Thursday, May 7, 2009

Keris Lama Ditemui Di Kepulauan Ryukyus, Okinawa, Jepun


Berita penemuan keris di kepulauan Ryukyus, Okinawa, Jepun, ini bukanlah cerita baru tapi telah berlaku pada tahun 2003 dahulu. Cerita tersebut telah disiarkan oleh akhbar STAR dan telah banyak web dan bloggers menulis mengenainya. Tapi bagus juga aku tulis ini supaya kita boleh merenungkanya kembali berita penemuan keris tersebut.


Kuil Diraja Enkakuji, dikepulauan Ryukyus dimana Keris tersebut ditemui tertanam.

Kepulauan Ryukyus Okinawa pada masa dahulu dihuni oleh bangsa bernama RYUKYUS dan mempunyai Raja dan bahasa mereka sendiri, Raja yang memerintah dikenali sebagai dinasti Sho. Namun mereka lebih berkiblatkan kepada Kerajaan Dinasti Ming sebelum ditakluki oleh Shimazu Clan dari Pulau Kyushu, Jepun pada tahun 1609. Mereka ini adalah pelayar dan berniaga keserata tempat di Nusantara, ini termasuk lah juga ke Melaka pada 40 - 50 tahun sebelum kedatangan Portugis, antara 1463 - 1511.


Gambar diatas adalah Keris yang dijumpai tersebut yang mungkin juga adalah pemberian dari Sultan Melaka atau negeri Melayu kepada Raja Ryukyus sebagai tanda persehabatan. Kemungkinan ini adalah kerana keris tersebut tertanam di sebuah kuil kepunyaan diraja Ryukyus.

Berita selanjutnya dalam bahasa Inggeris boleh didapati disini ; http://thestar.com.my/news/story.asp?file=/2003/6/26/nation/drkeris&sec=nation

Begitulah hebatnya Kerajaan Melayu zaman dahulu hinggakan ramai pedagang pedagang datang berniaga ke Melaka dan kepulauan Melayu.

Wednesday, May 6, 2009

Musa AS, Firaun Ramses 2 dan Ahli Ahli Poltik..!!!

Kenderaan perang Firaun Ramses 2

Marilah kita renungkan apa kah yang terjadi kepada orang orang yang bongkak, zalim, sombong dan lupa kepada kekuasaan Allah SWT dengan mengaku dirinya adalah Tuhan. Kisah yang berlaku lebih kurang 3500 tahun dahulu telah dibuktikan kebenaranya oleh Al Quraan dengan penemuan roda kenderaan perang (Chariot wheel) tentera Firaun dilaut Teluk Aqaba.


"Dan Kami bawakan Bani Israil ke seberang Laut Merah, lalu dikejar oleh Firaun dan tenteranya, dengan tujuan melakukan kezaliman dan pencerobohan, sehingga apabila Firaun hampir tenggelam berkatalah ia (pada saat yang genting itu): "Aku percaya, bahawa tiada Tuhan melainkan yang dipercayai oleh Bani Israil, dan aku adalah dari orang-orang yang berserah diri (menurut perintah)". (Surah Yunos : Ayat 90)

(Allah berfirman): "Adakah sekarang (baharu engkau beriman), padahal sesungguhnya engkau dari dahulu telah kufur derhaka, dan engkau telahpun menjadi dari orang-orang yang melakukan kerosakan?. (Surah Yunos : Ayat 91)

Bukit Sinai di Saudi Arabia (Bulatan kuning) manakala bulatan biru adalah tempat dimana laut teluk Aqaba dibelah dengan pukulan tongkat oleh Nabi Musa AS dan terbentang lah jambatan.


"Maka pada hari ini, Kami biarkan engkau (hai Firaun) terlepas dengan badanmu (yang tidak bernyawa, daripada ditelan laut), untuk men
jadi tanda bagi orang-orang yang di belakangmu (supaya mereka mengambil itibar). Dan (ingatlah) sesungguhnya kebanyakan manusia lalai daripada (memerhati dan memikirkan) tanda-tanda kekuasaan Kami!". (Surah Yunos : Ayat 92)

Jambatan yang diseberang oleh Nabi Musa AS dan pengikutnya dari Bani Israel.


