Friday, February 20, 2009

SENARIO POLITIK TANAH AIR KU

Semenjak politik tanah air memanas dan meluap dengan bahang api dan asap seperti gunung berapi yang tengah aktif di Jepun sekarang, aku tertanya tanya apakah akhirnya senario politik di Malaysia ini. Apakah kesanya pada anak cucu kita akan datang?

Aku dulu belajar di ITM dan salah satu matapelajaran yang aku belajar adalah Sains Politik. Apa yang aku ingat semasa belajar dahulu, "Politik" adalah berasal dari bahasa Greek iaitu "Polis" yang membawa maksud "negeri, negara atau bandar". Politik adalah merupakan satu proses bagi sesuatu kumpulan membuat keputusan. Pada kebiasaanya istilah ini adalah dipakai didalam sesebuah kerajaan awam. Walaubagaimanapun, politik juga telah didapati digunakan didalam hubungan kumpulan kumpulan manusia didalam korporat, akademik, sukan dan juga ugama yang mana ianya mangandungi hubungan sosial yang melibatkan "kuasa" atau "power" untuk mengawal dan membuat keputusan.

Didalam bahasa arab, politk dikenali sebagai "siasah". Siasah bermaksud, Hukum atau tadbir. Walaubagaimanapun perkataan siasah tidak terdapat didalam Al Quraan. Hanya perkataan AL Mulk, yang bererti penghakiman manusia, suruhan dan larangan serta kepimpinan didalam urusan mereka, yang hampir kepada siasah. Perkataan siasah hanya digunakan selepas kewafatan Rasullullah SAW oleh Amru Al ash apabila dia memperkatakan mengenai Umayyah. Okay, cukup mengenai apa itu makna politik. 

Semenjak awal bulan Mac 2008 yang lalu, senario politik tanahair telah menjadi panas meluap luap. bermula dengan kisah rancangan tukar kerajaan melalui lompat parti beramai ramai. Dituruti pula lawatan ahli ahli Parlimen ke Taiwan untuk mengagalkan rancangan lompat parti beramai ramai oleh parti pembangkang dan diikuti pula oleh 4 orang parti pembangkang juga ke Taiwan untuk memujuk mereka ini. Kepanasan yang masih kecil dan sedang membesar diteruskan dengan pilihanraya Permatang Pauh dan Kuala Terengganu. Kepanasan semakin membara dengan lompatan ke parti pembangkang oleh Adun Bota. Pertukaran kerajaan Negeri Perak oleh lompatan kembali keparti pemerintah oleh Adun Bota dan dituruti pula oleh 3 orang parti pembangkang. Ditambahi lagi dengan kemarahan dilepaskan kepada Sultan Negeri Perak. Saman kepada kerajaan Negeri Perak. Panas yang meluap luap itu kini telah merebak ke Selangor dan Kedah dengan perletakan jawatan oleh 2 orang pembangkang. 

Dan dibawah ini, lihat lah perkataan perkataan yang panas dan jarang jarang sekali kita dengar sebelum ini;

"WE HAVE NUMBERS, ACARA KATAK LOMPAT BERAMAI RAMAI, LIWAT, PEMBELOTAN, GANJARAN BERJUTA JUTA, SUMPAH LAKNAT, KASI TANAM, TROJAN HORSE, LOMPAT SANA BOLEH TAPI LOMPAT SINI TAK BOLEH, COUP D'ETAT, MB HARAM, MB SAH, MB BONEKA, SULTAN TIDAK ADIL, BUBAR DEWAN, PILIHANRAYA SEMULA, SPEAKER ULTRA VIRES, KUDA TUNGGANGAN, TIDAK IKUT PERLEMBAGAAN, PENDERHAKA, BUANG NEGERI, MELAYU BERBARING ATAS JALAN, KERETA RAJA MUDA DIBALING BATU, SAYA MASIH MB, ISTERI SAYA YANG SAH, GAMBAR BOGEL, GIGOLO, LEMBU KORBAN, MB GUNA KERETA SENDIRI, CAMRY, LEXUS, ANCAMAN BUNUH, PELURU DIDALAM SURAT, HARUS BERTAUBAT...dan banyak lagi yang tak dapat aku ingat semuanya. 

