Showing posts with label General. Show all posts
Showing posts with label General. Show all posts

Wednesday, May 18, 2011

Tanjung Buai, Johor,

Salam..! Semalam aku dan 3 orang sahabat telah berjalan sehingga ke Tanjung Buai, Johor. Untuk pergi ke Tanjung Buai, anda haruslah menggunakan jalan Kota Tinggi - Sungei rengit/ Desaru , sebelum sampai ke Felda Air Tawar 5, ada simpang kekanan ke Johor Lama. Dalam 15 minit perjalanan, ada simpang kekiri. Dari simpang tersebut akan mengambil masa 15 - 20 minit perjalanan melalui kebun kelapa sawit. Tapi awas jalan nya agak banyak selekoh dan berbukit....emmm...sesuai untuk menguji kemahiran anda memandu atau emmm....nak dok dalam wad hospital nengok 'misi'...haha.!

Tanjung Buai adalah sebuah tempat yang cantik pemandanganya dan masih belum tercemar dengan kemajuan. Dibawah ini adalah kampung Tanjung Buai...."Bangsa Berdaya Negara Jaya" hehehe....macam tak berdaya aje.


Kampung Tanjung Buai terletak di hujung tanjung seperti dalam peta "google" dibawah. Disebelah kiri tanjung Buai ialah Sungai Johor yang kalau dituruti sungai tersebut dengan menaiki motobot anda boleh sampai ke Bandar Kota Tinggi atau kalau 500 tahun dahulu sungai Johor adalah merupakan "Highway" yang utama. Sebelah kanannya adalah Sungai Lebam yang hujungnya adalah pertemuan sungai cemaran dan empangan Sungai Lebam. Diselatan Tanjung Buai adalah menghadap Pulau Ubin, Singapura dan boleh tembus ke Laut Cina Selatan, Selat Johor, Pulau Singapura, Selat Singapura dan Pulau Bintan.

Laut Cina Selatan desebelah kanan


Dari penerangan diatas serta gambar satelit yang disertakan dan waktu lebih kurang 500 - 1000 tahun terdahulu, kawasan Tanjung Buai dan kawasan persekitaran tersebut adalah merupakan kawasan yang sangat strategik untuk dijadikan ibunegara dan kawasan perdagangan. Kerajaan Johor Lama (500+ dahulu) dan kerajaan Langgiu (Kota Batu Hitam 900+ dahulu) adalah terletak di kawasan ini.

Kalau saudara dan saudari perhatikan sebelah kanan peta semenanjung diatas yang menghadap laut cina selatan ...itulah kawasan projek penapisan dan pemprosesan minyak oleh PETRONAS berjumlah RM60B yang diistiharkan oleh PM kita minggu lepas


Gambar diatas, aku sedang berdiri diatas jeti di Tanjung Buai, menghadap ke Jambatan yang menghubungkan Kongkong diPasir Gudang ke Telok Sengat didalam Lebuhraya Senai - Desaru
yang akan dibuka pada bulan Mei atau Jun ini...setelah tergendala selama 2 - 3 tahun lebih.

Jambatan ini panjangnya 1.2 kilometer. Pemandangan memang cantik.

Tapi yang tak bagusnya dari Tol Cahaya Baru di Pasir Gudang sehingga ke Desaru lebuhraya hanya 2 lorong sahaja. Dah la sempit..."side table" pun kecil. Kelakar...! Macam gambar diatas. Hanya diatas jambatan yang mempunyai 4 lorong.

Nun....diseberang sana KongKong dan Felda chahaya Baru. Kalau tak dapat nak bayangkan sila lihat peta diatas.

Berdiri diatas jeti Tanjung Buai menghadap ke Pulau Ubin disebelah kanan.


Kapalterbang terbang rendah untuk mendarat diLapangan terbang Changi, Singapura...tidak jauh dari Tanjung Buai.


berdiri dijeti menghadap kesebelah kiri di permukaan muara sungai Lebam.


Muara Sungai Lebam.



