Wednesday, August 26, 2009

Kota Batu Hitam, Kerajaan Langgiu - Bahagian 1

Salam sejahtera...! Semoga saudara dan saudari semua sihat selalu menjalani ibadah puasa. Hum...dah 7 hari tak menulis, buntu pula nak mula menulis balik...hehehe! Baiklah, topik penulisan aku kali ini adalah mengenai sebuah kota purba, hemm...mungkin 900 tahun atau lebih lama lagi dari itu..! Baiklah, kita baca apa yang ditulis oleh Tun Muhammad atau Tun Seri Lanang didalam kitab atau bukunya Sulalatus Salatin (Hikayat Melayu) mengenai kota Purba Batu Hitam, Kerajaan Langgiu.

Hatta berapa lamanya berjalan itu datanglah ke negeri Langgiu; dahulu negeri itu negeri besar, kotanya daripada batu hitam, sekarang lagi ada kota itu di hulu Sungai Johor. Adapun nama asal Langgiu itu dengan bahasa Siam ertinya per­bendaharaan permata, maka adalah nama rajanya Chulan; akan baginda itu raja besar, segala raja-raja yang di bawah angin dalam hukumannya.

Demi Raja Chulan mendengar Raja Suran datang itu, maka Raja Chulan pun menghimpunkan segala rakyat; dan segala raja-raja yang takluk kepada baginda, semuanya berkampunglah. Maka Raja Chulan pun mengeluarilah akan Raja Suran; maka rupa segala rakyat itu seperti lautan, rupa gajah dan kuda pun demikian juga, seperti pulau rupanya, dan tunggul panji-panji seperti hutan, dan segala Senjata pun berlapis-lapis. Sekira-kira empat gorah bumi jauhnya berjalan, setelah datang-lah pada suatu sungai, maka kelihatanlah rakyat Raja Suran seperti hutan rupanya. Maka kata Siam, "pangkali" ertinya "sungai", maka dinamai orang sungai itu Sungai Pangkali.


1. Mengikut Tun Seri Lanang didalam kitabnya Sulalatul Salatin, pada masa dahulu, sebelum wujudnya kerajaan kerajaan Melayu Melaka, dan lain lain kerajaan Melayu, telah wujud Sebuah Kerajaan lama yang bernama Langgiu. LANGGIU dalam bahasa siam bermaksud "Perbendaharaan Permata". Kenapakah Tun Seri Lanang merujuk kepada bahasa Siam? Mungkinkah kerajaan tersebut dikuasai oleh kerajaan siam yang berpusat nun diutara semenanjung? Besar kemungkinan nya ada juga kerana sebelum adanya kerajaan lain yang datang dari pulau sumatera, kemungkinan tanah melayu ini dikuasai dan dibawah kerajaan siam. Tetapi bukan lah bermaksud Siam dalam erti kata siam sekarang, tetapi kerajaan melayu siam lama yang memerintah dan menganut agama Ibrahim.

2. Tun Seri Lanang menulis kedudukan lokasi kerajaan tersebut di Hulu Sungai Johor. Dalam peta WIKIMEPIA, cuba saudara pergi pada map type dan google terrain, lihat lah peta sungai johor yang bergabung dengan "Sungai Pengeli". Dimanakah lokasi Kota batu hitam tersebut?


Peta diatas menunjuk kan kawasan empangan Linggiu dibawah pentadbiran PUB, Singapura


Didalam kitab tersebut menyebut "Sungai Pangkali" tempat dimana pertempuran diantara Raja Suran dan Raja Chulan berlaku. Kemungkinan sungai yang dimaksudkan adalah "Sungai Pengeli". Ini kerana cara sebutan kebiasaanya akan turut berubah disebabkan masa yang panjang dan cara sebutan serta slanga orang orang dikawasan tersebut.

3. Tun Seri Lanang juga menulis bahawa nama LANGGIU didalam bahasa siam bermaksud "perbendaharaan Permata". Mengapakah perbendaharaan permata? Adakah terdapat banyak batu permata dikawasan tersebut dan adakah rakyat kerajaan Raja Chulan hidup dengan menjadi pencari atau pelombong batu batu permata? Jika benar, dimanakah lombong batu permata tersebut? Persoalan yang paling besar adalah dimanakah Kota Kerajaan Langgiu yang disebut dalam kitab Sulalatus Salatin diperbuat daripada batu hitam?

Usaha Pencarian Kota Batu Hitam
Artikel 1
Akhbar The Star pada 3 Februari 2005 telah menyiarkan dakwaan seorang penyelidik bebas Raimy Che Ross tentang penemuan sebuah kota purba dinamakan Kota Gelanggi di Johor. Dengan penemuan kota purba yang berusia lebih 1000 tahun itu yang kemungkinannya lebih tua daripada Angkor wat di Kambodia dan Borobodur di Indonesia, sekiranya berjaya ditemukan bukti-bukti yang sahih, sejarah Malaysia umumnya dan sejarah Johor khususnya perlu ditulis semula.