Didalam mencapai matlamat politik, setiap apa jua cara, tindakan dan kesempatan telah dihalalkan, tanpa ada halangan atau batasan. Yang penting adalah keputusan dari tindakan itu mestilah memihak kepada yang apa yang dipolitikan. Apabila ini telah menjadi motto dan pegangan kepada ahli ahli politik, maka jadilah politik itu kotor, jijik, ganas dan memualkan. Sesiapa pun yang berniat atau memilih untuk berkecimpung dan melibatkan diri didalam politik, mestilah tahu bahawa dia mesti sanggup menerima kesan daripada tindakan yang diambilnya atau oleh lawan politiknya. Tidak dapat dapat dinafikan, permainan politik orang orang Melayu telah mencapai taraf dunia. Ini satu perkembangan yang menakjubkan kerana dalam masa 51 tahun merdeka, segala galanya telah berkembang dengan pesatnya. Didalam politik, ahli politik tidak boleh mengadu lawan politiknya bermain kasar atau "foul", lawan politiknya pukul curi dan lain lain lagi yang yang bersifat kasar dan tidak mengikut peraturan. Ini kerana didalam politik tidak ada peraturan bertulis dan tidak ada pengadil. Jadi siapakah yang menentukan antara ahli ahli politik dan parti parti politik ini juara? Tidak lain dan tidak bukan didalam sistem negara kita Malaysia, adalah orang ramai melalui undian undian didalam pilihanraya.

Bagi seorang Ulamak dan Ahli Ugama untuk melibatkan diri nya didalam politik adalah sebaik baik nya dihindari. Ini kerana dianya sedikit sebanyak akan menggunakan Ugama itu sendiri sebagai modalnya untuk berpolitik dan yang menyedihkan, dia akan menggunakan nas nas dari Al Quraan dan Al Hadis untuk kepentingan diri dan parti politik yang diwakilinya. Tidakkah ini salah dari hakikat berugama itu sendiri yang mana, yang benar adalah benar dan yang bathil itu tetap bathil? Adakah seorang Ulamak atau ahli ugama yang melibatkan diri didalam politik itu tidak akan terikut ikut dengan keadaan politik yang kotor itu, walaupun sedikit pembohongan bagi memenangkan parti politiknya? Pasti Ulamak dan ahli ugama itu tahu... tapi demi memenangkan parti pplitiknya, semua itu akan ditolak ketepi.

Yang pasti, aku memandang politik itu adalah baik sebagai satu proses untuk mencapai dan membentuk sistem dan sifat kenegaraan itu sendiri. Tetapi politik tanpa ada batas dan pegangan serta prinsip yang bersih adalah teramat tidak baik bagi masa hadapan sistem itu sendiri. Di Malaysia, senario politik negara telah mencapai satu keadaan dan klimaks yang penuh kekotoran, tipu daya, fitnah, pembohongan, kata mengata, caci mencaci, hina menghina, menyelak keburukan lawan politiknya, mengkafirkan dan berbagai bagai lagi yang teramat buruk dan tidak pernah diajar oleh junjungan Rasullullah SAW. Apa yang menyedihkan, yang sedang bertentang sekarang, bergaduh, bertengkar dan semua yang melakukan perbuatan perbuatan diatas adalah mejoritinya adalah sesama bangsa iaitu BANGSA MELAYU. SATU BANGSA, SATU UGAMA, SAMA SAMA MENYEMBAH TUHAN YANG SATU, SAMA SAMA MENGUCAP KALIMAH SYAHADAH YANG SATU, SAMA SAMA SEMBAHYANG 5 WAKTU SEHARI SEMALAM, APABILA SEMBAHYANG MENGHADAP KIBLAT YANG SAMA,
Tapi demi kuasa yang direbutkan.......mereka lupa semua ini. Alangkah sedihnya...!!! Mereka yang diluar lingkungan ini, mengetawakan dan berkata..."nengok tu, orang orang MELAYU dan berugama ISLAM tengah bergaduh dan berebut kuasa." Tidak kah pemimpin bangsa kita dan berugama Islam kita sekarang terfikir akan perkara ini...pemimpin dari pemerintah dan juga pembangkang? Tidakah Ulamak dan yang ariff Ugama yang tidak terlibat didalam politik menegur dan memaklumkan perkara ini?

Walaubagaimanapun, Allah Subhanawataalla tidak menjadikan sesuatu itu tanpa ada hikmahnya. Apakah hikmah dari semua yang sedang berlaku dinegara kita ini? Aku Tidak Tahu..!! 

