Thursday, May 19, 2011

Makam Pembesar Atau Sultan ditemui di Kota Johor Lama?

Lokasi Kota Johor Lama

Salam..! 'Posting' sebelum ini adalah mengenai Tanjung Buai dan sebelum kami ke Tanjung Buai, kami berempat telah terlebih dahulu ke Kota Johor Lama yang terletak ditebing Sungai Johor.
Dibawah ini adalah gambar simpang ke Kota lama tersebut.


Mengikut catatan sejarah, Kota Johor lama telah dimulakan pembinaannya oleh Sultan Johor pertama, Sultan Alauddin Riaayat Syah II pada tahin 1535 dan pada tahun 1540 setelah siap pembinaanya, Sultan Alauddin telah berpindah dari Kota Sayong diutara bandar Kota Tinggi ke Kota Johor Lama. Bagi yang tidak mengetahui, Sultan Alauddin ini adalah anak kepada Sultan Mahmud Syah I, Sultan terakhir Melaka. Salah seorang lagi anak beliau telah ke Perak dan menjadi Sultan dengan gelaran Sultan Muzaffar Syah I.

Okay, bukan ini yang aku nak tulis, saudara dan sauddari boleh baca mengenai kota ini di dalam 'posting; aku sebelum ini ; http://merbawi.blogspot.com/2008/11/kerajaan-johor-lama-bahagian-2-kota.html.
Lokasi makam Pembesar atau Sultan yang ditemui

Apa yang aku nak tulis ni adalah mengenai sebuah makam yg telah dijumpa dan digali oleh Jabatan muzium dan antikuiti di kota tersebut. Dalam lawatan aku dan kawan kawan aku petang selasa lepas (masa aku menulis ni mlm khamis), kami ternampak sebuah kawasan yang ditutupi dengan plastik berwarna biru. dalam 20 kaki x 20 kaki kawasan nya. Didalam terdapat lubang yg telah digali dengan cermat dan sistematik. Ditengah tengah kawasan terdapat pecahan batu nesan Aceh yang telah pecah 3 - 4 seperti gambar dibawah.

Dalam juga lubang yang digali...mungkin dalam 8 - 9 kaki dalam . Kalau mengikut batu nesan tersebut hanya ada 1 makam sahaja disitu atau sepasang batu nesan sahaja.

Mengeluh kami berempat bila nengok dalam kubur tu, tertanya tanya dalam hati kami, mana ada jenazah orang islam ditanam bersama sama apa apa benda sekalipun. Mana ada artifak, bukanya macam mumia firaun tu......! Apa yang dicari,,,???????? Mengganggu jenazah yang ada didalam tu..!

Mengikut cerita orang kampung yang kami dengar, dikawasan tersebut tidak ada makam, hanya kawasan kosong yang ada hanya batu batu bata dari jenis lama. Lokasi nya terletak betul betul dihadapan kawasan halaman sebuah rumah orang kampung disitu. Tanah ditengah tengah kawasan batu dan tanah kosong tersebut telah sedikit demi sedikit telah 'menaik' dan 'membukit'. Seolah olah membusut dan ada batu terjojol keluar dari kawasan lapang tersebut. Perkara ini telah dimaklumkan kepada muzium di kawasan berhampiran. Dan kerja kerja pengalian telah dilakukan dan mereka telah menjumpai batu nesan yang patah tersebut dan tertanam didalam tanah yg sudah membusut tersebut.



Kalau dari penglihatan mata aku, batu nesan Aceh tersebut dan makam tersebut bukan kepunyaan orang biasa, sekurang kurang nya kepunyaan pembesar atau Sultan. Saudara dan saudari boleh membuat perbandingan batu nesan Aceh ini dengan tulisan aku sebelum ini ; http://merbawi.blogspot.com/2008/11/16-batu-nesan-aceh-di-kerajaan-johor.html.


Setelah berada dalam lingkungan 20 minit dimakam tersebut, kami telah beransur ke bangunan Muzium yang terletak berhampiran, barulah kawan aku yang 2 orang tadi membuka mulut mereka. Lebihkurang begini lah dialog mereka

Shamsol : Man, ko ada bau apa apa tak kat makam tadi?
Man : Ada, bau kapur barus.....fresh, tajam dan kuat baunya...!
Shamsol : Hmmmmm.......! Aku pun terbau yang sama jugak...!
Aku : Aku tak ada pulak cium bau apa apa pun...!
Harris : Aku pun tak cium bau apa apa...!

Kami berempat terus terdiam dan tidak cakap apa apa setelah itu. Terus kami meninggalkan Kota Johor Lama menghala ke pekan Telok Sengat yang terletak berhampiran. Sewaktu kami bergerak sahaja....terus hujan panas....!

Ada beberapa perkara yang menarik dalam cerita diatas;
1. Kejadian tanah membusut dan membukit ditanah lapang tersebut terjadi seolah olah memberi petunjuk ada makam dibawah tanah tersebut. Kejadian ini adalah dengan kehendak dan kekuasaan Allah SWT jua, tidak ada kuasa lain yang mampu melakukanya...!

2. Makam pembesar atau Sultan manakah dan siapakah yang telah dipatahkan nesannya dan telah dikambus dengan tanah? Siapakah pelakunya? Oleh orang orang Portugiskah atau atas arahan Sultan kah? Apakah motif pelakunya? Dendamkah? Apa kah yang hendak dilenyapkan atau dihilangkan?

3. Mengapakah baru sekarang tanah itu menaik selepas 500 - 600 tahun berlalu? Mengapa tidak sebelum ini? Mengapa hanya di makam tersebut sahaja tanah yang menaik dan tidak dikawasan lain dipersekitaran yang sama.

4. Kalau mengikut pendapat dan petua orang orang tua yang aku tanya pada keesokan harinya, kalau ada yang tercium bau kapur baru, samada salah seorang atau berdua dari sekumpulan orang yang ada dikawasan makam tersebut, itu adalah petanda atau isyarat bahawa....ada jenazah didalam liang lahat makam tersebut. Jadi perbuatan mengali dan mengkaji sehingga kedalam liang lahat tidak seharusnya diteruskan kerana akan mengganggu jenazah.

Apa apa pun, semua yang terjadi adalah atas kehendak Allah SWT jua. Tidak ada yang mampu menahan kehendaknya..! Al fatehah kepada Allahyarham penghuni makam tersebut.

5 comments:

syahir said...

terima kasih, informasi yg menarik. makam sapa le tu ek?

Oghang Ba Ado said...

hmm.. terima kasih atas info abg nie..

Ader Rupa Ader Gaya said...

Kome dengan pelakon allahyarham Ahmad Marbawi ader kena mengena ker?

Nur Lavender said...

Salam tuan punya blog..kalau xsilap saya projek ni dijalankan oleh Yayasan warisan Johor..Utk makluman tuan, penggalian @ ekskavasi arkeologi ini perlu dilakukan utk mencari khazanah negara..mungkin pihak ywj akan tutup tapak ini kalau pihak mrk merasakan tapak ini tidak penting..wallahualam..

شركة المثالية said...


شركة تنظيف بالخبر
شركة تنظيف مسابح بالخبر
شركة تنظيف مكيفات بالخبر