Dan berlaku sombong takburlah Firaun dan tenteranya di negeri itu dengan tiada alasan yang benar, dan mereka menyangka bahawa mereka tidak akan dikembalikan kepada Kami. (Surah Al Qasas : Ayat 39)

Dengan sebab itu Kami mengepungnya bersama-sama tenteranya serta Kami humbankan mereka ke dalam laut; maka perhatikanlah bagaimana buruknya kesudahan orang-orang yang zalim. (Surah Al Qasas : Ayat 40)
Maka Firaun pun berkira hendak mengusir mereka dari bumi (Mesir) lalu Kami tenggelamkan dia bersama-sama pengikut-pengikutnya seluruhnya.(Surah Al Israa' : Ayat 103)

Roda kenderaan perang (Chariot wheel) didasar laut Teluk Aqaba


Mumia Ramses 2

Lihatlah, dalam Surah Yunos ayat 92, Allah SWT telah menyuruh kita supaya mengambil iktibar dari kisah ini. Benar lah kata kata Allah SWT, mana mana hambanya yang bongkak, sombong, zalim dan berbangga diri, Pasti akan menerima balasanya setimpal dengan apa yang dilakukanya. Bagi mana mana hambanya yang mengejar KEKUASAAN melalui politik di Tanah Melayu ini, setelah kamu mendapat apa yang kamu kejarkan itu, peganglah amanah itu dengan berpandukan Al Quraan dan Al Sunnah dengan sekuat kuatnya. Jangan lah kamu lupa diri dan amanah ini. Pilihlah,....samada kamu mau menjadikan Musa AS atau Firaun Ramses sebagai sahabat kamu..!!

Tuesday, May 5, 2009

Kapal terbang dengan kapal Selam Dah Ada diZaman Firaun?

Moh nengok gambo teman "copy" dan "paste" dari web ini.


Mengikut web tersebut, gambo ini dema dapat dari sebuah kuil Firaun dinegeri Mesir. Nun jauh disudut atas dalam kuil tersebut, terdapat ukiran ukiran yang melambangkan kenderaan zaman sekarang, telah terpahat disitu. Siapa yang memahatnya?


Ini macam bentuk kapal terbang. Tapi dengan hanya seorang pemandu.

Ini macam bentuk kapalselam, macam bentuk "test pen" pun ada...hehe.

Moh kome semua, bagi komen, apa kebendanya ni wehhhh....!! Teman nengok pun pelik...hehe. Betul ke dema ini ada semua ini atau cuma ini sebahagian daripada cerita khayalan dema aja.

Kepentingan Berdoa

Salam sejahtera, semoga saudara dan saudari didalam lindungan Allah SWT jua...! Itulah doa aku kepada saudara dan saudari semua..!

Lama juga aku cuti menulis ek..? Dah masuk 2 purnama....wuyooo...lama wooo..! Minta maaflah saudara dan saudari, almaklum lah, kesebukan bekerja dan lain lain hal yang tak dapat aku elakan, sampaikan nak menulis pun malas...hehe...(elehhhh....alasannnn..!!)

Okay, hari ini nak menulis sedikit mengenai kepentingan berdoa, bukan aku nak jadi ustaz dan bersyarah macamana nak berdoa, macamana nak doa dimakbulkan dan lain lain lagi, itu semua saudara dan saudari boleh lah cari orang yang lebih ariff dan dalam kitab kitab pun banyak. Cuma aku nak petik sedikit makna doa iaitu; Sabda Rasullullah "Doa adalah inti ibadah". "Jauhilah gelombang bencana dengan berdoa" kata Imam Ali bin Abi Thalib.

