Showing posts with label Merbawi's story. Show all posts
Showing posts with label Merbawi's story. Show all posts

Monday, June 14, 2010

Hikayat Kushing

Ini adalah kushing kushing (hehe) peliharaan anak anak saudara aku. Kucing kucing ini adalah kucing parsi agaknya sebab dema pakai baju "kot" tebal, sesuai untuk cuaca sejuk. Yang pasti, dema ini memang kuat minum, maklumler baju kot tu tebal...heheh! Yang betina namanya Bingxi dan jantan, Bobo.


Bingxi


Bobo Sr.




Ini gambar dema waktu dema bersanding tahun lepas. Hantaranya idak ler mahe bebenor, hanya ikan goreng seketul, tapi mesti ler ikan yang dicuri. Baru baru ini dema riuh pada waktu malam, rupa rupanya dema tengah kawen..! Setelah sekian lama, ini lah hasilnya.......seperti gambo dibawah ini......




Bingxi telah melahirkan 2 ekor anak, malangnya seekor telah mati semasa diberanakan. Mengikut laporan, doktor bidan terjun yang menyambut anak anak kucing tersebut telah panik dan tidak tahu nak buat macamana untuk menyelamatkan anak kucing tersebut yang kepalanya diselaputi oleh selaput tembuninya, mungkin mati lemas dan doktor tersebut adalah anak saudara aku...! Hanya seekor yang selamat dan ini lah wajahnya setelah 3 purnama dan anak kucing tersebut telah dinamakan Bobo Jr.



Ini wajah setelah 3 bulan. Cute eh?



Wednesday, May 26, 2010

Basikal lumba yang dah lama tak berlumba

Ini adalah basikal lumba lama aku, yang dah lama tak dikayuh. Tiap tiap malam aku nengok dia dan dia nengok aku...! hehehe...! Kalau dulu tiap tiap hari 15 - 20 KM, sekarang dah kurang masa untuk bersenam......adehhh..! Aku bersenam aja dalam opis, kat depan komputer...hahaha! Aku sebenarnya tak minat berbasikal, tapi boss lama aku laa, dia yang tiap tiap hari mengapikan aku. Bila dah cuba...eh ..best plak. maka aku teruskanlah. Itu masa dulu laaaa....! Sekarang, perut pun dah boroi...hahaha!



Basikal ini agak antik sikit sebab dah lama. Masa aku beli dulu pun dah second hand. Lepas tu aku cat balik, kena RM 400. Tukat handle baru, letak speedo meter, 'parts' yang lain masih original.




Ada satu tu aku jatuh tergolek tengah jalan sebab rantai putus dan terus tersangkut digear menyebabkan tayar belakang jam. Nasik baik ada helmet, kalau tak, perghh....! Aku nengok helmet tu bercalar teruk sebelah kanan bahagian depan.





Gear basikal ini dibuat oleh Shimano. nantilah, satu hari nanti nak start balik aktiviti aku ni. Tapi sayang, helmet aku dah kena kebas dengan peminat basikal lumba yang tak berduit...hehehe! Mahal tu, beli kat Singapore, SGD 120...! Pakai helmet motor pun boleh kot...!!!

Friday, March 5, 2010

The Merbawi's Evolution 2



1983 - Class of form 5 science, Sultan Abdul Hamid College, Alor Star.
1st row, Roslan, a Sabahan , next to me, Subadron. Aiyaaa......really
can't remember all their names....sorry friends..!



Class of Form 5 science 3 - Sultan Abdul Hamid College, Alor Star, Kedah.
The only girl in the class is SARAH....!



ITM Malacca 1985 (1st Batch, campus was at Hang Tuah Road).
Playing rugby with the ITM rugby team at Dataran Merdeka,
Bandar Hilir, Malacca. Considering my running speed......
hehe....so I played as a winger.



Closing of Induction night for the 2nd batch - I was among the induction team.


1987, at PWTC with classmate.
From left, Pak Akob (driver) En Shaharuddin (Political science Lecturer), me, Wan Zaini (Penang) Helmi (terengganu) Nazari (KL) Abdul Rahman (Kelantan) Zoolkifli (Perak) Jamaluddin (Selangor) Syed (Johor) Salleh (Johor) and Azlan (Penang)


Monday, March 1, 2010

The Merbawi's Evolution.