Sedutan dari : http://www.ywj.gov.my/utama/penyelidikan_kota_linggiu.htm

Artikel 2
Pada bulan Februari 2005, seorang penyelidik bebas, Raimy Che Ros mendakwa telah membuat penemuan yang mengejutkan – bahawa beliau telah menemui sebuah kerajaan purba di kawasan hutan tebal Johor.
Beliau mendakwa telah mengesan kerajaan purba – Kota Gelanggi atau Perbendaharaan Permata – selepas 12 tahun menjalankan penyelidikan mengenainya. Gelanggi juga dikenali sebagai Linggiu.
Sedutan dari : http://www.malaysiakini.com/news/63978

Artikel 3
8.Kewujudan sebuah kota purba dapat dibuktikan penafiannya berdasarkan pelbagai bukti yang diperolehi secara empiris dan bersifat fizikal berbanding kenyataan yang dibuat melalui pendekatan sastera, magis dan mitos yang cuba direalitikan melalui pendekatan pseudo arkeologi.
Sedutan dari : http://gelanggi.blogdrive.com/


Pandangan Penulis
1. Aku yakin kota tersebut wujud dari tulisan Tun Seri Lanang sendiri yang menyatakan sekarang lagi ada kota itu di hulu Sungai Johor. Tidak mungkin Tun Seri Lanang menulis metos atau khayalan kerana Sungai Johor adalah kawasan kampung beliau dibesarkan.
2. Kemungkinan kota tersebut tenggelam didalam kawasan empangan Linggiu yang dipajak oleh Singapura. Walaubagaimanapun aku dah baca perjanjian tersebut yang membenarkan pihak kerajaan negeri atau pihak berkuasa Malaysia boleh memasuki dan menjalankan kerja kerja yang berlandaskan perlancungan.
3. Cara yang sebaik baiknya adalah pihak berkuasa Negeri Johor menubuhkan jawatankuasa untuk mencari kota tersebut berdasarkan kepada kajian muka bumi atau geologi dan kajian "earth soil" kawasan yang ada potensi besar terletaknya kota tersebut. Ini kerana kajian "earth soil" akan lebih memberi petunjuk dimanakah Kota dan kawasan perlombongan permata tersebut berdasarkan kesesuaian tanah untuk mengandungi permata. Jika terjumpa lombong batu batu permata tersebut maka akan terjumpalah Kota Batu tersebut.
4. Faedah yang akan didapati adalah;
a) Kawasan tersebut akan menjadi tarikan pelancungan
b) Sejarah baru boleh ditulis kembali
c) kemungkinan Johor akan menjadi pengeluar batu permata (hehe...)
d) Yang lain lain tu....fikir sendiri lah..!



Friday, August 21, 2009

Marhaban.....! Marhaban, Ya Ramadhan Al Mubarak...!!

Salam sejahtera...!!

Selamat menyambut bulan Ramadhan Al Mubarak yang mulia. Semoga saudara saudaraku semua mendapat keberkatan dari ibadah yang dijalani. Sempena bulan yang mulia ini, aku memohon ampun dan maaf jika terdapat salah dan silap dari penulisan, percakapan dan perbuatan yang secara sengaja atau tidak sengaja.

Selamat berpuasa dan menjalani ibadah didalam bulan yang mulia ini..!!

Monday, August 17, 2009

Sah...!! Ngah Jabar @ Imam Prang Jabarumun Adalah Orang Yang Sama..!!

Salam Sejahtera..!!

Sah...!! Ngah Jabar atau mengikut loghat Perak, Ngah Jabor, dan Imam Prang Jabarumun yang terlibat didalam pembunuhan Birch dan telah dijatuhkan hukuman penjara seumur hidup adalah orang yang sama. Berikut petikan bertulis dari sumber berikut yang mengesahkanya: http://www.mdkampar.gov.my/latarbelakang ;

Berdasarkan artikel Datuk Hashim bin Sam Abdul Latiff, penempatan awal Kampar mempunyai kaitan dengan peristiwa pembunuhan J.W.W Birch sebagai Residen British di Perak kerana Ngah Jabor sebagai peneroka awal Kampar adalah seorang yang terlibat dalam pembunuhan tersebut, yang lain-lainnya termasuklah Maharaja Lela, Datuk Sagor, Si Putum dan sebagainya. Bagaimanapun Ngah Jabor terlepas dari sebarang hukuman apabila Raja Idris (Dris) yang kemudiannya menjadi Sultan Perak pada tahun 1887 menjadi Hakim mengadili orang-orang yang terlibat dalam pembunuhan Birch pada tahun 1876

Raja Idris dan Ngah Johor mempunyai hubungan kekeluargaan sebagai saudara sesusu kerana semasa kecil Raja Idris disusul oleh ibu Ngah Jabor dan menjadi amalan biasa bagi keluarga Diraja menyusukan anaknya kepada orang lain terutama dari golongan orang-orang kenamaan.
Antara tahun 1876 sehingga 1886 kemungkinan Ngah Jabor menghilangkan diri untuk betapa/menuntut ilmu bagi melengkapkan diri dan muncul kembali di kalangan umum dengan satu identiti yang baru sebagai Mohamad Jabor. Kemungkinan pada masa menyepikan diri itu beliau telah membuka penempatan baru di Kampar untuk mengelakkan diri dari pengetahuan British.

Sultan Idris I adalah orang yang memainkan peranan didalam pembebasan Ngah Jabar dari hukuman penjara seumur hidup. Ini adalah Fakta..! Persoalan seterusnya....Apakah ada lagi rahsia atau sejarah yang tidak dihebahkan, yang menyelubungi individu individu yang terlibat didalam pembunuhan Birch?