Mungkin juga ALLAH SWT sedang hendak melahirkan satu pemimpin yang paling kuat, berbangsa Melayu dan berugama Islam yang akan lahir dari senario ini.?

Mungkin juga, Allah SWT sedang hendak mengabungkan bangsa Melayu yang berugama Islam yang sekarang ini sedang berpecah pecah akibat kefahaman politiknya itu dibawah satu parti politik atau bendera politik melalui proses ini.?

Atau...mungkin juga...yang paling buruk,

Mungkin juga ALLAH SWT, menjadikan senario sekarang ini, dimana orang orang sesama Melayu dan Islam ini bergaduh dan berebut kuasa dan melupakan ajaran ISLAM, maka ALLAH SWT akan menurunkan satu bangsa atau kaum lain yang bukan berugama Islam sebagai penganti akan bangsa Melayu yang berugama Islam itu.?

Atau ada yang lain.?

Wallahualam....!! ALLAH SWT jua YANG MAHA MENGETAHUI..!

Dengan nama ALLAH YANG MAHA PENGASIH DAN PENYAYANG,  atas kasih dan sayang pada bangsaku yang berugama ISLAM dan Berbangsa MELAYU, bersatu lah wahai saudara saudara ku sekelian..!! Insyaallah..!!


Thursday, February 19, 2009

SULUK WUJIL

Suluk Wujil : dikaryakan oleh Kanjeng Sunan Bonang

1
Inilah ceritera si Wujil
Berkata pada guru yang diabdinya
Ratu Wahdat
Ratu Wahdat nama gurunya
Bersujud ia ditelapak kaki Syekh Agung
Yang tinggal di desa Bonang
Ia minta maaf
Ingin tahu hakikat
Dan seluk beluk ajaran agama
Sampai rahsia terdalam
2
Sepuluh tahun lamanya
Sudah Wujil
Berguru kepada Sang Wali
Namun belum mendapat ajaran utama
Ia berasal dari Majapahit
Bekerja sebagai abdi raja
Sastra Arab telah ia pelajari
Ia menyembah di depan gurunya
Kemudian berkata
Seraya menghormat
Minta maaf
3
“Dengan tulus saya mohon
Di telapak kaki tuan Guru
Mati hidup hamba serahkan
Sastra Arab telah tuan ajarkan
Dan saya telah menguasainya
Namun tetap saja saya bingung
Mengembara kesana-kemari
Tak berketentuan.
Dulu hamba berlakon sebagai pelawak
Bosan sudah saya
Menjadi bahan tertawaan orang
4
Ya Syekh al-Mukaram!
Uraian kesatuan huruf
Dulu dan sekarang
Yang saya pelajari tidak berbeda
Tidak beranjak dari tatanan lahir
Tetap saja tentang bentuk luarnya
Saya meninggalkan Majapahit
Meninggalkan semua yang dicintai
Namun tak menemukan sesuatu apa
Sebagai penawar
5
Diam-diam saya pergi malam-malam
Mencari rahsia Yang Satu dan jalan sempurna
Semua pendeta dan ulama hamba temui
Agar terjumpa hakikat hidup
Akhir kuasa sejati
Ujung utara selatan
Tempat matahari dan bulan terbenam
Akhir mata tertutup dan hakikat maut
Akhir ada dan tiada

6
Ratu Wahdat tersenyum lembut
“Hai Wujil sungguh lancang kau
Tuturmu tak lazim
Berani menagih imbalan tiggi
Demi pengabdianmu padaku
Tak patut aku disebut Sang Arif
Andai hanya uang yang diharapkan
Dari jerih payah mengajarkan ilmu
Jika itu yang kulakukan
Tak perlu aku menjalankan tirakat
7
Siapa mengharap imbalan uang
Demi ilmu yang ditulisnya
Ia hanya memuaskan diri sendiri
Dan berpura-pura tahu segala hal
Seperti bangau di sungai
Diam, bermenung tanpa gerak.
Pandangnya tajam, pura-pura suci
Di hadapan mangsanya ikan-ikan
Ibarat telur, dari luar kelihatan putih
Namuni isinya berwarna kuning
8
Matahari terbenam, malam tiba
Wujil menumpuk potongan kayu
Membuat perapian, memanaskan
Tempat pesujudan Sang Zahid
Di tepi pantai sunyi di Bonang
Desa itu gersang
Bahan makanan tak banyak
Hanya gelombang laut
Memukul batu karang
Dan menakutkan
9
Sang Arif berkata lembut
“Hai Wujil, kemarilah!”
Dipegangnya kucir rambut Wujil
Seraya dielus-elus
Tanda kasihsayangnya
“Wujil, dengar sekarang
Jika kau harus masuk neraka
Karena kata-kataku
Aku yang akan menggantikan tempatmu”

