Sunday, September 11, 2011

Erti Kesetiaan Pada Binatang Lebih Baik Dari Manusia



Video diatas adalah mengenai seekor kucing jantan sedang cuba mengajak kucing betina, kawanya untuk mengikutnya. Yang sedih, kucing betina tersebut telah dilanggar oleh sebuah kereta dan mati..! Selama 2 jam kucing jantan tersebut berusaha mengejutkan kawanya yang telah mati dilanggar kereta untuk mengikutnya.

Begitulah erti kesetiaan pada binatang....perbandingan pada manusia, entahlah, ada juga manusia yang lebih teruk dari kucing diatas...langsung tidak setia pada pasanganya.

Thursday, May 19, 2011

Makam Pembesar Atau Sultan ditemui di Kota Johor Lama?

Lokasi Kota Johor Lama

Salam..! 'Posting' sebelum ini adalah mengenai Tanjung Buai dan sebelum kami ke Tanjung Buai, kami berempat telah terlebih dahulu ke Kota Johor Lama yang terletak ditebing Sungai Johor.
Dibawah ini adalah gambar simpang ke Kota lama tersebut.


Mengikut catatan sejarah, Kota Johor lama telah dimulakan pembinaannya oleh Sultan Johor pertama, Sultan Alauddin Riaayat Syah II pada tahin 1535 dan pada tahun 1540 setelah siap pembinaanya, Sultan Alauddin telah berpindah dari Kota Sayong diutara bandar Kota Tinggi ke Kota Johor Lama. Bagi yang tidak mengetahui, Sultan Alauddin ini adalah anak kepada Sultan Mahmud Syah I, Sultan terakhir Melaka. Salah seorang lagi anak beliau telah ke Perak dan menjadi Sultan dengan gelaran Sultan Muzaffar Syah I.

Okay, bukan ini yang aku nak tulis, saudara dan sauddari boleh baca mengenai kota ini di dalam 'posting; aku sebelum ini ; http://merbawi.blogspot.com/2008/11/kerajaan-johor-lama-bahagian-2-kota.html.
Lokasi makam Pembesar atau Sultan yang ditemui

Apa yang aku nak tulis ni adalah mengenai sebuah makam yg telah dijumpa dan digali oleh Jabatan muzium dan antikuiti di kota tersebut. Dalam lawatan aku dan kawan kawan aku petang selasa lepas (masa aku menulis ni mlm khamis), kami ternampak sebuah kawasan yang ditutupi dengan plastik berwarna biru. dalam 20 kaki x 20 kaki kawasan nya. Didalam terdapat lubang yg telah digali dengan cermat dan sistematik. Ditengah tengah kawasan terdapat pecahan batu nesan Aceh yang telah pecah 3 - 4 seperti gambar dibawah.

Dalam juga lubang yang digali...mungkin dalam 8 - 9 kaki dalam . Kalau mengikut batu nesan tersebut hanya ada 1 makam sahaja disitu atau sepasang batu nesan sahaja.

Mengeluh kami berempat bila nengok dalam kubur tu, tertanya tanya dalam hati kami, mana ada jenazah orang islam ditanam bersama sama apa apa benda sekalipun. Mana ada artifak, bukanya macam mumia firaun tu......! Apa yang dicari,,,???????? Mengganggu jenazah yang ada didalam tu..!

Mengikut cerita orang kampung yang kami dengar, dikawasan tersebut tidak ada makam, hanya kawasan kosong yang ada hanya batu batu bata dari jenis lama. Lokasi nya terletak betul betul dihadapan kawasan halaman sebuah rumah orang kampung disitu. Tanah ditengah tengah kawasan batu dan tanah kosong tersebut telah sedikit demi sedikit telah 'menaik' dan 'membukit'. Seolah olah membusut dan ada batu terjojol keluar dari kawasan lapang tersebut. Perkara ini telah dimaklumkan kepada muzium di kawasan berhampiran. Dan kerja kerja pengalian telah dilakukan dan mereka telah menjumpai batu nesan yang patah tersebut dan tertanam didalam tanah yg sudah membusut tersebut.



Kalau dari penglihatan mata aku, batu nesan Aceh tersebut dan makam tersebut bukan kepunyaan orang biasa, sekurang kurang nya kepunyaan pembesar atau Sultan. Saudara dan saudari boleh membuat perbandingan batu nesan Aceh ini dengan tulisan aku sebelum ini ; http://merbawi.blogspot.com/2008/11/16-batu-nesan-aceh-di-kerajaan-johor.html.


