun atau lebih lama lagi dari itu..! Baiklah, kita baca apa yang ditulis oleh Tun Muhammad atau Tun Seri Lanang didalam kitab atau bukunya Sulalatus Salatin (Hikayat Melayu) mengenai kota Purba Batu Hitam, Kerajaan Langgiu.

Hatta berapa lamanya berjalan itu datanglah ke negeri Langgiu; dahulu negeri itu negeri besar, kotanya daripada batu hitam, sekarang lagi ada kota itu di hulu Sungai Johor. Adapun nama asal Langgiu itu dengan bahasa Siam ertinya per­bendaharaan permata, maka adalah nama rajanya Chulan; akan baginda itu raja besar, segala raja-raja yang di bawah angin dalam hukumannya.

Demi Raja Chulan mendengar Raja Suran datang itu, maka Raja Chulan pun menghimpunkan segala rakyat; dan segala raja-raja yang takluk kepada baginda, semuanya berkampunglah. Maka Raja Chulan pun mengeluarilah akan Raja Suran; maka rupa segala rakyat itu seperti lautan, rupa gajah dan kuda pun demikian juga, seperti pulau rupanya, dan tunggul panji-panji seperti hutan, dan segala Senjata pun berlapis-lapis. Sekira-kira empat gorah bumi jauhnya berjalan, setelah datang-lah pada suatu sungai, maka kelihatanlah rakyat Raja Suran seperti hutan rupanya. Maka kata Siam, "pangkali" ertinya "sungai", maka dinamai orang sungai itu Sungai Pangkali.


1. Mengikut Tun Seri Lanang didalam kitabnya Sulalatul Salatin, pada masa dahulu, sebelum wujudnya kerajaan kerajaan Melayu Melaka, dan lain lain kerajaan Melayu, telah wujud Sebuah Kerajaan lama yang bernama Langgiu. LANGGIU dalam bahasa siam bermaksud "Perbendaharaan Permata". Kenapakah Tun Seri Lanang merujuk kepada bahasa Siam? Mungkinkah kerajaan tersebut dikuasai oleh kerajaan siam yang berpusat nun diutara semenanjung? Besar kemungkinan nya ada juga kerana sebelum adanya kerajaan lain yang datang dari pulau sumatera, kemungkinan tanah melayu ini dikuasai dan dibawah kerajaan siam. Tetapi bukan lah bermaksud Siam dalam erti kata siam sekarang, tetapi kerajaan melayu siam lama yang memerintah dan menganut agama Ibrahim.

2. Tun Seri Lanang menulis kedudukan lokasi kerajaan tersebut di Hulu Sungai Johor. Dalam peta WIKIMEPIA, cuba saudara pergi pada map type dan google terrain, lihat lah peta sungai johor yang bergabung dengan "Sungai Pengeli". Dimanakah lokasi Kota batu hitam tersebut?


Peta diatas menunjuk kan kawasan empangan Linggiu dibawah pentadbiran PUB, Singapura


Didalam kitab tersebut menyebut "Sungai Pangkali" tempat dimana pertempuran diantara Raja Suran dan Raja Chulan berlaku. Kemungkinan sungai yang dimaksudkan adalah "Sungai Pengeli". Ini kerana cara sebutan kebiasaanya akan turut berubah disebabkan masa yang panjang dan cara sebutan serta slanga orang orang dikawasan tersebut.

3. Tun Seri Lanang juga menulis bahawa nama LANGGIU didalam bahasa siam bermaksud "perbendaharaan Permata". Mengapakah perbendaharaan permata? Adakah terdapat banyak batu permata dikawasan tersebut dan adakah rakyat kerajaan Raja Chulan hidup dengan menjadi pencari atau pelombong batu batu permata? Jika benar, dimanakah lombong batu permata tersebut? Persoalan yang paling besar adalah dimanakah Kota Kerajaan Langgiu yang disebut dalam kitab Sulalatus Salatin diperbuat daripada batu hitam?

Usaha Pencarian Kota Batu Hitam
Artikel 1
Akhbar The Star pada 3 Februari 2005 telah menyiarkan dakwaan seorang penyelidik bebas Raimy Che Ross tentang penemuan sebuah kota purba dinamakan Kota Gelanggi di Johor. Dengan penemuan kota purba yang berusia lebih 1000 tahun itu yang kemungkinannya lebih tua daripada Angkor wat di Kambodia dan Borobodur di Indonesia, sekiranya berjaya ditemukan bukti-bukti yang sahih, sejarah Malaysia umumnya dan sejarah Johor khususnya perlu ditulis semula.

Sedutan dari : http://www.ywj.gov.my/utama/penyelidikan_kota_linggiu.htm

Artikel 2
Pada bulan Februari 2005, seorang penyelidik bebas, Raimy Che Ros mendakwa telah membuat penemuan yang mengejutkan – bahawa beliau telah menemui sebuah kerajaan purba di kawasan hutan tebal Johor.
Beliau mendakwa telah mengesan kerajaan purba – Kota Gelanggi atau Perbendaharaan Permata – selepas 12 tahun menjalankan penyelidikan mengenainya. Gelanggi juga dikenali sebagai Linggiu.
Sedutan dari : http://www.malaysiakini.com/news/63978

Artikel 3
8.Kewujudan sebuah kota purba dapat dibuktikan penafiannya berdasarkan pelbagai bukti yang diperolehi secara empiris dan bersifat fizikal berbanding kenyataan yang dibuat melalui pendekatan sastera, magis dan mitos yang cuba direalitikan melalui pendekatan pseudo arkeologi.
Sedutan dari : http://gelanggi.blogdrive.com/