Sunday, August 16, 2009

Siapakah Siputum @ Si Puntung Dan Ngah Jabar?

Salam Sejahtera..! Didalam Buku Malay Sketches, yang ditulis oleh Frank A. Swenttenham pada tahun 1895, dimuka surat 245, beliau menulis seperti berikut ;
"The first man captured was Siputum. He was brought in to Bandar Bharu late one evening in the early part of 1876, and I went to see him in the lock up about mudnight. A wilder looking creature it would have been hard to find. He was a pawang, a medicine man, a sorcerer. For many weeks he had been a hunted outcast and he seemed to think that capture was almost preferable to the life he had been leading. He sat on the floor and described to me his share in Mr Birch's murder, pausing between the sentences to kill mosquitoes on the wall of his cell. He volunteered the statement that Mr Birch was a good man, who had been kind to him, and that what he did was by order of his chief, whom he was bound to obey."

"Siputum" atau pun "Si Puntung" adalah orang kedua menyerang JWW Birch, Residen British di Pasir Salak selepas Pakdak Indut merejam dengan lembing. Selepas terkena libasan parang Siputum, Birch terus tenggelam kedalam sungai Perak. Ejaan nama "Siputum" adalah mengikut slanga dan pendengaran Frank Swettenham seperti didalam buku tersebut, tetapi, nama beliau yang sebenarnya adalah "Sipuntung". Ada sesetengah pendapat menyatakan bahawa beliau adalah dari kalangan orang asli. Adakah begitu? Adakah beliau adalah seorang orang asli? Mari kita lihat petikan yang berikut;
Apabila Tuanku Raja Asal mengambil keputusan untuk menyokong Raja Mahadi di dalam Perang Kelang untuk menentang Raja Abdullah (dalam tahun 1866) maka beliau telah menghubungi Raja Laut untuk mendapat bantuan bekas tentera Paderi di dalam peperangan tersebut. Sewaktu Kelang jatuh dan kemudiannya Kuala Lumpur turut jatuh kerangan orang-orang Mandailing, Raja Asal telah memerintahkan hambanya Sipuntung untuk membunuh Dato’ Bandar Yassih yang berketurunan Bugis kerana banyak menindas dan menyeksa orang-oranag Mandailing.
(Petikan dari : Buku Cenderamata Lembaga Adat Mandailing Malaysia )

Nama beliau disebut 2 kali didalam sejarah Mendailing di Tanah Melayu. Dan yang berikutnya;
Sewaktu luka parah Tun Mutahir telah berundur bersama anak-anaknya Wa Da dan Wan Aman serta Raja Asal kesempadan Negeri Selangor. Wan Putih telah di jemput oleh hamba Raja Asal bernama ‘Sipuntung’, lalu di bawa ke Selangor.
Semasa perbincangan dan mesyuarat diantara Sultan dan pembesar pembesar telah diadakan untuk membunuh Residen Birch, satu jemputan telah dibuat kepada Raja Asal, ketua orang orang Mandailing di Changkat Piatu seperti berikut;
Adalah diberitakan bahawa dalam tahun 1874, apabila perjanjian Pangkor termeteri maka banyaklah pembesa-pembesar Negeri Perak yang tidak puas hati. Memandangkan Raja Asal ini seorang yang gagah berani dan banyak pengalamannya di dalam peperangan maka datanglah beberapa orang di antara mereka meminta campurtangan beliau (Raja Asal) untuk mengusir Inggeris dari negeri Perak. Raja Asal menolak permintaan mereka untuk campurtangan dalam pergolakan di Perak kerana beliau telah uzur dan letih untuk berperang sepanjang usia remaja dan dewasanya. Paktan untuk membunuh JWW Birch tidaklah disertainya tetapi Raja Asal telah meminjamkan hambanya Sipuntung yang sangat dipercayai sebagai tanda penyertaannya untuk membersihkan bumi ini dari campurtangan orang-orang kafir yang ditentangnya sejak beliau memeluk agama Islam.

Sipuntung bukanlah orang asli tetapi adalah seorang hamba yang bertuankan kepada Raja Asal, ketua orang Mandailing dan orang orangnya yang telah menetap diChangkat Piatu setelah lari akibat dari kekalahan dari peperangan di Kuala Lumpur dan Kelang. Ada pendapat yang menyatakan bahawa setelah pembunuhan Birch, Sipuntung telah melarikan diri dengan menyamar sebagai orang asli bagi menyukarkan Polis dan askar British mengenalinya. Walaubagaimanapun ini hanyalah pendapat tanpa bukti pasti.

