Sebelum ke Perak pada pagi selasanya, sepupu aku telah menunjukan barang lama peninggalan moyang kami. Untuk pengetahuan tuan tuan dan puan puan moyang aku sebelah ayah berasal dari sebelah Sayong, Kuala Kangsar. Aku tak tahu pulak dia ada menyimpan barang lama peninggalan moyang kami yang boleh dianggap pusaka keturunan.
Mengikut cerita sepupu aku, kain tersebut berusia dalam linkungan 300 tahun dan ianya telah diperturunkan dari zaman moyang kami lagi yang ketika itu menginap di Sayong. Kata sepupu aku lagi, kain itu adalah kain Cindai. Entah..., aku tak pasti dan aku tak kenal jenis jenis kain. Betul lah, agaknya...., tapi kualiti kain tersebut aku tengok memang halus dan benangnya adalah dari jenis yang berkualiti.
Pandangan dekat
Ada corak atau patern bunga yang berjalur dibahagian kain tersebut.
Kain ini tidak berjahit untuk menyambungkan kedua dua hujungnya seperti kain pelikat yang dipakai oleh orang lelaki. Ianya adalah seperti kain batik lepas yang tidak berjahit. Kata sepupu aku lagi kain ini kegunaanya untuk menutupi bahagian kepala kaum wanita atau selubung kepala.
Betul ke kain cindai? kalau kain cindai, ianya adalah pakaian kaum bugis...!! Hmmmm....aku dah semak di internet, kalau nak ikutkan bukan kain cindai....rasanya kain samarinda kot. Ada pendapat lain?
Betul ke kain cindai? kalau kain cindai, ianya adalah pakaian kaum bugis...!! Hmmmm....aku dah semak di internet, kalau nak ikutkan bukan kain cindai....rasanya kain samarinda kot. Ada pendapat lain?
11 comments:
nanti jap nak scan..tp dari firasat hamba, ada terkait dgn mugis makassar..hehe..cuba cari corak kain org bugis makassar..
wahhh....ok lagi mesin scanner awak ya Put...hehe! Thanks for the tips, nanti teman menyelongkar internet.
eh! macam kain pelikat aku laa! (eheh heh heh...)
Heh...memang la sama dengan ko punya kain pelikat, tapi...ko punya kain pelikat ada banyak peta daaa.....! hohoho....!
Kain Samarinda kot? Kalau 300 tahun lalu tu kira zaman Daeng Selili datang ke Perak. Dan memang Samarinda di Kalimantan tu dibuka oleh pengikut Daeng Selili sebelum baginda sendiri mengambil-alih kerajaan Kutai lama yang mengandungi Samarinda lalu dijadikan kerajaan Pasir di tengah pulau Borneo.
Daeng Selili tu moyang keluarga Maharajalela dan Temenggung Perak. Malah tersembunyi dalam salasilah diraja Perak adalah keturunan baginda yang menjadi Sultan-sultan tetapi nasab atas bapa sengaja diubah agar tidak nampak hakikat sebenar penggiliran kerabat diraja Melaka, Aceh, Bugis yang membentuk 3 keluarga yang bergilir menjadi raja di Perak, satu hakikat yang tersirat pada 3 warna bendera Perak. Itu saje... hehe! :]
salam...mcm kain slot samarinda tv3 tu kot..hehe..tp yang pasti corak tu corak kain bugis..mcm baju melayu al-rashid pakai tu mase jumpa dato' kat kuala selangor tu kan abg ms...
kain pelekat kain pelekat....eeek nyanyi pulak dia.wei mike kat mane wei.moh kita pekena umah mak unggal minggu nie ade kenduri kawin.
salam wehhh...! Kenduri kahwen? Anak mak Unggal ke? Alahai,...mana nak dapat balik wehh...sebok esok...kerojee, public holiday...hahaha. Tak apa ler, saya doakan semua selamat dan bahagia selalu. Kirim salam pada semua di Manong.
Kain berusia 300 tahun? Masih utuh lagi? Kat mana simpan tanpa dihinggap kereputan gitu?
Ya, lebih kurang +/- 300 tahun dan masih ok lagi, cuma ada sedikit lubang sebesar 4 - 5 inci lubang akibat dimakan lipas. Mengikut sepupu saya, kain tersebut disimpan seperti kain biasa didalam almari.
blog yang menarik, keep it up,
salamm,
Post a Comment