Setelah berada dalam lingkungan 20 minit dimakam tersebut, kami telah beransur ke bangunan Muzium yang terletak berhampiran, barulah kawan aku yang 2 orang tadi membuka mulut mereka. Lebihkurang begini lah dialog mereka

Shamsol : Man, ko ada bau apa apa tak kat makam tadi?
Man : Ada, bau kapur barus.....fresh, tajam dan kuat baunya...!
Shamsol : Hmmmmm.......! Aku pun terbau yang sama jugak...!
Aku : Aku tak ada pulak cium bau apa apa pun...!
Harris : Aku pun tak cium bau apa apa...!

Kami berempat terus terdiam dan tidak cakap apa apa setelah itu. Terus kami meninggalkan Kota Johor Lama menghala ke pekan Telok Sengat yang terletak berhampiran. Sewaktu kami bergerak sahaja....terus hujan panas....!

Ada beberapa perkara yang menarik dalam cerita diatas;
1. Kejadian tanah membusut dan membukit ditanah lapang tersebut terjadi seolah olah memberi petunjuk ada makam dibawah tanah tersebut. Kejadian ini adalah dengan kehendak dan kekuasaan Allah SWT jua, tidak ada kuasa lain yang mampu melakukanya...!

2. Makam pembesar atau Sultan manakah dan siapakah yang telah dipatahkan nesannya dan telah dikambus dengan tanah? Siapakah pelakunya? Oleh orang orang Portugiskah atau atas arahan Sultan kah? Apakah motif pelakunya? Dendamkah? Apa kah yang hendak dilenyapkan atau dihilangkan?

3. Mengapakah baru sekarang tanah itu menaik selepas 500 - 600 tahun berlalu? Mengapa tidak sebelum ini? Mengapa hanya di makam tersebut sahaja tanah yang menaik dan tidak dikawasan lain dipersekitaran yang sama.

4. Kalau mengikut pendapat dan petua orang orang tua yang aku tanya pada keesokan harinya, kalau ada yang tercium bau kapur baru, samada salah seorang atau berdua dari sekumpulan orang yang ada dikawasan makam tersebut, itu adalah petanda atau isyarat bahawa....ada jenazah didalam liang lahat makam tersebut. Jadi perbuatan mengali dan mengkaji sehingga kedalam liang lahat tidak seharusnya diteruskan kerana akan mengganggu jenazah.

Apa apa pun, semua yang terjadi adalah atas kehendak Allah SWT jua. Tidak ada yang mampu menahan kehendaknya..! Al fatehah kepada Allahyarham penghuni makam tersebut.

Wednesday, May 18, 2011

Tanjung Buai, Johor,

Salam..! Semalam aku dan 3 orang sahabat telah berjalan sehingga ke Tanjung Buai, Johor. Untuk pergi ke Tanjung Buai, anda haruslah menggunakan jalan Kota Tinggi - Sungei rengit/ Desaru , sebelum sampai ke Felda Air Tawar 5, ada simpang kekanan ke Johor Lama. Dalam 15 minit perjalanan, ada simpang kekiri. Dari simpang tersebut akan mengambil masa 15 - 20 minit perjalanan melalui kebun kelapa sawit. Tapi awas jalan nya agak banyak selekoh dan berbukit....emmm...sesuai untuk menguji kemahiran anda memandu atau emmm....nak dok dalam wad hospital nengok 'misi'...haha.!

Tanjung Buai adalah sebuah tempat yang cantik pemandanganya dan masih belum tercemar dengan kemajuan. Dibawah ini adalah kampung Tanjung Buai...."Bangsa Berdaya Negara Jaya" hehehe....macam tak berdaya aje.


Kampung Tanjung Buai terletak di hujung tanjung seperti dalam peta "google" dibawah. Disebelah kiri tanjung Buai ialah Sungai Johor yang kalau dituruti sungai tersebut dengan menaiki motobot anda boleh sampai ke Bandar Kota Tinggi atau kalau 500 tahun dahulu sungai Johor adalah merupakan "Highway" yang utama. Sebelah kanannya adalah Sungai Lebam yang hujungnya adalah pertemuan sungai cemaran dan empangan Sungai Lebam. Diselatan Tanjung Buai adalah menghadap Pulau Ubin, Singapura dan boleh tembus ke Laut Cina Selatan, Selat Johor, Pulau Singapura, Selat Singapura dan Pulau Bintan.