It's so funny and very nostalgic to look back at our old photos or the so called the self evolution..! Here is mine, since 1977 till now but unfortunately the photos for 90's were missing from from my keeping. Enjoy it..hehe!




1976


1977


1978


1979


1981


1983


1984


1986


1987


2001

2002


2006



2007



2010


Oppppsss.......sorry, the camera lense is not big enough to cover the whole body....only managed to cover my big belly....hohohohoho...!!!

Saturday, February 20, 2010

Keputusan Pertandingan Mencari Merbawi...hehe..!


Darjah 4 - Tahun 1976


Darjah 5 - Tahun 1977

Darjah 6 - Tahun 1978

Peneka yang meneka dengan tepat ...adalah....jeng...jeng...jeng....Perpatih Tulus dan Puteri Lindungan Bulan. Syhir juga betul....tapi setelah percubaan yang ketiga...hehehe!!!

Perpatih Tulus meneka dengan tepat mungkin sebab dia pernah berjumpa dengan aku...tapi Puteri Lindungan Bulan....tak pernah berjumpa...tapi telah meneka dengan tepat sekali. Syahir sebab dia selalu dengar suara aku aja, tu pasal kena 3 kali baru betul...hehehe. Jiwa, takut salah....hehehe....langsung tak berani meneka..! Eh Puteri Lindungan Bulan ni sapa plak ..ek??

Syabas kepada pemenang, sila datang ke Johor untuk mengambil hadiah kemenangan anda....ooopssss....lupa nak kabo, disaat akhir hotel di Las Vegas menarik diri dari menjadi sponsor sebab kata dia hotel nya dalam proses baik pulih....hehehe...!

Monday, September 28, 2009

Balik Berhari Raya - Laluan Gelap

Selamat Hari Raya Aidil Fitri. Maaf, Zahir dan Batin kepada semua pembaca. Dalam menyambut hari lebaran, rasanya semua penganut Agama Islam di Malaysia khasnya dan di sebelah asia ini amnya akan cuba sedaya upaya untuk menyambutnya bersama sama keluarga dan orang tua masing masing. Ini termasuk lah juga pekerja pekerja Indonesia yang masuk ke Malaysia secara sah untuk mencari rezeki dengan menggunakan pas kemasukan lawatan sosial untuk duduk selama 30 hari. Setelah bekerja diladang ladang, pembantu kedai dan lain lain sektor, mereka ini telah duduk melebehi 30 hari dan diangap sebagai pendatang haram. Untuk kembali ke Indonesia, mungkin setelah duduk selama 2 - 3 tahun, mereka ini tidak boleh keluar secara sah. Pada kebiasaanya, jika ditangkap mereka akan dihantar kepusat tahanan pendatang haram dan akan dibicarakan dan setelah menjalani hukuman, mereka akan dihantar pulang kenegara masing masing oleh kerajaan Malaysia.

Pantai Desaru, salah satu tempat panas kenaikan dan pendaratan pendatang haram


Salah satu cara yang paling senang dan popular adalah dengan menggunakan jalan laut dari Johor samada dari pantai barat atau timur menghala ke Pulau Batam atau Pulan Bintan dengan menggunakan bot pancung laju atau "speed boat" dengan menggunakan 2 enjin, setiap satu 100 kuasa kuda. Perjalanan akan mengambil masa antara 1.5 - 2.0 jam. Dari pantai timur Johor, banyak terdapat tempat tempat kenaikan atau jeti pantai panas.

Pada 18hb September 2009, hari Jumaat, kira kira 2 hari sebelum hari raya yang lalu, kira kira jam 8.30 pagi aku dikejutkan oleh kakitangan aku yang terdapat kira kira 25 orang pendatang haram sedang berlari dan menyorokan diri didalam semak menghadap pantai, sebelah tempat kerja aku. Aku pun apa lagi, bersama sama kakitangan keselamatan dan kakitangan lain pun berkejarlah ke kawasan pantai. Kelihatan polis Marin sedang mengawal 5 orang pendatang haram yang telah ditangkap dan sedang duduk diatas pantai (4 lelaki dan 1 perempuan)


5 orang pendatang yang telah ditangkap oleh Polis Marin. Kelihatan dibelakang sana, bot pancung yang tersadai dipantai kerana kerosakan enjin. Bot getah diatas adalah bot polis marin. Manakala kapal peronda Polis Marin berlabuh ditengah laut.