Ketika ini, masih lagi diatas jeti menghadap ke tenggara Tanjung Buai. Kelihatan latarbelakang Bukit Belungkor. Dibawahnya terdapat jeti feri Tanjung Belungkor....disitu terletaknya jeti Feri ke Changi, Singapura. Diatas Bukt Belungkor situlah terletaknya Makam "Si Bongkok". Cerita mengenai makam beliau ada didalam lagu "Tanjung Puteri" yang senikatanya mengatakan "Makam SiBongkok di lereng Bukit Tanjung Puteri". Sebenarnya, makam beliau di atas dan lereng bukit Belungkor..!!! Ceh...tipu juga..hehe. Cerita siBongkok ini adalah cerita benar. Beliau adalah seorang pejuang yang menentang pemerintahan Inggeris.

Okay...ini saja ceritanya...!






Thursday, April 21, 2011

Sinar Matahari Dan Bulan Pada Pagi 21 April 2011

Salam pagi 21 April..! Gambar gambar dibawah ini adalah gambar matahari sedang naik di pantai Desaru, Johor pada pagi 21 April, jam 7.03 pagi. Merah matahari kelihatan seperti merah menyala pagi ini. Kata orang tua tua, kalau dah merah menyala, kebiasaanya, hari tersebut akan panas terik dan berbahang. hmmm....apa nak dibandingkan dengan panas api neraka Jahanam. Subhanallah..! Nikmatilah gambar gambar permandangan matahari sedang naik dipantai Desaru ini.
Pantai Desaru jam 7.03 pagi


Indah sungguh...!

Indah kejadian Allah SWT

Air laut pula sedang surut dan tenang sekali. Tiada kedengaran bunyi ombak.



Didepan, menghala kelaut, sang Matahari sedang naik.....didarat pula, kelihatan pula "Adik Bulan" sedang hendak hendak "tenggelam". Matahari dan bulan boleh dilihat serentak, didepan dan dibelakang aku. satu permandangan yang mengasyikan.

Bulan pada paras 30 darjah, sudah hampir tengelam.



Matahari dan bulan didalam satu masa......dipantai Desaru.....pada tanggal 21 April....apa yang boleh dikatakan melainkan perkataan .....INDAH..!

Sunday, July 26, 2009

Singapura, Selat Tebrau dan Johor bahru

3 gambar dibawah ini diambil dari tingkat 17 bangunan City Plaza, Johor Bahru. Permandangan bahagian timur bandaraya Johor bahru berlatarbelakang kan Selat Tebrau. Diseberang sana selat tersebut adalah Pulau Temasek atau Singa yang pandai berpura pura atau Singapura.

Kelihatan Ibu pejabat Polis jalan tebrau bersebelahan padang.


Gambar diatas adalah menghadap ke Pusat Kastam dan imigresen yang baru. "Flyover" diatas adalah menuju ke pusat Kastam dan Imigresen tersebut. Bumbung biru dan hijau adalah bumbung stadium Hoki MBJB.


Gambar diatas, perhatikan ada 2 menara yang berbelang putih dan merah, itu adalah stesen janakuasa tenaga elektrik, Singapura. Macam dekat ya..? Patut lah Mas Selamat boleh berenang aja...! Kalau naik bot menghala kehujung Selat tu boleh sampai ke Pasir Gudang.

Begitulah dekatnya Pulau Singapura dengan Johor Bahru..! Rasanya kalau dibuat jambatan mengantikan Selat Tebrau lagi murah dan senang daripada membuat jambatan dari Changi ke Pengerang yang panjangnya mungkin 3 - 5 kilimeter.

Friday, March 6, 2009

Monson Timur Laut Telah Tamat



Angin monson timur laut telah tamat lebih awal daripada masa yang sepatutnya. Sepatutnya dan kebiasaanya musim angin monson akan hanya tamat pada pertengahan bulan Mac, tetapi musim kali ini ianya telah tamat pada pertengahan bulan Februari. Hem... mungkin pusingan bumi sudah tidak berpaksi lagi pada paksi kebiasaanya. 

Video diatas telah diambil pada pagi tadi, Mac 6hb 2009, jam 7.30 pagi. Perhatikan ketenangan ombak laut Cina Selatan berbanding dengan video pada masa bulan disember, semasa angin monsoon tengah kuat. Pada kali ini bunyi ombak boleh didengar dengan lebih jelas kerana tidak ada langsung angin yang kuat. Perhatikan juga ombak yang tenang sekali.

