Semasa aku balik ke Padang Rengas, Perak, Disember 2010 yang lepas, aku telah singgah ke rumah sepupu aku di Padang Rengas. Ayah beliau ialah Allahyarham Rashid Ali Ngah Lamat, Abang kepada ayah aku Shaharuddin Ngah Lamat. Walaupun kami sepupu, ayah dia dan aku adik beradik lelaki, kiranya amat kuat ikatan darah tapi kami jarang berjumpa. Maklumlah, duduk berjauhan dan sebok dengan urusan masing masing. Setelah berbual lama dan setelah selesai makan hidangan yang disediakan, beliau telah mengeluarkan sebuah buku berwarna hijau kulit luarnya dan telah memberikanya kepada aku.
Buku atau lebih tepat lagi sebuah kertas kerja pembentangan disebuah seminar, yang berjudul "Rashid Ali B. Ngah Lamat pejuang kemerdekaan di Padang Rengas yang hampir dilupakan". Kertas kerja ini telah ditulis oleh "Khairuddin B. Arshad" dan dibentangkan didalam seminar Kuala Kangsar meniti zaman 2, walaubagaimanapun tidak ada butiran lanjut mengenai penulis dan pembentangnya serta tarikh ditulis atau dibentangkan. Ini adalah tulisan yang secara spesifik menjurus kepada allahyarham pakcik aku dan aku tidak pernah membaca mengenai beliau dimana mana secara bertulis begini. Jadi aku berpendapat, adalah merugikan kertas seminar ini tidak dikembangkan dan sebaiknya tulisan ini aku "scan" dan letakan didalam blog aku supaya lebih ramai pembaca dapat berkongsi tulisan beliau dan mengetahui lebih lanjut mengenai Allahyarham Rashid Ali ini.
Maka aku dengan ini terlebih dahulu memohon maaf kepada Tuan Khairuddin B Arshad kerana telah menerbitkan tulisan ini didalam blog aku tanpa keizinan beliau. Dan aku juga sangat sangat berterima kasih kepada beliau kerana telah menulis mengenai Allahyarham Rashid Ali dan membentangkan kertas kerja seminar ini. Semoga Allah merahmati Tuan Khairuddin.
Dibawah ini aku sertakan kertas kerja tersebut. Bagi saudara dan saudari yang tidak dapat membacanya kerana tulisanya kecil disebabkan aku malas menaip dan aku "scan" saja, maka sila lah "click" pada mukasurat kertas kerja ini dan boleh dibesarkan kerana aku "scan" dalam bentuk JPEG. Sila lah menikmati tulisan tersebut.
Kulit luar kertas seminar beserta nama penulis
Allahyarham Rashid Ali B. Ngah Lamat
Pada muka surat 10 kertas seminar diatas, diantara senarai senarai nama tangkapan pada kali ke 2, terdapat nama Allahyarham Shaharuddin B. Ngah Lamat (no 4), itulah ayahanda aku....!
Ayahanda aku, Shaharuddin B. Ngah Lamat semasa didalam tentera pada tahun 1953, no 3, berdiri dibarisan kedua, didalam bulatan biru.
Aku tidak pernah mengetahui, Allahyarham Ayahanda aku pernah terlibat didalam gerakan menentang Inggeris, sehinggalah aku membaca kertas seminar ini barulah aku mengetahuinya. Semuga Allah SWT merahmati kesemua roh roh para pahlawan diatas. Amin....!
1 comment:
Salam, selepas membaca buku biografi Mustapha Hussin saya berpendapat golongan kiri seperti KMM,API,AWAS dan lain-lain tokoh-tokoh besar seperti Ahmad Boestamam,Ibrahim Yaakob dan Mustapha dan lain-lain penjuang 'yang tidak didendang' adalah pelopor kemerdekaan negara. Menurut buku Mustaha Hussin mereka terlebih dahulu memperkatakan untuk merdeka pada tahun-tahun 1930an lebih dahulu daripada UMNO. Banyak nama-nama yang tidak besar yang ditulis oleh Mustapha, mungkin Rashid Ali termasuk didalam golongan pejuang-pejuang ini tetapi tidak kelihatan dimana-mana rujukan. Sejarah negara perlu diubah semula supaya nama-nama kecil pejuang ini dibesarkan didalam sejarah negara.
Post a Comment