Perkara menarik didalam pembunuhan Birch ialah terdapat penglibatan banyak pihak didalam perancangan pembunuhannya tetapi selepas pembunuhan Birch, telah terjadinya perkembangan yang disebaliknya. Didalam kes diatas, kita lihat catatan yang seterusnya;
At this point in time, the Mandailings were probably thinking of their safety and their existence as a people. A life of warfare, from the Padri War in Sumatra to all the wars on the peninsula, was not the way to bring up a family and guarantee their survival. Although in Pahang and Selangor the Mandailings found themselves fighting against the proxies of the British, in Perak, the Mandailings made a strategic decision to change sides and become British allies. They served as the storm troopers and bounty hunters of the British in the Perak War and were rewarded with mines, lands and positions as tax collectors. In contrast to their previous unsettled existence, they now buka negeri (founded settlements) and became rubber and coffee cultivators. The Mandailings have not quite been forgiven by the Perak Malays for this turnaround, and accusations of treachery still ring out to this day.
(Sumber dari : http://www.mandailing.org/Eng/mandmovtomal.html)

Manakala Ngah Jabar pula adalah salah seorang yang ditangkap dan dibicarakan didalam pembunuhan Birch tersebut. Beliau telah dijatuhkan hukuman penjara seumur hidup diatas peranan yang dimainkan beliau walaupun begitu, tidak jelas dalam mana mana catatan mengenai peranan yang dimainkan oleh beliau. Ada pendapat yang menyatakan bahawa beliau telah dibebaskan disebabkan beliau mempunyai kaitan dengan istana Sultan Perak.(??). Dan tidak berapa lama kemudian timbul satu nama yang ada iras iras dengan nama Ngah Jabar iaitu Panglima Jabarumun atau lebih dikenali sebagai Imam Perang Jabarumun. Adakah beliau orang yang sama?

Gambar diatas adalah pasukan orang orang Mandailing yang dikerah oleh British pada tahun 1892 (kira kira 16 tahun selepas pembunuhan Birch) yang diketuai oleh Imam Perang Jabarumun untuk menentang kebangkitan orang orang Melayu menentang British di Pahang yang diketuai oleh Tok Gajah, Datuk Bahaman, Datuk Lela, Mat Kilau dan lain lain pahlawan.

Adakah beliau orang yang sama? Walaubagaimanapun, tidak ada bukti bertulis yang boleh mengaitkan dan menyatakan beliau adalah orang yang sama yang dipinjamkan oleh Raja Asal didalam perancangan pembunuhan Birch. Jika beliau bukanlah orang sama, maka adakah Ngah Jabar mati didalam penjara? Adakah berita kematian beliau didalam penjara dihebahkan kepada umum? Tidakah berita kematian salah seorang pembunuh Birch didalam penjara adalah berita besar?

Thursday, August 13, 2009

Senjata Senjata Kebesaran Negeri Perak

6 senjata kebesaran Negeri Perak yang terdiri dari keris dan golok perak


Salam sejahtera..! Semoga saudara dan saudari dirahmati Allah SWT selalu. Topik penulisan pada kali ini masih sama dengan penulisan sebelum ini, iaitu mengenai alat alat kebesaran Kerajaan Negeri Perak, tetapi lebih menjurus kepada senjata senjata kebesaran. Aku telah terjumpa gambar diatas didalam buku British Malaya, ditulis oleh Frank A Swettenham. Walaubagaimanapun tidak ada penerangan terperinci berkaitan senjata yang dirampas, melainkan hanya ditulis Keris dan sarung yang disalut emas yang merupakan sebahagian daripada peralatan kebesaran negeri Perak. Cuba saudara dan saudari bandingkan gambar diatas dengan gambar dibawah. Aku pasti keenam senjata diatas ada didalam gambar gambar dibawah. Dan aku pasti juga gambar diatas dan gambar dibawah diambil pada hari yang sama dan ditempat yang sama.

Mengikut buku tersebut, senjata dan peralatan kebesaran diatas adalah senjata dan peralatan kebesaran yang dirampas daripada Sultan Ismail setelah Baginda dan pengikutnya menyerah diri kepada Sultan Kedah setelah pembunuhan JWW Birch. Setelah menyerah diri, baginda dan pengikutnya seramai 18 orang telah dihantar ke Pulau Pinang dan seterusnya ke Singapura, sebelum menetap Di Sekudai, Johor, dibawah naungan Maharaja Johor. Mengikut tertibnya dan berdasarkan kepada tanggungjawab, kesemua senjata senjata kebesaran mestilah berada dibawah tanggungjawab dan jagaan Datuk Maharajalela Pandak Lam. Semasa Datuk Pandak Lam dan pengikutnya melarikan diri bersama sama Sultan Ismail setelah pembunuhan Birch pada 12 Nov 1875 diPasir Salak, senjata senjata tersebut masih dalam jagaan beliau dan pengikutnya.

Sultan Abdullah bersama sama pembesar dan pengikutnya mengikut lukisan R. Knight. Berdiri paling kiri sekali adalah Datuk Maharajalela Pandak Lam dan berdiri kanan sekali adalah Datuk Sagor Ngah Kamdin.

Setelah Sultan Ismail membuat keputusan untuk menyerah diri setelah ramai pengikutnya tercedera, sakit dan anak anak serta kaum perempuan mengalami kesengsaraan yang teruk didalam hutan, Datuk Maharajalela Pandak Lam telah bertekad untuk berpisah dengan kumpulan Sultan Ismail dan masih mahu meneruskan pelarian mereka sehinggalah mereka menyerah diri pada 30 Julai 1876, setelah dijanjikan perbicaraan yang adil oleh British. Walaupun begitu Datuk Maharajalela tidak membawa bersama sama nya peralatan kebesaran tersebut tetapi telah menyerahkan kepada Sultan Ismail. Pihak British telah merampas peralatan tersebut daripada Sultan Ismail dan bercadang untuk membawa balik peralatan kebesaran tersebut ke England. Walaubagaimanapun, mengikut cerita yang tidak bertulis, Raja Yusuf, pemangku Sultan ketika itu telah memohon kepada British agar tidak membawa peralatan tersebut ke England. Ini kerana tanpa adanya peralatan tersebut, Raja Yusuf tidak mungkin dapat ditabalkan mengikut peraturan dan adat Negeri Perak.