Selebihnya lagi seramai 20 orang, tidak dapat ditangkap kerana telah melarikan diri kedalam hutan berhampiran. Mengikut cerita pendatang yang telah ditahan, mereka menaiki bot dari Kuala Sedili dengan 2 buah bot pancung, setiap bot boleh dinaiki antara 25 - 30 orang. Upah yang dikenakan antara RM 500 - RM 1000 seorang. Satu perniagaan yang lumayan..!! Walaubagaimanapun, pada hari tersebut, salah sebuah bot tersebut telah mengalami kerosakan enjin. Ketika mereka sedang mengalihkan penumpang kedalam bot yang sebuah lagi, mereka terserempak dengan Kapal Polis Marin. Kesemua 25 orang tersebut telah terjun dan berenang kepantai, manakala sebuah bot lagi memecut ke Pulau Batam, melalui perairan antarabangsa.

Marah pun ada pada tekong darat dan laut yang menjalankan kerja sebegini, kesian pun ada apabila melihat pendatang pendatang tersebut berbasah dan menyorok kan diri didalam hutan yang berhampiran, sedangkan Hari Raya hanya menjelang lagi 2 hari. Pendatang tersebut telah ditahan dan akan merayakan Aidil Fitri didalam pusat tahanan pendatang haram Pekan Nenas...!! Apa nak dikata...!!

Saturday, November 8, 2008

Bertemu Dengan Mohd Rafi Micheal Jackson..!!

Setelah aku dengan Sani selesai melihat dan mengambil gambar di Kota Johor Lama, dalam lebih kurang pukul 12.45 tengahari, kita orang pun bertolak lah dari Kampung Johor lama. Setelah sampai disimpang keluar dari Kampung Johor lama seperti dalam gambar bawah ini, aku pun berhentikan kereta untuk masuk kejalan besar. Aku pun bagi signal untuk keluar kekanan untuk pergi ke Pekan Telok Sengat yang jaraknya dalam 7 KM dari Kampung Johor Lama




Tiba tiba, entah darimana datangnya satu Hamba Allah ini, tiba tiba aja berada disebelah kanan kereta aku, mengangkat angkat tangan nya menyuruh aku memberhentikan kereta aku. Kawan aku Sani memberitahu aku, "ada orang tahan kereta tu, nak tumpang agaknya". Aku pun berhentikanlah kereta aku kat tengah tengah jalan tu, nasib baik tak ada kereta kat belakang. Hamba Allah ini pula tak sempat sempat tunggu kereta berhenti, terus aja nak buka pintu kereta.

Setelah aku membuka kunci pintu kereta, Hamba Allah ni pun masuklah kedalam kekereta, dia duduk dibahagian belakang. Tiba tiba aku tercium satu bau yang aku kenal. Mak aiiii........bau rokok gudang garam ...semerbak betul baunya....!!! Rupa rupanya dia tengah menghisap rokok semasa berdiri kat tepi jalan tu. Hamba Allah ni memakai seluar jeans lusuh, baju T-shirt merah, dipergelangan tangan nya ada gelang..berwarna warni, rasanya dari plastik gelang tu. Kat tengkok nya juga ada rantai, macam manik plastik rupanya.
Dalam hati aku berkata, bagus jugak Hamba Allah ni naik, boleh juga menanyakan beberapa soalan pasal sejarah kampung ini. Aku pun bertanya beberapa soalan sebagai menunjukan rasa ramah aku ni...hehehe.!! Ikutilah perbualan aku dengan Hamba Allah ini.


************************************************************************

Aku : Dari mana bang?
Hamba Allah : Dari kampung Johor lama. aku Mohd Rafi Micheal Jackson.

Dalam hati aku berkata, Haaaa.....apa pulak ni tiba tiba aja dia sebut Mohd Rafi Micheal Jackson ...!!! Dalam hati aku berkata kata, biar betul abang ni. Aku jeling sikit kat kawan aku, Sani yang duduk kat sebelah, aku nengok Sani diam aja.