11
“Ingatlah Wujil, waspadalah!
Hidup di dunia ini
Jangan ceroboh dan gegabah
Sadarilah dirimu
Bukan yang Haqq
Dan Yang Haqq bukan dirimu
Orang yang mengenal dirinya
Akan mengenal Tuhan
Asal usul semua kejadian
Inilah jalan makrifat sejati”
12
Kebajikan utama (seorang Muslim)
Ialah mengetahui hakikat salat
Hakikat memuja dan memuji
Salat yang sebenarnya
Tidak hanya pada waktu isya dan maghrib
Tetapi juga ketika tafakur
Dan salat tahajud dalam keheningan
Buahnya ialah mnyerahkan diri senantiasa
Dan termasuk akhlaq mulia
13
Apakah salat yang sebenar-benar salat?
Renungkan ini: Jangan lakukan salat
Andai tiada tahu siapa dipuja
Bilamana kaulakukan juga
Kau seperti memanah burung
Tanpa melepas anak panah dari busurnya
Jika kaulakukan sia-sia
Karena yang dipuja wujud khayalmu semata
14
Lalu apa pula zikir yang sebenarnya?
Dengar: Walau siang malam berzikir
Jika tidak dibimbing petunjuk Tuhan
Zikirmu tidak sempurna
Zikir sejati tahu bagaimana
Datang dan perginya nafas
Di situlah Yang Ada, memperlihatkan
Hayat melalui yang empat

15
Yang empat ialah tanah atau bumi
Lalu api, udara dan air
Ketika Allah mencipta Adam
Ke dalamnya dilengkapi
Anasir ruhani yang empat:
Kahar, jalal, jamal dan kamal
Di dalamnya delapan sifat-sifat-Nya
Begitulah kaitan ruh dan badan
Dapat dikenal bagaimana
Sifat-sifat ini datang dan pergi, serta ke mana
16
Anasir tanah melahirkan
Kedewasaan dan keremajaan
Apa dan di mana kedewasaan
Dan keremajaan? Dimana letak
Kedewasaan dalam keremajaan?
Api melahirkan kekuatan
Juga kelemahan
Namun di mana letak
Kekuatan dalam kelemahan?
Ketahuilah ini

17
Sifat udara meliputi ada dan tiada
Di dalam tiada, di mana letak ada?
Di dalam ada, di mana tempat tiada?
Air dua sifatnya: mati dan hidup
Di mana letak mati dalam hidup?
Dan letak hidup dalam mati?
Kemana hidup pergi
Ketika mati datang?
Jika kau tidak mengetahuinya
Kau akan sesat jalan
18
Pedoman hidup sejati
Ialah mengenal hakikat diri
Tidak boleh melalaikan shalat yang khusyuk
Oleh karena itu ketahuilah
Tempat datangnya yang menyembah
Dan Yang Disembah
Pribadi besar mencari hakikat diri
Dengan tujuan ingin mengetahui
Makna sejati hidup
Dan arti keberadaannya di dunia
19
Kenalilah hidup sebenar-benar hidup
Tubuh kita sangkar tertutup
Ketahuilah burung yang ada di dalamnya
Jika kau tidak mengenalnya
Akan malang jadinya kau
Dan seluruh amal perbuatanmu, Wujil
Sia-sia semata
Jika kau tak mengenalnya.
Karena itu sucikan dirimu
Tinggalah dalam kesunyian
Hindari kekeruhan hiruk pikuk dunia

20
Keindahan, jangan di tempat jauh dicari
Ia ada dalam dirimu sendiri
Seluruh isi jagat ada di sana
Agar dunia ini terang bagi pandangmu
Jadikan sepenuh dirimu Cinta
Tumpukan pikiran, heningkan cipta
Jangan bercerai siang malam
Yang kaulihat di sekelilingmu
Pahami, adalah akibat dari laku jiwamu!
21
Dunia ini Wujil, luluh lantak
Disebabkan oleh keinginanmu
Kini, ketahui yang tidak mudah rusak
Inilah yang dikandung pengetahuan sempurna
Di dalamnya kaujumpai Yang Abadi
Bentangan pengetahuan ini luas
Dari lubuk bumi hingga singgasana-Nya
Orang yang mengenal hakikat
Dapat memuja dengan benar
Selain yang mendapat petunjuk ilahi
Sangat sedikit orang mengetahui rahasia ini