Persoalan Yang timbul
Setelah aku semak dalam web berikut http://sultan.perak.gov.my/bahasa/kandungan.html tidak terdapat kesemua senjata senjata seperti dalam gambar diatas iaitu senjata bernombor 1, 2, 4, 5 dan 6. Hanya senjata nombor 3 iaitu Keris Taming Sari sahaja yang ada sampai sekarang.

Mengikut http://rajakita.perak.gov.my/bmalat.html terdapat beberapa peralatan yang telah hilang semasa pemindahan Sultan Ismail dari istana di Belanja :Walau bagaimanapun terdapat beberapa alat asal yang telah hilang dalam peredaran zaman. Antaranya yang hilang semasa Sultan Ismail Shah (1871-1874), Sultan yang ke-25, memindahkannya dari istana pada tahun 1874 termasuklah Mundam, iaitu mangkuk emas bertatah permata disekeliling bikar dan beralaskan pinggan emas, dan tali pinggang yang diperbuat daripada enam belas keping cakera yang bercantum. Kalau saudara dan saudari perhatikan betul betul dalam gambar diatas daripada buku Frank A Swenttenham, kesemua peralatan peralatan kebesaran Negeri Perak adalah lengkap semasa dirampas daripada Sultan Ismail.

Fakta :
Peralatan kebesaran yang dirampas dari Sultan Ismail oleh British, setelah menyerah diri adalah lengkap, begitu juga senjata senjata kebesaran yang dijaga oleh Datuk Maharajalela setelah diserahkan kepada baginda. Bukti peralatan tersebut lengkap adalah dari gambar yang diambil oleh Frank A Swenttenham didalam bukunya. Gambar tersebut diambil setelah peralatan tersebut dirampas.

Persoalan :
1. Adakah British menyerahkan kesemua peralatan kebesaran tersebut kepada pemangku Sultan, Raja Yusuf?
2. Jika peralatan tersebut tidak diserahkan kesemuanya kepada Raja Yusuf, British adalah pihak yang bertanggungjawab kerana peralatan tersebut adalah didalam jagaan mereka. Kemungkinan besar, perlatan yang tidak diserahkan telah dibawa balik ke England
3. Jika peralatan tersebut telah diserahkan kesemuanya, kemungkinan peralatan tersebut telah tidak digunakan kembali atas sebab sebab yang tertentu samada sebab politik atau peribadi. Persoalanya, siapakah yang menyimpanya?
4. Peralatan kebesaran, terutamanya senjata, adalah bukan setakat lambang kebesaran sahaja kerana senjata adalah pakaian kaum lelaki dan akan membuktikan samada raja raja yang menjadi Sultan itu adalah berdaulat atau tidak. Itulah sebabnya peralatan kebesaran terutamanya senjata menjadi rebutan Sultan Ismail, Sultan Abdulah dan Sultan Yusuf. Tanpa senjata senjata tersebut, apakah kesanya?


Aku berpendapat, pihak yang bertanggungjawab haruslah menyiasat lebih lanjut dan mencari dimanakah senjata senjata tersebut berada. Jika berada ditangan atau di Muzium di England, wajiblah kita mendapatkanya kembali kerana ianya adalah hak kita yang dirampas. Cukuplah hasil bumi dirampas, janganlah lambang kita pun dirampas. Jika peralatan tersebut tidak dibawa ke England dan berada ditangan yang tidak sepatutnya didalam negara kita, wajiblah dikembalikan kepada yang berhak kerana tidak akan mampu yang bukan haknya memikul senjata senjata tersebut..!

Thursday, August 6, 2009

Alat Alat Kebesaran Negeri Perak

Salam Sejahtera...!! Gambar dibawah adalah alat alat kebesaran Negeri Perak yang telah direkodkan oleh penulis buku Arnold Wright pada tahun 1908. Sultan Abdullah (semasa itu Raja Muda Abdullah) tidak hadir ke Sayong untuk menghadiri pengkebumian Sultan Ali dan seterusnya penabalan beliau. Alat alat kebesaran Negeri Perak semasa itu berada di Sayong, diistana Sultan Ali. Bagi pertabalan Sultan Perak, alat alat kebesaran ini adalah menjadi "Wajib" untuk digunakan semasa penabalan. Apakah mungkin Raja Muda Abdullah, semasa itu berada di Batak Rabit, daerah Teluk Intan, ditabalkan jika alat alat kebesaran tidak berada didalam kawalanya sedangkan berlaku permusuhan dengan Raja Bendahara, Menteri Ngah Ibrahim dan Raja Yusuf.

Sumber gambar : Twentieth century impressions of British Malaya: its history, people, commerce, industries, and resources. Author: Wright, Arnold


Apakah yang sebenarnya terjadi? Berikut adalah petikan kisah punca bencana dari sumber http://sultan.perak.gov.my:

Pada masa pemerintahan Baginda Sultan Ali, yang menjadi Bendahara Perak ialah Raja Ismail, putera Saiyed Syeikh Al-Khairat, Raja dari Siak dan Raja Mudanya ialah Raja Muda Abdullah Ibni Almarhum Sultan Ja'afar Mu'azzam Shah.

