Thursday, July 9, 2009

Makam Sultan Mahmod Mangkat Dijulang diKampong Makam, Kota Tinggi, Johor.



Masih ingat lagi kisah Dang Anum, isterinya Megat Sri Rama atau Laksamana Bentan yang dibelah perutnya kerana Sultan Mahmod (atas fitnah pembesar pembesar disekelilingnya yang membenci Megat Sri Rama) mahu melihat benarkah anak yang dikandung olah Dang Anum memang mahu makan buah nangka atau mengidam mahu buah nangka? Dan mengikut ceritanya, setelah dibelah, memang anak yang dikandung nya sedang memegang seulas buah nangka.

Setelah matinya Dang Anum dan anak yang dikandungnya, dan sekembalinya Megat Sri Rama dari tugas dilaut melawan lanun, beliau telah menuntut bela atas kematian isteri dan anak yang dikandungnya dengan menikam Sultan Mahmod yang sedang dijulang diatas tandu dalam perjalanan kemasjid untuk sembahyang jumaat. Namun Sultan Mahmod masih sempat menyumpah 7 keturunan Megat Sri Rama tidak boleh menjejak kaki ke Tanah Kota Tinggi, Johor lalu membaling kerisnya dan terkena pada kaki Megat Sri Rama, lalu, bisa keris tersebut membawa kepada kematianya. Dikhabarkan orang yang tahu ceritanya, kalau sumpahan tersebut dilanggar, keturunan Megat Sri Rama akan muntah darah dan keturunanya itu perlulah keluar dari daerah Kota Tinggi untuk menghilangkanya. Walaubagaimanapun, saya dimaklumkan, sumpahan 7 keturunan tersebut telah tamat lebihkurang 10 - 15 tahun dahulu.

Dengan kematian Sultan Mahmod, maka berakhirlah lah nasab dari keturunan sultan Melaka yang menjadi raja di Johor lama, dek kerana Sultan Mahmod masih bujang dan muda serta tiada baka semasa kematianya. Setelah itulah, Bendahara Johor lama, Tun Habab dan keturunannya telah mengambil alih pemerintahan Johor lama. Dibawah ini nasab dari Sultan terakhir Melaka hinggalah ke Sultan Mahmod mangkat Dijulang.

Didalam video diatas, Saudara dan saudari boleh juga melihat dibahagian luar bawah makam Sultan Mahmod dan keluarganya, terletak sebuah kubur berbatu nesan batu sungai. Itu adalah kubur Kucing Bertanduk. Semasa hidupnya, kucing tersebut adalah kucing kesayangan baginda. Mengikut ceritanya, kucing tersebut selalu berjalan diatas bumbung rumah, makan hanya sayur sayuran sahaja. Kucing tersebut akan menunjukan kelakuan luarbiasa jika ada terdapat bahaya atau musuh. Setelah kematian baginda, kucing tersebut telah merajuk dan tidak mahu makan dan telah mati tidak berapa lama kemudianya.

Didalam video diatas juga saudara dan saudari boleh melihat dibawah pokok besar berhampiran makam, terdapat kubur kubur lama yang telah dipindahkan kesitu dari kawasan berdekatan tapak masjid Jamek bersebelahan makam. Setelah masjid mahu dibesarkan pada akhir tahun 2006, banyak kubur kubur lama tersebut telah dipindahkan ke kawasan bawah pokok tersebut. Semasa kerja kerja pemindahan dijalakan, salah sebuah kubur telah dikorek dan didapati jasad yang menghuni kubur tersebut masih elok dan tidak hancur walaupun kubur tersebut adalah kubur lama. Kubur itu adalah kepunyaan Allahyarham Hj Yusuf Kampong, bekas imam pertama Masjid Jamek kampung Makam, Kota Tinggi. Mengikut cerita orang lama dikawasan tersebut, Allahyarham adalah seorang yang hafaz Al Quraan dan seorang yang berhati mulia semasa hidupnya.



6 comments:

PerpatihTulus said...

ooo terima kasih- terimakasih..
buat pengetahuan tuan-tuan dan puan-puan. walaupun saya orang kota tinggi.. saya tak pernah pergi makam ni.. huhuhu..

Merbawi said...

Jalan jalan la ...bukan jauh benor. Banyak perkara boleh dilihat dan dipelajari.

Anonymous said...

salam.bleh x saudara emailkan saya video citer makam sultan mahmud mangkat dijulang ni.sy nk nk tunjukkan kat anak murid sy semasa pnp.makasih
congeniality84@yahoo.com
makasih

-zila-

Anonymous said...

salam..nak tnya.kalau sedara tahu kan,pekan tua dan kota kara (kubu pertahanan) di mana sekarang?? sy nk tahu kedudukannya skrg..dulukan tmpt ni pernah jd pusat pentdbiran ker johor..:)

Merbawi said...

Salam Cikgu,

Insyallah, nanti akan diemailkan, cuma takut gambarnya tak berapa jelas sebab diambil dengan menggunakan handphone dan formatnya pun 3gp format, bukan Mpeg. Cubalah lihat dahulu nanti.

Pekan Tua dan Kota Kara? ooo...itu memang ada di Kota Tinggi. Lokasinya di hulu Sungai Telor (cawangan sungai Johor) atau kampong Sungai Telor, dikota Tinggi.

Kota Kara ada 2, yang pertama di Pulau Bintan, mengikut sejarahnya, kota kara di Pulau Bintan dibangunkan oleh Sultan Mahmood setelah meninggalkan Melaka pada 1511. Kota Kara ini bertahan dari tahun 1512 - 1526. Kota ini terletak ditepi laut dan istana terletak didaerah Kopak, Bintan. Kota ini musnah akibat serangan Portugis. Setelah itu, sultan mahmod lari ke kampar dan meninggal dunia disana pada 1528.

Pekan Tua dan kota Kara di Sungai telor, Kota tinggi dibina oleh anak sultan mahmod, sultan Alaudin riaayat syah 2 pada 1529 setelah ditabal sebagai sultan menggantikan ayahandanya dan beliau pindah dari kampar ke Johor.

Anonymous said...

oo baru tau kat sg telor..dulu pena gak duk kota tinggi masa kecik2.tp dulu x menghayati pun sejarah..huhu.tau nama tu tp xpena gi lg sg telor..
maknanya,kota kara yg dimaksudkan tu kubu la ye.mcm kubu portugis di melaka ada x?? xdpt bayangkan..:p
tp pe2hal makasih ya..