Thursday, May 7, 2009

Keris Lama Ditemui Di Kepulauan Ryukyus, Okinawa, Jepun


Berita penemuan keris di kepulauan Ryukyus, Okinawa, Jepun, ini bukanlah cerita baru tapi telah berlaku pada tahun 2003 dahulu. Cerita tersebut telah disiarkan oleh akhbar STAR dan telah banyak web dan bloggers menulis mengenainya. Tapi bagus juga aku tulis ini supaya kita boleh merenungkanya kembali berita penemuan keris tersebut.


Kuil Diraja Enkakuji, dikepulauan Ryukyus dimana Keris tersebut ditemui tertanam.

Kepulauan Ryukyus Okinawa pada masa dahulu dihuni oleh bangsa bernama RYUKYUS dan mempunyai Raja dan bahasa mereka sendiri, Raja yang memerintah dikenali sebagai dinasti Sho. Namun mereka lebih berkiblatkan kepada Kerajaan Dinasti Ming sebelum ditakluki oleh Shimazu Clan dari Pulau Kyushu, Jepun pada tahun 1609. Mereka ini adalah pelayar dan berniaga keserata tempat di Nusantara, ini termasuk lah juga ke Melaka pada 40 - 50 tahun sebelum kedatangan Portugis, antara 1463 - 1511.


Gambar diatas adalah Keris yang dijumpai tersebut yang mungkin juga adalah pemberian dari Sultan Melaka atau negeri Melayu kepada Raja Ryukyus sebagai tanda persehabatan. Kemungkinan ini adalah kerana keris tersebut tertanam di sebuah kuil kepunyaan diraja Ryukyus.

Berita selanjutnya dalam bahasa Inggeris boleh didapati disini ; http://thestar.com.my/news/story.asp?file=/2003/6/26/nation/drkeris&sec=nation

Begitulah hebatnya Kerajaan Melayu zaman dahulu hinggakan ramai pedagang pedagang datang berniaga ke Melaka dan kepulauan Melayu.

4 comments:

Sofiya said...

http://en.wikipedia.org/wiki/Massagetae

Massagetae atau mungkinkah manasseh? Lihat sampin nya...akan-akan melayu.

Dalam sejarah scythians an massagetae ada sejarah disebut berhubung dengan alexander and Cyrus..

Fida Anggun said...

Lama dah tunggu posting baru..muncul dah!!!

Anonymous said...

Jamban united pun dijumpai di pulau ni

Anonymous said...

Bukankah empayar melayu dulunya sampai ke tanah jepang. Moyang sy yang cakap cerita krpahlawanan raja2 melayu yang hebat