22
Karena itu, Wujil, kenali dirimu
Kenali dirimu yang sejati
Ingkari benda
Agar nafsumu tidur terlena
Dia yang mengenal diri
Nafsunya akan terkendali
Dan terlindung dari jalan
Sesat dan kebingungan
Kenal diri, tahu kelemahan diri
Selalu awas terhadap tindak tanduknya
23
Bila kau mengenal dirimu
Kau akan mengenal Tuhanmu
Orang yang mengenal Tuhan
Bicara tidak sembarangan
Ada yang menempuh jalan panjang
Dan penuh kesukaran
Sebelum akhirnya menemukan dirinya
Dia tak pernah membiarkan dirinya
Sesat di jalan kesalahan
Jalan yang ditempuhnya benar
24
Wujud Tuhan itu nyata
Mahasuci, lihat dalam keheningan
Ia yang mengaku tahu jalan
Sering tindakannya menyimpang
Syariat agama tidak dijalankan
Kesalehan dicampakkan ke samping
Padahal orang yang mengenal Tuhan
Dapat mengendalikan hawa nafsu
Siang malam penglihatannya terang
Tidak disesatkan oleh khayalan
35
Diam dalam tafakur, Wujil
Adalah jalan utama (mengenal Tuhan)
Memuja tanpa selang waktu
Yang mengerjakan sempurna (ibadahnya)
Disebabkan oleh makrifat
Tubuhnya akan bersih dari noda
Pelajari kaedah pencerahan kalbu ini
Dari orang arif yang tahu
Agar kau mencapai hakikat
Yang merupakan sumber hayat
36
Wujil, jangan memuja
Jika tidak menyaksikan Yang Dipuja
Juga sia-sia orang memuja
Tanpa kehadiran Yang Dipuja
Walau Tuhan tidak di depan kita
Pandanglah adamu
Sebagai isyarat ada-Nya
Inilah makna diam dalam tafakur
Asal mula segala kejadian menjadi nyata
38
Renungi pula, Wujil!
Hakikat sejati kemauan
Hakikatnya tidak dibatasi pikiran kita
Berpikir dan menyebut suatu perkara
Bukan kemauan murni
Kemauan itu sukar dipahami
Seperti halnya memuja Tuhan
Ia tidak terpaut pada hal-hal yang tampak
Pun tidak membuatmu membenci orang
Yang dihukum dan dizalimi
Serta orang yang berselisih paham
39
Orang berilmu
Beribadah tanpa kenal waktu
Seluruh gerak hidupnya
Ialah beribadah
Diamnya, bicaranya
Dan tindak tanduknya
Malahan getaran bulu roma tubuhnya
Seluruh anggota badannya
Digerakkan untuk beribadah
Inilah kemauan murni
40
Kemauan itu, Wujil!
Lebih penting dari pikiran
Untuk diungkapkan dalam kata
Dan suara sangatlah sukar
Kemauan bertindak
Merupakan ungkapan pikiran
Niat melakukan perbuatan
Adalah ungkapan perbuatan
Melakukan shalat atau berbuat kejahatan
Keduanya buah dari kemauan

Nota : Diambil dari blog Mas Kumitir 

SULUK GEDUNG

Pupuh Mijil 

1
Sesungguhnya tidaklah ada yang tahu
Bahwa umpamanya Ia bersemayam di gedung itu
Tapi diketahuiNya ia yang tahu
Serta bagaimana segala mahluk berperilaku
Sungguh sebelum terjadi
Ia telah mengerti

2
Ketahuilah Sebelum segalanya terjadi
Ketika jagad kosong tanpa isi
Bahkan sebelum awang-uwung itu sendiri
Yang ada hanya Tuhan Sang Maha Widi
Hanya Ia pula yang mengetahui
Zat Mahaluhur dan Suci

3
Maka dibikinNya semua mahkluk ini
Agar ada yang mengenali
Diciptakannya jagat semesta
Dengan hanya satu sabda
Segalanya mengada seketika :
“Kun”

