Salam..! 'Posting' sebelum ini adalah mengenai Tanjung Buai dan sebelum kami ke Tanjung Buai, kami berempat telah terlebih dahulu ke Kota Johor Lama yang terletak ditebing Sungai Johor.
Dibawah ini adalah gambar simpang ke Kota lama tersebut.

Okay, bukan ini yang aku nak tulis, saudara dan sauddari boleh baca mengenai kota ini di dalam 'posting; aku sebelum ini ; http://merbawi.blogspot.com/2008/11/kerajaan-johor-lama-bahagian-2-kota.html.
Apa yang aku nak tulis ni adalah mengenai sebuah makam yg telah dijumpa dan digali oleh Jabatan muzium dan antikuiti di kota tersebut. Dalam lawatan aku dan kawan kawan aku petang selasa lepas (masa aku menulis ni mlm khamis), kami ternampak sebuah kawasan yang ditutupi dengan plastik berwarna biru. dalam 20 kaki x 20 kaki kawasan nya. Didalam terdapat lubang yg telah digali dengan cermat dan sistematik. Ditengah tengah kawasan terdapat pecahan batu nesan Aceh yang telah pecah 3 - 4 seperti gambar dibawah.




Kalau dari penglihatan mata aku, batu nesan Aceh tersebut dan makam tersebut bukan kepunyaan orang biasa, sekurang kurang nya kepunyaan pembesar atau Sultan. Saudara dan saudari boleh membuat perbandingan batu nesan Aceh ini dengan tulisan aku sebelum ini ; http://merbawi.blogspot.com/2008/11/16-batu-nesan-aceh-di-kerajaan-johor.html.

Setelah berada dalam lingkungan 20 minit dimakam tersebut, kami telah beransur ke bangunan Muzium yang terletak berhampiran, barulah kawan aku yang 2 orang tadi membuka mulut mereka. Lebihkurang begini lah dialog mereka
Shamsol : Man, ko ada bau apa apa tak kat makam tadi?
Man : Ada, bau kapur barus.....fresh, tajam dan kuat baunya...!
Shamsol : Hmmmmm.......! Aku pun terbau yang sama jugak...!
Aku : Aku tak ada pulak cium bau apa apa pun...!
Harris : Aku pun tak cium bau apa apa...!
Kami berempat terus terdiam dan tidak cakap apa apa setelah itu. Terus kami meninggalkan Kota Johor Lama menghala ke pekan Telok Sengat yang terletak berhampiran. Sewaktu kami bergerak sahaja....terus hujan panas....!
Ada beberapa perkara yang menarik dalam cerita diatas;
1. Kejadian tanah membusut dan membukit ditanah lapang tersebut terjadi seolah olah memberi petunjuk ada makam dibawah tanah tersebut. Kejadian ini adalah dengan kehendak dan kekuasaan Allah SWT jua, tidak ada kuasa lain yang mampu melakukanya...!
2. Makam pembesar atau Sultan manakah dan siapakah yang telah dipatahkan nesannya dan telah dikambus dengan tanah? Siapakah pelakunya? Oleh orang orang Portugiskah atau atas arahan Sultan kah? Apakah motif pelakunya? Dendamkah? Apa kah yang hendak dilenyapkan atau dihilangkan?
3. Mengapakah baru sekarang tanah itu menaik selepas 500 - 600 tahun berlalu? Mengapa tidak sebelum ini? Mengapa hanya di makam tersebut sahaja tanah yang menaik dan tidak dikawasan lain dipersekitaran yang sama.
4. Kalau mengikut pendapat dan petua orang orang tua yang aku tanya pada keesokan harinya, kalau ada yang tercium bau kapur baru, samada salah seorang atau berdua dari sekumpulan orang yang ada dikawasan makam tersebut, itu adalah petanda atau isyarat bahawa....ada jenazah didalam liang lahat makam tersebut. Jadi perbuatan mengali dan mengkaji sehingga kedalam liang lahat tidak seharusnya diteruskan kerana akan mengganggu jenazah.
Apa apa pun, semua yang terjadi adalah atas kehendak Allah SWT jua. Tidak ada yang mampu menahan kehendaknya..! Al fatehah kepada Allahyarham penghuni makam tersebut.