Laut Cina Selatan desebelah kanan


Dari penerangan diatas serta gambar satelit yang disertakan dan waktu lebih kurang 500 - 1000 tahun terdahulu, kawasan Tanjung Buai dan kawasan persekitaran tersebut adalah merupakan kawasan yang sangat strategik untuk dijadikan ibunegara dan kawasan perdagangan. Kerajaan Johor Lama (500+ dahulu) dan kerajaan Langgiu (Kota Batu Hitam 900+ dahulu) adalah terletak di kawasan ini.

Kalau saudara dan saudari perhatikan sebelah kanan peta semenanjung diatas yang menghadap laut cina selatan ...itulah kawasan projek penapisan dan pemprosesan minyak oleh PETRONAS berjumlah RM60B yang diistiharkan oleh PM kita minggu lepas


Gambar diatas, aku sedang berdiri diatas jeti di Tanjung Buai, menghadap ke Jambatan yang menghubungkan Kongkong diPasir Gudang ke Telok Sengat didalam Lebuhraya Senai - Desaru
yang akan dibuka pada bulan Mei atau Jun ini...setelah tergendala selama 2 - 3 tahun lebih.

Jambatan ini panjangnya 1.2 kilometer. Pemandangan memang cantik.

Tapi yang tak bagusnya dari Tol Cahaya Baru di Pasir Gudang sehingga ke Desaru lebuhraya hanya 2 lorong sahaja. Dah la sempit..."side table" pun kecil. Kelakar...! Macam gambar diatas. Hanya diatas jambatan yang mempunyai 4 lorong.

Nun....diseberang sana KongKong dan Felda chahaya Baru. Kalau tak dapat nak bayangkan sila lihat peta diatas.

Berdiri diatas jeti Tanjung Buai menghadap ke Pulau Ubin disebelah kanan.


Kapalterbang terbang rendah untuk mendarat diLapangan terbang Changi, Singapura...tidak jauh dari Tanjung Buai.


berdiri dijeti menghadap kesebelah kiri di permukaan muara sungai Lebam.


Muara Sungai Lebam.



Ketika ini, masih lagi diatas jeti menghadap ke tenggara Tanjung Buai. Kelihatan latarbelakang Bukit Belungkor. Dibawahnya terdapat jeti feri Tanjung Belungkor....disitu terletaknya jeti Feri ke Changi, Singapura. Diatas Bukt Belungkor situlah terletaknya Makam "Si Bongkok". Cerita mengenai makam beliau ada didalam lagu "Tanjung Puteri" yang senikatanya mengatakan "Makam SiBongkok di lereng Bukit Tanjung Puteri". Sebenarnya, makam beliau di atas dan lereng bukit Belungkor..!!! Ceh...tipu juga..hehe. Cerita siBongkok ini adalah cerita benar. Beliau adalah seorang pejuang yang menentang pemerintahan Inggeris.

Okay...ini saja ceritanya...!






Thursday, April 21, 2011

Sinar Matahari Dan Bulan Pada Pagi 21 April 2011

Salam pagi 21 April..! Gambar gambar dibawah ini adalah gambar matahari sedang naik di pantai Desaru, Johor pada pagi 21 April, jam 7.03 pagi. Merah matahari kelihatan seperti merah menyala pagi ini. Kata orang tua tua, kalau dah merah menyala, kebiasaanya, hari tersebut akan panas terik dan berbahang. hmmm....apa nak dibandingkan dengan panas api neraka Jahanam. Subhanallah..! Nikmatilah gambar gambar permandangan matahari sedang naik dipantai Desaru ini.
Pantai Desaru jam 7.03 pagi


Indah sungguh...!

Indah kejadian Allah SWT

Air laut pula sedang surut dan tenang sekali. Tiada kedengaran bunyi ombak.



Didepan, menghala kelaut, sang Matahari sedang naik.....didarat pula, kelihatan pula "Adik Bulan" sedang hendak hendak "tenggelam". Matahari dan bulan boleh dilihat serentak, didepan dan dibelakang aku. satu permandangan yang mengasyikan.