Video ini menayangkan permandangan laut Cina Selatan pada pagi jumaat yang tenang, matahari sedang naik dengan sinar yang terang. Ombak yang menghempas lembut dan dengan tenang. Hemmm...nyaman sekali..!!


Thursday, February 5, 2009

Selingan Iklan "Minuman Tenaga" - versi Siam




Sila lah tonton video iklan "Minuman Tenaga" ini yang dijual di Siam. Kreatif dan bertenaga iklanya. hehehe....mana nak dapat minuman ini?? Tak tau lah samada ada dijual di Malaysia atau tidak.


Wednesday, January 14, 2009

Ombak Kuat Dan Angin Deras Laut Cina Selatan...Bhg. 2.



Video ini diambil 11.10 pagi tadi dipantai Desaru. Air telah pasang penuh. Bandingkan ombak semasa air pasang penuh dengan air surut (video bawah). Ombak laut cina selatan telah bertambah kuat dalam minggu ini. Begitu juga dengan angin yang telah bertiup dengan kuat juga, mungkin dalam 50 - 55 KM sejam. Air ombak telah mencecah ke daratan yang jarang jarang sekali berlaku. Maaf, kualiti audio teruk sekali. Apa yang anda dengar, sebenarnya adalah bunyi angin yang bertiup.

Tuesday, January 13, 2009

Ombak Kuat Dan Angin Deras Laut Cina Selatan...!!




Salam...!! Pagi ini, ombak dan angin yang kuat telah melanda laut Cina Selatan dan pantai timur Johor. Boleh tahan jugak angin nya. Video ini diambil petang tadi, 4.45 petang. Air baru hendak pasang dan mungkin pasang penuh malam nanti dalam pukul 8.00 hingga 9.00 malam.

Maaf, bunyi yang bising kerana diambil dengan kamera telefon bimbit dan angin yang kuat telah menyebabkan bunyi ombak yang kuat tidak dapat dirakam.

Friday, January 9, 2009

Sedutan Kisah Bujang Lapok Ke Sekolah



Sambil termenung tu....baik nengok sedutan Kisah Bujang Lapok Ke Sekolah orang orang dewasa...hehehe..!! Hemm...ada lagi ke sekolah macam ini sekarang?






Wednesday, December 24, 2008

Angin Monsun Timur Laut




Salam...!! Sudah hampir penghujung tahun 2008M, hanya tinggal 7 hari sahaja lagi dan penghujung tahun 1429H juga semakin hampir ke penghujungnya, cuma tinggal 4 hari sahaja lagi. Cuaca juga turut berubah megikut musim yang telah ditetapkan oleh Perancangnya. Tidak ada sesiapa pun yang boleh menghentikan cuaca yang dianggap buruk, seperti salji, hujan, angin dan juga kemarau.

Gambar diatas diambil petang tadi, pukul 2.30 petang. inilah laut China selatan atau laut pantai timur Johor. Perhatikan langit yang gelap dan ombak yang menghempas ...ganas..!! Gerun, bunyinya pada waktu malam. Hujan telah turun dari petang semalam, 23 Disember...sampailah waktu ditulis ini...masih lebat, tidak berhenti henti. Angin juga bertiup kencang, juga tanpa henti henti. Hmmm....kalau memakai tali leher tu, memang terbang ajalah talileher tu.





Kebiasaanya, pada zaman terdahulu, angin Monsun Timur Laut ini bertiup dalam bulan November hingga Mac. Angin ini bertiup dari tanah besar China atau lebih tepat lagi dari banjaran Himalaya dan turun keselatan sampai lah Nusantara. Angin ini membawa hawa sejuk dari pergunungan dan angin serta hujan yang banyak. 

Kebiasaanya pedagang pedagang dari negeri China pada masa dahulu menggunakan angin ini untuk belayar keselatan dan untuk belayar kembali negeri China, mereka terpaksa menunggu angin Barat Laut yang bertiup barat ke timur pula. Bagi pelayar dan pedagang dari Tanah Arab, India, Parsi dan sekitarnya, mereka menggunakan konsep angin yang sama juga tetapi berlawanan arah pula.

.