Pada tahun 1870, Raja Muda Abdullah telah memajakkan suatu kawasan di Kerian kepada seorang Eropah bernama Edward Bacon dari Pulau Pinang, tanpa persetujuan Sultan Ali. Menteri Ngah Ibrahim menjadi marah kerana kawasan Kerian adalah Daerah Larut, kepunyaannya.

Kemangkatan Sultan Ali tidak berganti, maka Istiadat Permakaman jenazah baginda tergendala selama empat puluh hari. Setelah sebulan lamanya jenazah Almarhum Sultan Ali terbujur tanpa dikebumikan akhirnya Orang-orang besar Perak berkumpul di Sayong dan mengambil keputusan memakamkan Almarhum Sultan Ali. Pada 28 Jun, 1871 Raja Bendahara Ismail dilantik menjadi Sultan Perak Yang ke-25 bergelar Sultan Ismail Mu'abidin Riayat Shah.

Jenazah Almarhum Sultan Ali lambat dimakamkan kerana pada masa itu Menteri Ngah Ibrahim seorang yang kaya dan berpengaruh di Negeri Perak sedang berselisih dengan Raja Muda Abdullah. Menteri Ngah Ibrahim bersetuju Raja Bendahara Ismail dilantik menjadi Sultan Perak. Semasa pemerintahan Sultan Ismail, berlaku perselisihan antara kerabat di-Raja Perak terutama di antara Sultan Ismail (di Belanja) Raja Muda Abdullah (di Batak Rabit) Raja Yusuf (di Senggang) dan Menteri Ngah Ibrahim (di Larut).

Ketiga-tiga orang Raja itu masing-masing mengaku diri sendiri lebih berhak mewarisi takhta Kerajaan Negeri Perak dan Menteri Ngah Ibrahim pula menganggap daerah Larut itu kepunyaannya sendiri.


Setelah perlantikan Sultan Ismail, alat alat kebesaran masih didalam simpanan baginda. Begitu juga setelah perjanjian Pangkor, setelah Sultan Abdullah memanggil Inggeris untuk membantu beliau mendapatkan takhta kembali, dan Inggeris pula seperti "orang yang mengantuk disorongkan bantal" atau "orang kebulur dihulurkan nasi sepinggan", telah campurtangan dalam hal ehwal diraja di Perak. Inggeris
didalam Perjanjian Pangkor tersebut telah "menurunkan" atau dalam istilah lain "Menurunkan Takhta" Sultan Ismail dan memberikan Takhta tersebut kepada Sultan Abdullah sebagai Sultan Perak ke 26, walaupun tanpa kehadiran Sultan Ismail semasa menandatangani perjanjian tersebut. Siapakah Inggeris yang berkuasa menurunkan takhta Sultan Melayu? Dari keturunan Iskandarkah dia? Dari keturunan Bukit Siguntang kah dia? Walaupun Sultan Ismail tidak lagi menjadi Sultan, namun beliau masih lagi menyimpan semua alat alat kebesaran Negeri Perak dan Sultan Abdullah telah ditabalkan tanpa melalui proses kebiasaan adat penabalan dan penggunaan alat alat kebesaran Negeri Perak.

Semasa penyerah Sultan Ismail diri di Kedah,
penulis "Perak and the Malays" Mc Nair, John Frederick Adolphus telah menulis seperti berikut; The Perak regalia, which was captured with ex- Sultan Ismail, consisted, besides elephants, nierey of a few golden krises, swords, bells, dragons, and various gold and silver articles of a personal character. - page 413

Setelah Sultan Ismail dibuang negeri ke Sekudai Johor, Sir William Jervois, dalam bulan March 1877 telah mengeluarkan pengistiharan sebagai menggantikan pengistiharan yang dibuat oleh Sir Andrew Clarke pada tahun 1874 semasa melantik Sultan Abdullah seperti berikut;
NOW BE IT KNOWN TO ALL MEN, that Abdullah has ceased to be Sultan of Perak, and that the Government of the State of Perak is, for the present, conducted by the Rajah Yusuf, son of the late Sultan Abdullah Mahomed Shah, as the Chief Native authority in the State. Rajah Yusuf, heretofore mentioned as the Rajah Muda, was thus made ruler of Perak, the government being carried on in his name, and with the aid and advice of a Resident-Mr. Hugh Low receiving the onerous appointment.

Sultan Yusuf dilantik oleh Inggeris atas jasanya seperti kenyataan berikut : Yusuf gained the confidence of the British Government by the way in which he refused to join in the contemptible little plots of the chiefs against Mr. Birch, and also by the spirited way in which he came forward with his following of friendly Malays to aid in the capture of the variois fugitives, and in the pacification of the country

Alat alat kebesaran telah tidak dibawa ke England tetapi telah diserahkan kepada Sultan Yusuf untuk simpanan oleh kerajaan Negeri Perak. Gambar gambar dari halaman http://sultan.perak.gov.my/bahasa/keris_taming.htm, menunjukan ada persamaan dalam gambar yang diambil dalam tahun 1908 dan butiran yang ditulis didalam Buku "Perak and Malay"


Keris Taming Sari dalam gambar 1908, adalah keris yang terkeluar sedikit dari sarungnya.