Pandangan Penulis
1. Aku yakin kota tersebut wujud dari tulisan Tun Seri Lanang sendiri yang menyatakan sekarang lagi ada kota itu di hulu Sungai Johor. Tidak mungkin Tun Seri Lanang menulis metos atau khayalan kerana Sungai Johor adalah kawasan kampung beliau dibesarkan.
2. Kemungkinan kota tersebut tenggelam didalam kawasan empangan Linggiu yang dipajak oleh Singapura. Walaubagaimanapun aku dah baca perjanjian tersebut yang membenarkan pihak kerajaan negeri atau pihak berkuasa Malaysia boleh memasuki dan menjalankan kerja kerja yang berlandaskan perlancungan.
3. Cara yang sebaik baiknya adalah pihak berkuasa Negeri Johor menubuhkan jawatankuasa untuk mencari kota tersebut berdasarkan kepada kajian muka bumi atau geologi dan kajian "earth soil" kawasan yang ada potensi besar terletaknya kota tersebut. Ini kerana kajian "earth soil" akan lebih memberi petunjuk dimanakah Kota dan kawasan perlombongan permata tersebut berdasarkan kesesuaian tanah untuk mengandungi permata. Jika terjumpa lombong batu batu permata tersebut maka akan terjumpalah Kota Batu tersebut.
4. Faedah yang akan didapati adalah;
a) Kawasan tersebut akan menjadi tarikan pelancungan
b) Sejarah baru boleh ditulis kembali
c) kemungkinan Johor akan menjadi pengeluar batu permata (hehe...)
d) Yang lain lain tu....fikir sendiri lah..!



6 comments:

PUTERI said...

Salam Awie,

Teringat pula mengapa Raja Ahmad keturunan aku itu memakai nama gelaran Datok Linggi. Rupanya dia sudah baca Sulalatus Salatin tulisan nenek moyangnya tentang kerajaan Langgiu/Linggi yang hilang ala Atlantis pula.
Kau rasa ada konspirasi mengapa Singapura buat empangan kat situ?. Nak tutup sejarah orang melayukan? Entahlah sejak akhir-akhir ini aku rasa SKEPTIKAL bila tgk banyak fakta ttg org cina yg tidak menyenangkan ini. Hari ini pula, aku baca Yajuj Majuj itu dari keturunan HAN, cina juga. Teringat pulak aku pada hadis RSAW, di akhir zaman nanti, org Islam akan memerangi puak yg rupa mcm cina nie..huhu..

PUTERI said...

Ada kajian baru bahwa kampung aku di Kuala Lipis itu dari kajian "earth soil" nya adalah sebuah kota empayar lama dan lebih awal dari kota melaka. Ada sedara aku waris tok linggi dah keluarkan buku itu, nanti aku bgtau kau bila dah dpt buku tu.

Buat masa ini, cuba kau akeses blog dia :

http://sungaibatuderelong.blogspot.com

Merbawi said...

W'salam Puteri,

Aku rasa Kota Langgiu tu memang ada cuma ianya dihilangkan sebab banyak harta harta yang masih ada disitu. Biasalah kalau masuk bab harta ni memang banyak ler penjaga yang itu dan yang ini.hehe..!Tu rasa aku la, betul ke tidak ...Wallahualam..!

Mengenia Yajuj dan Majuj tu tak pasti pulak aku dari keturunan Han ka, afghanistan ka, Yahudi ka...Wallahualam..! Tapi yang pasti, ianya memang akan wujud apabila sampai waktunya.! Pada masa itu baru kita kata begini " oooo...dari sini datangnya dia..!!hehehe...!

Kajian dari "soil" atau jenis tanah tu memang pada kebiasaanya akan lebih menepati dengan sejarah sesuatu jika yang dikaji ialah mengenai sesuatu tamadun sesuatu daerah. Dalam kes Kuala Lipis, aku rasa Doktor yang buat kajian tu lebih kepada kaedah saintifik atau kaedah yang berdasarkan fakta daripada berdasarkan khabar angin atau cerita yang ditokok tambah.
Kaedah ini masih belum digunakan oleh pengkaji sejarah universiti kita dengan sebaik baik nya. Kalau kita melihat orang amerika atau eropah yang mencari harta karun didasar laut, lengkap dengan kelengkapan saintifiknya. Kita pula...hehehe bukan nak mengata...tapi kebiasaanya lengkap dengan bomoh bomoh nya...hehehe.

Dr. Aminudin Abdul Karim said...

Sdr. saya telah melayari laman sdr. terima kasih atas komen yang mengatakan kajian lembah bama tidak saintifik, saya menggunakan methodologi knowledge management iaitu itu satu bidang terbaharu dalam dunia komputer yang berkembang maju diAmerika dimana saya belajar diNew York, kalau gitulah perspektif sdr inilah yang membuatkan ranking universiti Malaysia tidak akan mencapai bawah 100 ranking melebihi dari itu.Sila beli buku saya baru sdr boleh membuat rumusan yang tepat.

Dr Aminudin

Anonymous said...

St Regis University ialah sebuah Diploma Mill yang mengeluarkan sijil palsu

Anonymous said...

Saint Regis University was a diploma mill operation that was one of about 120 connected institutions operated by an American fraud ring from about 1999 until 2005, when it was shut down by U.S. government authorities.[1]