4
Sempurna tak ada kekurangan
Karena Tuhan yang menciptakan
Ia berkuasa karena DiriNya sendiri
Tanpa kesalahan sama sekali
Demikianlah tatkala semua terjadi
Bertahap menjadi dan menjadi

5
Maka bersabdalah Ia
Kenapa segenap alam yang dijadikanNya nyata
“Sungguh tak Kujadikan Jin dan manusia
Kecuali untuk satu:
Menyembah kepadaKu”

6
Menyembah untuk melihat
Dengan cara memandang yang khas
Menyembah seperti berkaca dalam cermin
Berjuang menemukan rupa yang hakiki
Karena yang diperlihatkan oleh kaca
Tidaklah sejati

9
Ketika engkau menyembah memuji
Tajamkan penglihatan
Kepada yang menggerakan sembahyang
Yakni Allah sejati
Kau sembah Ia dengan pasti
Tidak setengah hati

10
Menatap ini dan menatap itu
Sampai pula segala sesuatu
Tak ada yang kosong olehNya
Ia meliputi dan memenuhi apa saja
Bahkan ZatNya tampak
Bagi setiap mata yang waspada

11
Lainnya tiada, kecuali yang terlihat
Apabila sudah arif makrifat
Namun jika rabun oleh segala rupa
Yang tampak itu hakiki disangkanya
Lantaran tak tahu ajaran yang benar
Bingung yang terlihat dan terdengar

12
Tak bingung kalau tahu yang sejati
Bagi yang ingin melihatnya
Sirnakan segala rupa
Yakni dinding yang menutupi batin mata
Kalau sudah tercapai ia
Itulah makrifat namanya

13
Menempuh jalan, mencari
WajahNya yang kelihatan
Demikian engkau tahu menemukan Tuhan
Demikian engkau menempuh jalan
Yang sejak sediakala disediakan

14
Kalau dipandang tiada. Ia tiada
Maka jangan ragukan tempatNya
Kalau dipandang tiada, Ia tiada selamanya
Dari awal hingga akhir
Tak ada yang mengerti
Karena itulah dicari

15
Kalau dipandang ada, Ia ada, anakku
Hendaklah engkau waspada menatapNya
Lantaran tak ada lagi selain Ia
Tinggal bagai sepi
Satu wujud Abadi

Nota : Diambil dari blog Mas Kumitir


Thursday, February 5, 2009

Selingan Iklan "Minuman Tenaga" - versi Siam




Sila lah tonton video iklan "Minuman Tenaga" ini yang dijual di Siam. Kreatif dan bertenaga iklanya. hehehe....mana nak dapat minuman ini?? Tak tau lah samada ada dijual di Malaysia atau tidak.


Tuesday, February 3, 2009

Melawat Makam Makam Di Kota Tinggi - Bhg 2

Salam...! Maaf klip video Makam Sultan Mahmud tidak boleh ditonton. Entah mengapa....dah 4 kali cuba "upload" klip video Makam Sultan mahmud Mangkat Dijulang ke dalam blog, seperti cerita melawat makam makam di Kota Tinggi, bahagian pertama, tapi masih tak berjaya. Yang peliknya dimainkan dalam komputer boleh pulak.! Tak tau nak kata apa dah.! Biarkan lah begitu aja, kita sambung video lain.

Kita teruskan dengan video makam makam lain. Maaf,...kualiti kurang baik...hehehe....pakai camera video handphone daaa...!

Makam Tun Habab



Kawasan kompleks makam Tun Habab ini adalah kawasan yang berasingan dari kompleks makam Sultan Mahmud dan Masjid Jamek Kota Tinggi, lokasinya tidak jauh dari kompleks makam Sultan Mahmud, malah dalam satu jalan, tetapi berasingan dan lebih kedarat.

Seperti ramai maklum, keturunan Tun Habab atau Habib ini lah berkembang nya keturunan Sultan di Pahang dan Terengganu dari anak anak lelakinya dan keturunan Sultan di Johor dari perkahwinan anak perempuanya dengan salah seorang keturunan Daeng, dari tanah Bugis. 

Kompleks makam Tun habab adalah lebih besar dengan disekelilingnya dipenuhi dengan banyak kubur kubur lama. Kedudukanya adalah ditanah rata berbanding dengan makam Sultan Mahmud yang terletak diatas tanah yang ditinggikan.


