Saturday, April 10, 2010

Kain Apa Ini?

Pada pagi Rabu lepas, aku telah ke Kampong Rahmat, Changkat Sulaiman, Sungkai Perak dan petangnya pula ke Kampong Sayong Lembah dan kampung kandang, Kota Lama kanan, Kuala Kangsar Perak. Sampai ke Kuala Lumpur, rumah sepupu aku di Ampang pukul 1.45 pagi. Bertambah lah lagi pengetahuan dan "rahsia salasilah" yang dicari. Lepak badan aku memandu kereta pagi sampai malam. Sehari sebelumnya aku memandu dari Johor Bahru ke Kl. Tapi berbaloi ler dengan apa yang dicari. Hehehe....lepak..!! Kata slang orang Perak..."jelepek rasanya...!!!

Sebelum ke Perak pada pagi selasanya, sepupu aku telah menunjukan barang lama peninggalan moyang kami. Untuk pengetahuan tuan tuan dan puan puan moyang aku sebelah ayah berasal dari sebelah Sayong, Kuala Kangsar. Aku tak tahu pulak dia ada menyimpan barang lama peninggalan moyang kami yang boleh dianggap pusaka keturunan.

Mengikut cerita sepupu aku, kain tersebut berusia dalam linkungan 300 tahun dan ianya telah diperturunkan dari zaman moyang kami lagi yang ketika itu menginap di Sayong. Kata sepupu aku lagi, kain itu adalah kain Cindai. Entah..., aku tak pasti dan aku tak kenal jenis jenis kain. Betul lah, agaknya...., tapi kualiti kain tersebut aku tengok memang halus dan benangnya adalah dari jenis yang berkualiti.





Pandangan dekat


Ada corak atau patern bunga yang berjalur dibahagian kain tersebut.




Kain ini tidak berjahit untuk menyambungkan kedua dua hujungnya seperti kain pelikat yang dipakai oleh orang lelaki. Ianya adalah seperti kain batik lepas yang tidak berjahit. Kata sepupu aku lagi kain ini kegunaanya untuk menutupi bahagian kepala kaum wanita atau selubung kepala.

Betul ke kain cindai? kalau kain cindai, ianya adalah pakaian kaum bugis...!! Hmmmm....aku dah semak di internet, kalau nak ikutkan bukan kain cindai....rasanya kain samarinda kot. Ada pendapat lain?