Pontoh berkepala Naga. Munkin ini yang dimaksudkan dalam buku "Perak and Malay" sebagai "Dragon"


Sundang atau Keris panjang njuga ada dalam gambar tahun 1908


"Puan" atau bekas sireh


Batil Emas dari Aceh dan digunakan dalam upacara "berlimau besar"


Tuesday, August 4, 2009

Sultan Ismail, Ahli Keluarga Dan Penyokong Dibuang negeri ke Sekudai, Johor.


Dato Maharajalela Pandak Lam Bin Lela Tok Maulud, orang kuat bekas Sultan Ismail. Beliau dikatakan boleh bekerjasama dengan kedua dua Sultan Abdullah dan bekas Sultan Ismail.



Salam sejahtera..! Setelah pembunuhan Birch, Sultan Ismail, ahli keluarganya dan penyokong penyokongnya telah melarikan diri bersama sama dengan alat alat kebesaran negeri Perak. Dato Maharajalela Pandak Lam telah bersama sama didalam kumpulan yang boleh dikatakan "besar". Dari istana baginda di Belanja, rombongan telah bergerak ke Kinta dengan dikejar dari belakang oleh polis Inggeris yang lengkap bersenjata meriam dan senjata api. Dari Kinta, rombongan telah bergerak ke Hulu Perak, terus ke sempadan dengan Pattani. Tentera Inggeris pula disokong oleh askar askar Sepoi (Benggali), Gurkha, askar upahan dari kalangan orang melayu. Manakala rancangan untuk mengepung dan menangkap Sultan Ismail dan kumpulanya telah dirancang dari Pulau Pinang dengan sokongan dari Raja Muda Yusuf dan pasukan dari negeri Kedah seperti diterangkan dalam;
"For a whole month longer, however, Ismail and the remnant of his followers remained at liberty near the head of the Perak river; until, feeling that if they Were permitted to remain unmolested in their retreat, they would form the nucleus of a fresh disturbance, the Governor sent orders to Penang for another effort to be made from that settlement to effect the ex- Sultan's capture. The plan proposed was that, after obtaining information as to the exact whereabouts of the fugitives, three combined movements should be flade-by Malays under Rajah Muda Yusuf, by men from Salama, and a force from Quedah" - Page 405
Sumber dipetik dari Title: Perak and the Malays
Author: McNair, John Frederick Adolphus, 1828-1910

Pihak Inggeris telah menulis kepada kerajaan Siam untuk tidak membenarkan bekas Sultan Ismail masuk ke Pattani, Raja Siam telah mengarahkan orang orang Pattani untuk menurut dan melaksanakan arahan tersebut. Walaubagaimanapun, orang orang Pattani telah tidak menlaksanakan arahan tersebut, seperti dibawah;
In accordance with these orders, an expedition started, under Mr. Hewick, the Assistant-superin- tendent of Police of Province Wellesley; and he soon found, by the action taken by the Patani men, that the orders of the king of Siam for the prevenfion of the entrance of the fugitives into his province had been stringent: but they acted in a double-edged manner; for the instructions being to the authorities to prevent all Perak men from entering Patani terri- tory, and as there was no road from Perak o Quedab that did not pass through Patani, the whole expedition with its Perak men, was brought to a standstill. While matters were in this state news was brought in that Ismail was wearied out and ready to give himself up, and was on the frontier waiting. There were still some difficulties to get over, as now there was a chance of hindrance being thrown iU the way of the capture; for the Patani men showed a disposition to meddle, and sent parties out to interfere. - page 406

Bekas Sultan Ismail akhirnya telah membuat keputusan untuk menyerah diri kepada Sultan Kedah kerana bimbangkan keselamatan dan kesihatan pengikut pengikutnya yang telah ramai sakit dan tercedera didalam hutan. Diantara pengikutnya ada yang telah mati semasa peperangan dengan Inggeris semasa dikejar, ada yang sakit dan tidak meneruskan perjalanan. Jumlah kesemua ahli keluarga dan pengikut bekas Sultan Ismail adalah seramai 170 orang termasuk wanita dan kanak kanak, walaubagaimanapun kumpulan ini tidak termasuk Dato Maharajalela Pandak Lam dan pengikut pengikutnya yang masih meneruskan usaha daripada ditangkap oleh Inggeris diHulu Perak.
By a little judicious management, however, Mr. Hewick, had Ismail taken to a place called Cheeab, and following him there, found him encamped in the jungle with his people, to the extent of about one hundred and seventy men, women, and children. - page 406

Setelah itu mereka dibawa ke pelabuhan Kuala Muda, dari seramai 170 orang, hanya seramai 18 orang sahaja, dari kalangan ketua, pengikutnya serta bekas Sultan Ismail dan kesemua alat alat kebesaran Negeri Perak telah dibawa kePulau Pinang.
The march was afterwards continued to Qualla Muda, where the ex-Sultan, the regalia, and the chiefs and followers, to the number of eighteen, were embarked and taken to Penang, while the women and children and twenty Seven elephants were left in Quedah. It seems that the sufferings of Ismail and his followers must have been very severe; for when he rendered he was in a destitute condition, his people emaciated, many of them ill, while many more had been left behind in the jungle and had died off. - page 410


Tidak mudah untuk bergerak didalam hutan tebal tebal dengan seramai 400 - 500 orang termasuk wanita dan kanak kanak disamping tekanan dan ancaman dari sebelah belakang oleh Inggeris dari Belanja - Kinta - Hulu Perak - sempadan Pattani - Kuala Muda.