Makam Laksamana Bentan



Lokasi Makam Laksamana Bentan adalah jauh daripada lokasi Makam Sultan Mahmud dan Tun Habab. Lokasinya ialah di Kampung Kelantan dan berada ditepi tebing Sungai Johor. Mengikut pendapat orang tua, makam Laksamana Bentan sebenarnya ditanam didalam Kota pertahanan atau kubu. Ini boleh dilihat dari lokasinya ditebing sungai, kedudukan tanah nya yang tinggi dan batu yang digunakan. Disebelah makam Laksamana terdapat makam isternya, Dang Anum dan anak anak mereka.


Kota Dan Makam Tauhid



Kota ini adalah merupakan kota pentadbiran semasa Sultan Mahmud. Setelah Tun Habab memerintah, disebabkan Sultan Mahmud tidak meninggalkan zuriat, kota pentadbiran dipindahkan dari Kota Tauhid ke kawasan yang lain. Terdapat makam diatas kota pertahanan yang terletak ditepi sungai.

Okay ..sampai sini saja. cerita lebih terperinci bole dibaca dalam sejarah Kota Tinggi atau di Blog Merah Silu. Daaa..!!

Monday, February 2, 2009

Melawat Makam Makam Di Kota Tinggi

Salam..! Tengahari tadi aku telah ke Kota Tinggi untuk melawat Tuan dan Puan Bank. Dah lebih dari sebulan tak jumpa. Mereka semua nya sihat sihat belaka...! Hehe..! Terutamanya Tuan Rimau..!! (Maybank ler tuu..)

Dibawah ini ada video terbaru mengenai makam Sultan Mahmud Mangkat Dijulang. Disebelah nya telah pun siap Masjid Jamek Kampung Makam yang telah pun dibesarkan.



Masjid Jamek yang terdahulu adalah sangat kecil dan tidak dapat menampung ramai jemaah pada satu masa. Oleh itu, kerajaan telah meluluskan kerja kerja pembesaran Masjid tersebut. Semasa pembesaran masjid jamek Kg makam dilaksanakan pada tahun 2006, terdapat dalam lingkungan 40 buah kubur lama telah dipindahkan. Oleh kerana kubur kubur lama terletak dikawasan pembesaran masjid, kubur kubur itu terpaksa dipindahkan kekawasan bersebelahan yang jauh sedikit. Kerja kerja pemindahan telah dijalankan pada malam hari. Ketika orangramai mengali salah sebuah kubur, terdapat satu kubur yang mengandungi jenazah yang masih elok dan tidak hancur.  Bila disemak, kubur itu adalah kubur bekas Imam Pertama masjid itu, Allahyarham Hj Yusof Kampong. Semoga Allah SWT menempatkan rohnya dikalangan orang orang yang beriman dan tinggi martabatnya. Beruntunglah kamu, wahai Roh yang mulia..!! 

Berbalik kepada Makam Sultan Mahmud Mangkat Dijulang, dibawah kawasan makam terdapat kubur Kucing Sultan Mahmud atau Kubur Kucing Bertanduk. Kucing ini hanya makan sayuran  sahaja atau Kucing Vegeterian..hehe.. Kucing ini amat manja dan rapat dengan Sultan Mahmud. Apabila Sultan Mahmud mangkat, tidak lama kemudian, kucing ini pun turut mati. Begitulah sejarahnya Sultan Mahmud, akibat daripada mendengar berita yang tidak benar dan mendengar fitnah pembesar pembesar istana dan oleh darah muda baginda yang meluap luap, darah beliau dan darah orang yang tidak bersalah telah tumpah dengan harga yang besar dan tidak ternilai, tanpa ada faedahnya.

Pengkalan Kota
Tidak jauh daripada Masjid kg Makam, terdapat pengkalan Kota. Pengkalan Kota pada masa dahulu adalah merupakan pintu masuk ke Bandar Kota Tinggi. Jarak nya lebih kurang 100 meter dari tebing sungai ke Masjid Jamek Kampung Makam. Pada masa dahulu disinilah tempatnya pedagang pedagang melabuhkan kapal mereka.



Pada masa banjir besar melanda kota pada penghujung tahun 2006 dan awal 2007, tahap air banjir tersebut telah sampai sehingga kepokok buluh seperti dalam video diatas. Tetapi Masjid Jamek Kampung Makam tidak tenggelam. Bersambung kebahagian 2. Daaa...!