Persoalanya...adakah jika kita hidup pada zaman tersebut, beranikah kita mengharungi lautan dengan ombak dan pemandangan yang gelap gulita seperti diatas? Jika pada masa sekarang, rasanya tidak ada masaalah kerana adanya bantuan dari alatan canggih seperti GPRS, radar, sistem komunikasi elektronik dan lain lain lagi.

Pada masa dahulu...jika dada tidak penuh dengan ilmu, semangat dan pengetahuan mengenai lautan..rasanya, harus sukar juga menempuhinya. Apa yang kita boleh katakan kepada mereka yang telah mengharunginya, 400 - 500 tahun terdahulu....SALUTE TO THOSE ALL BRAVE AND CLEVER SAILORS...!!

SELAMAT TAHUN BARU HIJRAH 1430H DAN 2009M..!!!


Wednesday, October 29, 2008

Nafsu Makan

Salam Sejahtera...!!

Sudah makan? Banyak tak makan? Berhenti sebelum kenyang atau berhenti setelah kenyang? Hemmm....ramai orang susah nak kawal nafsu makan, ini termasuklah aku juga..!! Badan pun dah bertambah berat sekarang ni dan selera makan memang bertambah tambah semenjak dua menjak ini. Tambahan lagi kalau tengah ada masaalah, memang selera makan membuak buak. Begitu juga dikala baru hendak berhenti menghisap rokok, memang nafsu makan membuak, susah nak dikawal. Heran betul..!


Bulan Ramadhan atau orang panggil bulan Puasa baru saja sebulan habis, berat badan aku turun 6 kilogram, gembira rasa dihati. Tapi, masuk aja bulan Syawal atau orang panggil Bulan Raya, dengan kuih muih yang manis manis, ketupat, rendang, lemang, ayam masak merah....huiii...sebut aja apa makananya, memang berselera. Ditambah lagi dengan "Open House" sana sini sepanjang bulan Syawal, haiii....memang la nasib badan. Hancur harapan nak mengekalkan 6 kilogram tu di carta yang sama.


Nengok gambar makanan ni. Best nya...!!

Alangkah nikmatnya makanan yang dinikmati oleh kita semua. Kadangkala oleh kerana terlampau nikmatnya rezeki yang diberikan oleh Allah Subhanawataala, kita terlupa untuk bersyukur kepadaNya. Kita lalai sehingga kadangkala kita berfikiran "Aku penat berkerja siang dan malam, maka aku berhak kepada makanan yang enak enak dan banyak ini." dan ada juga yang berfikiran seperti berikut " Aku yang penat berpuasa selama 30 hari, berlapar dan dahaga, dan sanggup mengenepikan nafsu makan, maka semasa Bulan Raya ni aku berhak makan dengan sepuas puas nya". Hemmm....rugi rasanya kalau kita berfikiran sempit seperti diatas.


Kita seringkali lupa kepada Yang Memberi nikmat dan Rezeki kepada kita. Kita lupa kepada hamba hamba Allah Subhanawataala dimuka bumi ini yang langsung tidak dapat menikmati rezeki dan makan makanan yang enak enak seperti kita nikmati. Tidak ada langsung tetes air mata apabila mengenangkan nasib malang yang hamba hamba Allah ini.


Bersukurlah kita semua, Allah tidak menduga kita dengan cubaan kelaparan dan kebuluran





Amat tidak tertanggung kita kalau Allah Subhanawataala menduga kita seperti hamba hamba Nya yang lain yang tidak bernasib baik seperti kita. Syukur....Alhamdullillah...!!!

Sunday, October 26, 2008

The Power Of Advertising..!

Hi guys....I think everyone aware on the power of advertising. We have seen a lot of advertising in our life. Everywhere, you name it...at the road side, on the buses, LRT, even in our house, ...and the most success one is electronic media especially television and radio. It was sent straight to our face. We can't avoid to ignore it, isn't? We also can't deny that these advertising campaigns, if not 100% at least 50% will influence us when we make decision on our daily life especially to our children. Children is the worst victim. They can't reject any advertising that suit to their mind. Listening to our friends experiences, wife or husband are also part of advertising. Good advertising campaign required brilliant ideas and funs.

Well....my point here is that we can't run from any advertising in our life.
Here are some photos of the advertising....hehehehe...!!










Well...??? I'm correct isn't.....?????