Aku : Apa yang yang Micheal Jackson tu Abang?
Hamba Allah : tu...nama aku tu..!!
Aku : Abang nak kemana?
Mohd Rafi Micheal Jackson : Nak ke Pekan Telok Sengat.
Aku : Abang dah lama duduk di Kampung ni?
Mohd Rafi Micheal Jackson : Dah 1 Tahun
Aku : Sebelum ni abang duduk mana?
Mohd Rafi Micheal Jackson : Aku dah lama duduk sini dari masa dulu lagi. Aku bujang lagi

Aku termangu mangu, sambil memegang stereng kereta tu, kepala aku berfikir.......duduk baru setahun, tapi dah lama duduk sini dari bujang lagi. Heeeeeee....tak faham aku. Aku jeling lagi pada kawan aku Sani, tapi dia serious aja nengok kejalan depan. Mungkin abang tu tak dengar apa aku tanya agaknya. Tak apa...aku tanya lagi.
Aku : Bang, kat dalam kampong tu banyak kubur kubur lama ya? Apa ada lagi bang?
Mohd Rafi Micheal jackson : Ya banyak kubur. Tu dah lama punya kubur tu. Ada benteng, banyak sejarah kat situ. Dulu ada orang putih datang.
Aku : Orang putih? Dia datang buat apa?
Mohd Rafi Micheal Jackson : Dia datang nengok kubur.

Tiba tiba abang tu menyambung kembali perbualan nya.

Mohd Rafi Micheal Jackson : ada pasar malam, malam ni.
Aku : oo...ya ka? Ada apa kat situ?
Mohd Rafi Micheal jackson : Ada ayam.! Ada ikan.!

Dalam hati aku berkata lagi, mampus...!! Hahahahaha..!! Suka hati engko lah abang..!! Lepas tu kereta aku pun membelok kepekan Telok Sengat.

Mohd Rafi Micheal Jackson : Abang beli nombor tak? Ni ada nombor ni. Aku bagi pada abang berdua la.
Aku : Errrr....saya tak main bang, kawan saya Sani ni memang selalu main.

(Kahkahkahkah....dalam hati aku ketawa sebab dah kenakan kawan aku Sani). Baru aku nampak si Sani ni menjeling pada abang tu dengan senyuman nya.

Aku : Mana dapat nombor ni abang?
Mohd Rafi Micheal Jackson : Mimpi..!! nombor ni dapat dalam mimpi. Orang bagi..!!
Aku : Ooooo...mimpi..!! Oooo...orang bagi..!!

Aku pun sambil membawa kereta, menyeluk poket atas baju aku dan berikan dia buku nota kecil aku dengan sebatang pen. Lama jugak abang tu menulis dalam buku tu. Dalam masa yang sama kereta aku pun berhentilah kat pekan Telok Sengat, tempat abang tu nak pergi la.

Aku : Abang dah sampai dah ni.
Mohd Rafi Micheal Jackson : ya...ya...!! Nah ambik ni. Beli dekat Magnum dengan Kuda. Toto pun boleh jugak.

Kawan aku Sani pun ambik la buku tu. Nah ........ini dia nombor yang dia tulis..!!



Aku : Nak beli dekat mana ni abang?
Mohd Rafi Micheal Jackson : Tu beli kat Magnum. Tu aku dah tulis, ...magnum..!!

Kehkehkehkehkeh....dalam hati aku gelak...Mak aiiiiiii.......apasal tulisan magnum tu macam tu....bergulung gulung. Teringat pulak cerita P.Ramlee, dalam pendekar Bujang Lapok belajar mengaji. Hahahahah......!!



Aku : Nombor yang ni pulak bang?
Mohd Rafi Micheal Jackson : Yang tu beli dekat Kuda.
Aku : Boleh bagi kat orang lain tak bang nombor ni?
Mohd Rafi Micheal Jackson : Tak boleh. Nombor ni untuk abang aja.
Aku : Haaa...iya lah abang
Mohd Rafi Micheal Jackson : Trima kasih bagi tumpang
Aku : Sama sama bang..

Aku pandang si Sani. Si Sani pandang aku...!!!! tak lama lepas itu, barulah si Sani bukak cerita. Kata Si Sani, " Aku dah tau dah abang tu memang short satu skru, tapi aku tak sempat nak baritahu kat engko. Tapi aku nengok, engko dah layan dia, aku diam aja laaa...takut dia kecik hati plak.!!"