Bulan pada paras 30 darjah, sudah hampir tengelam.



Matahari dan bulan didalam satu masa......dipantai Desaru.....pada tanggal 21 April....apa yang boleh dikatakan melainkan perkataan .....INDAH..!

Sunday, April 17, 2011

Booked...!


Basikal lumba yang dah lama tak berlumba in seperti ceritanya dalam posting berikut : http://merbawi.blogspot.com/2010/05/basikal-lumba-yang-dah-lama-tak.html telah ada peminatnya. Apa nak kata, daripada terletak kat dalam bilik, baik jual aja. Semoga ianya bermanafaat kepada bakal tuan nya yang baru.!

Thursday, March 31, 2011

Rashid Ali Ngah Lamat - pejuang kemerdekaan diPadang Rengas yang hampir dilupakan

Salam sejahtera...!

Semasa aku balik ke Padang Rengas, Perak, Disember 2010 yang lepas, aku telah singgah ke rumah sepupu aku di Padang Rengas. Ayah beliau ialah Allahyarham Rashid Ali Ngah Lamat, Abang kepada ayah aku Shaharuddin Ngah Lamat. Walaupun kami sepupu, ayah dia dan aku adik beradik lelaki, kiranya amat kuat ikatan darah tapi kami jarang berjumpa. Maklumlah, duduk berjauhan dan sebok dengan urusan masing masing. Setelah berbual lama dan setelah selesai makan hidangan yang disediakan, beliau telah mengeluarkan sebuah buku berwarna hijau kulit luarnya dan telah memberikanya kepada aku.

Buku atau lebih tepat lagi sebuah kertas kerja pembentangan disebuah seminar, yang berjudul "Rashid Ali B. Ngah Lamat pejuang kemerdekaan di Padang Rengas yang hampir dilupakan". Kertas kerja ini telah ditulis oleh "Khairuddin B. Arshad" dan dibentangkan didalam seminar Kuala Kangsar meniti zaman 2, walaubagaimanapun tidak ada butiran lanjut mengenai penulis dan pembentangnya serta tarikh ditulis atau dibentangkan. Ini adalah tulisan yang secara spesifik menjurus kepada allahyarham pakcik aku dan aku tidak pernah membaca mengenai beliau dimana mana secara bertulis begini. Jadi aku berpendapat, adalah merugikan kertas seminar ini tidak dikembangkan dan sebaiknya tulisan ini aku "scan" dan letakan didalam blog aku supaya lebih ramai pembaca dapat berkongsi tulisan beliau dan mengetahui lebih lanjut mengenai Allahyarham Rashid Ali ini.

Maka aku dengan ini terlebih dahulu memohon maaf kepada Tuan Khairuddin B Arshad kerana telah menerbitkan tulisan ini didalam blog aku tanpa keizinan beliau. Dan aku juga sangat sangat berterima kasih kepada beliau kerana telah menulis mengenai Allahyarham Rashid Ali dan membentangkan kertas kerja seminar ini. Semoga Allah merahmati Tuan Khairuddin.

Dibawah ini aku sertakan kertas kerja tersebut. Bagi saudara dan saudari yang tidak dapat membacanya kerana tulisanya kecil disebabkan aku malas menaip dan aku "scan" saja, maka sila lah "click" pada mukasurat kertas kerja ini dan boleh dibesarkan kerana aku "scan" dalam bentuk JPEG. Sila lah menikmati tulisan tersebut.


Kulit luar kertas seminar beserta nama penulis

Allahyarham Rashid Ali B. Ngah Lamat








































Pada muka surat 10 kertas seminar diatas, diantara senarai senarai nama tangkapan pada kali ke 2, terdapat nama Allahyarham Shaharuddin B. Ngah Lamat (no 4), itulah ayahanda aku....!

Ayahanda aku, Shaharuddin B. Ngah Lamat semasa didalam tentera pada tahun 1953, no 3, berdiri dibarisan kedua, didalam bulatan biru.


Aku tidak pernah mengetahui, Allahyarham Ayahanda aku pernah terlibat didalam gerakan menentang Inggeris, sehinggalah aku membaca kertas seminar ini barulah aku mengetahuinya. Semuga Allah SWT merahmati kesemua roh roh para pahlawan diatas. Amin....!