Dari Pulau Pinang, bekas Sultan Ismail, ketua dan pengikutnya seramai 18 orang telah dibuang negeri ke Sekudai, Johor. Sultan Johor telah mengambil tanggung jawab untuk memastikan
bekas Sultan Ismail tidak akan campurtangan dalam masa depan negeri Perak. Semasa dalam pembuangan, perbelanjaan hidup disediakan oleh Sultan Johor melalui pembiayaan wang dari negeri Perak.
The circumstances of the case against Sultan Ismail and his following were considered sufficient also to justify their continued detention at Johore, Where the Maharajah undertook to provide against their being intrigued with in connection with the future affairs of Perak; while for the maintenance of the various chiefs provision was arranged for out of the revenue of Perak. In connection with these arrangements, a procla- rnation was issued by Sir William Jervois, in March - page 411

Diantara barang barang kebesaran negeri Perak yang dirampas dari bekas Sultan Ismail adalah seperti berikut;
1. Gajah - 27 ekor yang masih hidup dan ditinggalkan di Kedah
2. Beberapa Keris emas
3. beberapa Pedang
4. Loceng atau Genta
5. Naga..??(kemungkinan patung naga yang diperbuat dari emas)
6. Beberapa barangan yang diperbuat dari emas dan perak.
Nota: Barangan ini tidak termasuk daripada pembesar pembesar lain yang dirampas dan tidak direkod. Yang direkodkan hanyalah barangan rasmi kerajaan negeri Perak. Barangan ini kesemuanya dibawa keEngland. Walaubagaimanapun, ada pendapat yang menyatakan barangan ini tidak dibawa kesana. Ini tidak dapat disahkan.
The Perak regalia, which was captured with ex- Sultan Ismail, consisted, besides elephants, nierey of a few golden krises, swords, bells, dragons, and various gold and silver articles of a personal character. - page 413


Makam makam Sultan Ismail, ahli keluarga dan pengikut di Makam Mahmoodiah, Johor.

Setelah seminggu, aku asyik terfikir akan siapakah yang mengikut Sultan Ismail ke Sekudai? Pagi tadi, aku pun pergi lagi sekali ke sana. Jumpa lagi sekali pakcik yang aku jumpa hari itu, namaya Pakcik Bacuk, penjaga makam Diraja Johor. Aku bertanya lagi apa yang aku nak tahu daripada beliau. Mengikut Pakcik bacuk, batu batu nesan yang ada disekeliling Pusara Sultan Ismail berlainan sedikit dari yang lain. Batu nesan yang begitu menandakan mereka adalah dari kerabat yang sama. Seperti gambar dibawah, semua yang berwarna gelap adalah dari waktu yang sama, manakala jika ada makam yang ada binaa, itu adalah makam baru. Jadi aku pun periksalah kesemua batu nesan yang ada disekeliling pusara makam Sultan Ismail




Sayangnya, kebanyakan batu nesan yang ada tidak mempunyai nama diatasnya. Ada beberapa batu nesan yang mempunyai tetapi telah kabur dan berlumut. Mungkin kalau dicat kan dengan cat berwarna hitam, mungkin akan diketahui siapakah gerangan yang empunya. Aku teringat juga hendak pergi ke Jabatan Ugama Islam atau Jabatan yang mengendalikan Perkuburan Mahmoodiah untuk menyemak daftar pengkebumian, tapi bila difikirkan kembali, makam makam yang ada ini telah ada semenjak 80 -100 tahun dahulu, tidak mungkin mereka ada rekod yang sempurna dan masa yang aku ada pun terhad (hehe...itu sebab yang sebenarnya pun..!)



Walaubagaimanapun, dibahagian bawah kaki makam Sultan Ismail terdapat 3 makam yang batu nesanya ada bertulis, aku pun apa lagi, ambil rumput kering dan tanah yang ada di kawasan sekitar lalu aku gosok pada batu nesan tersebut. Nah....! Bacalah seperti gambar dibawah..!!



Aku tak dapat nak baca.....macam ANJANG... aku takut salah..! Mari kita sama sama membacanya. Tinggalkan bacaan saudara dan saudari didalam ruangan komen.



Makam yang ini bertulis :
RAJA AISHA BINTI RAJA ANDAK - PERAK
Kalau tak silap, setelah aku semak dengan Royal Ark, salasilah nama ini seperti berikut ;
RAJA AISHA BINTI RAJA ANDAK BIN RAJA ISMAIL BIN RAJA KULOP MOHAMMAD KRAMAT BIN RAJA ALANG ISKANDAR. Kalau ada pembaca yang merasakan salasilah ini salah harap betulkan saya.



Tulisan pada batu nesan ini, aku tidak dapat baca juga.

Pada sesiapa yang ada kaitan dengan makam makam diatas, semoga keterangan diatas dapat membantu. Pada yang tidak mengetahui sejarah pelarian Sultan Ismail, semoga cerita diatas dapat mencerahkan.