Apakah saudara dan saudari terfikir dan perhatikan, negara kita, Malaysia ini adalah sebuah negara yang aman dan terlindung dari, ribut taufan, banjir yang teramat besar, tsunami, gempa bumi, tanah runtuh, kemarau yang berpanjangan dan lain lain musibah yang dialami oleh negara negara lain? Tidak kah rakyat Malaysia, samada yang berugama Islam atau tidak, Melayu, Cina India dan lain lain bangsa terfikir akan semua ini? Mungkin yang tidak berugama Islam akan bersangka dan berpendapat bahawa, memang Malaysia ini sudah semulajadinya terletak ditempat yang sememang nya selamt dan jauh dari bahaya bahaya diatas dan mungkin yang berugama Islam, ada juga yang berfikiran sebegitu.

Dari segi zahirnya, memang lah begitu, tetapi dari hakikatnya, keamanan, keselamatan, kemakmuran dan ketenteraman sesebuah negara atau tempat itu adalah disebabkan olah doa atau permohonan yang dipanjatkan oleh penduduk sesebuat tempat itu, samada oleh orang orang yang berugama Islam atau tidak, ini kerana Rahmat Allah SWT meliputi seluruh alam ini dan juga kepada orang yang berugama Islam atau tidak.


Berbalik kepada negara kita, selama ini tidak pernah terjadi bahaya dan bencana yang ketara kepada negara kita. Selama ini, tidak pernah terdengar gempa bumi yang bersekala kuat, tsunami yang tepat ke tanah kita, Taufan yang berskil besar, kemarau teruk yang berpanjangan dan lain lain bencana lagi. Tetapi, terdapat tanda tanda amaran seperti tsunami yang kecil dan tidak tepat, ribut bersekala kecil dan yang terbaharu gempa bumi kecil di kawasan Bukit Tinggi, Bentong dan Manjung. Memanglah kalau dilihat dari sudut saintifik gempa kecil ini adalah disebabkan oleh gerakan bawah bumi. Tetapi ianya semakin kerap, dalam masa 2 tahun telah terdapat 4 - 5 gerakan. Apakah tandanya dari pandangan hakikat? Semua ini ada kaitan nya dengan doa yang dipanjatkan samada oleh individu atau jemaah samada semasa dan selepas sholat, semasa perhimpunan mendapatkan ilmu dan lain lain aktiviti yang memohon kepada Allah SWT agar deselamatkan dari bencana. Ini termasuklah juga doa doa yang dipanjatkan oleh para para Wali yang kita tidak ketahui siapa mereka itu.

Dalam satu ceramah sempena Maulidur Rasul bulan lepas ditempat aku, penceramah berkata bahawa "Selagi ada umat yang mendoakan keselamatan dan keamanan kepada tanahair kita, maka, selagi itulah negara kita ini akan terselamat dan dilindungi. Dan, buat masa ini masih ada lagi walaupun bilangan nya telah banyak berkurangan, mereka ini yang mendoakan keselamatan dan kesejahteraan umat didalam negara ini. Tetapi, dikhuatiri, dalam masa 10 - 15 tahun lagi, bilangan yang sedikit ini akan pupus dan yang tinggal hanyalah ramai alim ulamak dan ustaz yang hidup dan beramal atas dasar materialistik. Maka, dimasa itu hampirlah sudah bencana dan bala dari Allah SWT" Semoga kita melihat apa yang diatas sebagai peringatan daripada Allah SWT kepada umat Islam di Malysia ini.

Dengan banyaknya fitnah, hasad dengki, terlalu banyak menyayangi harta benda, gila kepada kuasa, merebutkan peluang mengaut duit dan keuntungan dari kuasa politik dan lain lain lagi penyakit penyakit yang melupakan umat manusia ini dari pada tujuan dia dijadikan Allah SWT di bumi ini, aku khuatir, semasa kita leka dan lewa, negara kita akan digegarkan dengan gegaran dan bala yang lebih dahsyat lagi tanpa mengira ramai atau sedikit umat islam disesuatu tempat itu kerana bala dan bencana dari Allah SWT tidak mengira semua itu. Nauzubillahiminzalik!