Tanjung Buai adalah sebuah tempat yang cantik pemandanganya dan masih belum tercemar dengan kemajuan. Dibawah ini adalah kampung Tanjung Buai...."Bangsa Berdaya Negara Jaya" hehehe....macam tak berdaya aje.
Kampung Tanjung Buai terletak di hujung tanjung seperti dalam peta "google" dibawah. Disebelah kiri tanjung Buai ialah Sungai Johor yang kalau dituruti sungai tersebut dengan menaiki motobot anda boleh sampai ke Bandar Kota Tinggi atau kalau 500 tahun dahulu sungai Johor adalah merupakan "Highway" yang utama. Sebelah kanannya adalah Sungai Lebam yang hujungnya adalah pertemuan sungai cemaran dan empangan Sungai Lebam. Diselatan Tanjung Buai adalah menghadap Pulau Ubin, Singapura dan boleh tembus ke Laut Cina Selatan, Selat Johor, Pulau Singapura, Selat Singapura dan Pulau Bintan.
Dari penerangan diatas serta gambar satelit yang disertakan dan waktu lebih kurang 500 - 1000 tahun terdahulu, kawasan Tanjung Buai dan kawasan persekitaran tersebut adalah merupakan kawasan yang sangat strategik untuk dijadikan ibunegara dan kawasan perdagangan. Kerajaan Johor Lama (500+ dahulu) dan kerajaan Langgiu (Kota Batu Hitam 900+ dahulu) adalah terletak di kawasan ini.
Kalau saudara dan saudari perhatikan sebelah kanan peta semenanjung diatas yang menghadap laut cina selatan ...itulah kawasan projek penapisan dan pemprosesan minyak oleh PETRONAS berjumlah RM60B yang diistiharkan oleh PM kita minggu lepas
Gambar diatas, aku sedang berdiri diatas jeti di Tanjung Buai, menghadap ke Jambatan yang menghubungkan Kongkong diPasir Gudang ke Telok Sengat didalam Lebuhraya Senai - Desaru
yang akan dibuka pada bulan Mei atau Jun ini...setelah tergendala selama 2 - 3 tahun lebih.
Tapi yang tak bagusnya dari Tol Cahaya Baru di Pasir Gudang sehingga ke Desaru lebuhraya hanya 2 lorong sahaja. Dah la sempit..."side table" pun kecil. Kelakar...! Macam gambar diatas. Hanya diatas jambatan yang mempunyai 4 lorong.
Nun....diseberang sana KongKong dan Felda chahaya Baru. Kalau tak dapat nak bayangkan sila lihat peta diatas.
Kapalterbang terbang rendah untuk mendarat diLapangan terbang Changi, Singapura...tidak jauh dari Tanjung Buai.
Ketika ini, masih lagi diatas jeti menghadap ke tenggara Tanjung Buai. Kelihatan latarbelakang Bukit Belungkor. Dibawahnya terdapat jeti feri Tanjung Belungkor....disitu terletaknya jeti Feri ke Changi, Singapura. Diatas Bukt Belungkor situlah terletaknya Makam "Si Bongkok". Cerita mengenai makam beliau ada didalam lagu "Tanjung Puteri" yang senikatanya mengatakan "Makam SiBongkok di lereng Bukit Tanjung Puteri". Sebenarnya, makam beliau di atas dan lereng bukit Belungkor..!!! Ceh...tipu juga..hehe. Cerita siBongkok ini adalah cerita benar. Beliau adalah seorang pejuang yang menentang pemerintahan Inggeris.
Okay...ini saja ceritanya...!
3 comments:
Maaf sekadar memberikan pendapat, adalah lebih baik sekiranya setiap pendapat tuan dilampirkan dengan fakta-fakta lengkap. Cerita dari cerita tidak dapat dijadikan fakta. Maka pendapat siBongkok adalah pejuang disangkal kerana tiada fakta.
saya nak buat program di kampung tanjung buai ni, saya nak tanye bas boleh masuk tak ke kampung tu..? saya takut jalannye sempit...
Saudara anonymous,
Jalan nya bertar dan bas rasanya tiada masaalah, cuma semasa hendak menyeberangi lebuhraya E22 (senai - desaru) rasanya bas tidak boleh melepasi kerana jalan dibawah lebuhraya terlalu sempit dan bas terpaksa menurun tebing curam dikedua dua belah lebuhraya. Kalau van ok.
Post a Comment