Celaka ko Sani, ko bagi aku layan orang short satu sktru........!!!! Dua dua tergelak sepanjang perjalanan sampai kerumah..!!

Errr....kalau saudara dan saudari nak try, cuba atau test nombor tu....errrr....silakanlah..!!! manalah tau...naik pulak 1st Prize hari ini atau esok...!!!! Jangan menyesal plak kalau tak beli..!!! Kalau tak kena , jangan salahkan aku....hehehe......salahkan si Micheal jackson...!!! Errr....dosa tanggung sendiri ek..!!



Tuesday, November 4, 2008

Ho..ho..ho..ho...(ketawa gaya Tuan Dong)

Salam sejahtera....!!

Gaya ketawa seperti tajuk diatas adalah gaya ketawa salah seorang pelawat blog ini, gaya Tuan Dong...hehehe. Saudara dan saudari, sesudah penat bekerja seharian ditambah pula dengan masaalah kerja dan rumahtangga yang seringkali mengganggu tidur lena kita, tambahan lagi dengan masaalah kewangan yang disertai oleh meruncingnya ekonomi kita disebabkan kenaikan harga minyak dan harga barang barang seharian, kita pasti mengeluh dan kerut diwajah kita bertambah keruh. Tanpa kita sedari, orang berasa gerun dan takut untuk menegur kita apabila melihat wajah kita. Sedangkan kita tidak menyedari akan raut wajah kita apabila kita sedang berfikir dengan masaalah masaalah diatas.

Okay......saya tidak mahu begitu selamanya. Kita kena senyum dan ketawa juga untuk mengendurkan raut wajah kita yang tegang itu. Dengan suara tawa dan senyuman, sekurang kurangnya, akan terungkai lah sedikit bebanan yang ditanggung oleh fikiran kita. Seperti kata orang putih.....STRESS..!! Untuk menghilangkan stress, kita kena ketawa dan senyum sedikit. Semoga gambar dibawah ini akan mengendurkan sedikit "stress" saudara dan saudari serta saya sendiri..!! Walaupun ada gambar tersebut seperti sedikit kurang sedap mata memandang, terpulang kepada saudara dan saudari menafsirkanya. Bagi aku, gambar dibawah ini hanyalah untuk hiburan dan mengurangkan "stress" kita. Hehehehe.........

Bakal pemenang Keluarga bahagia dan mithali 2009.......!!


Ada gunanya baju baju lama. Jangan dibuang..! Ambil langkah pencegahan sebelum Jerubu menyerang kembali.!! Kos penggunaan yang paling rendah semasa ekonomi yang semakin meruncing. Sila gunakan kaedah "kitar semula".



Satu lagi kaedah "kitar semula". Beban yang ditanggung oleh pokok betik akan berkurangan dengan penggunaan semula baju lama ini.




Oppppssss.......!! Macam pernah lihat badak ini. Gambar badak yang memakai seluar ini tidak ada kena mengena samada dengan yang masih hidup atau telah mati.

Ehemmm...!! Gambar cili ini juga tidak ada kena mengena dengan yang masih hidup atau mati. Ini memang cili..!! Bukan palsu atau plastik.!! (Jangan fikir lain aaaa....) Tapi ini pertama kali aku jumpa cili yang begini. hohohohoho...........! Sapa tahu, mana nak beli cili yang begini???

Saturday, October 25, 2008

Awal Mula Pertama Mula..

Salam sejahtera kepada saudara dan saudari yang melawat blog ini dan salam perkenalan jua dari saya. Hemmm....nak tergelak pun ada, nak terkedu pun ada, tak tahu nak cakap apa. Mungkin sudah ditakdirkan Tuhan, baru sekarang, baru tergerak nak menulis didalam blog ini walaupun sudah mendaftar blog "Merbawi" ini semenjak November 2007....! Wow...sudah hampir 11 bulan!

Apa pun jua, saya masih termangu mangu sehingga sekarang, tidak tahu nak bermula dengan topik apa. Hahaha... mungkin malam nanti baru datang buah fikiran yang bernas agaknya.

Jumpa kembali..!!