Angin monson timur laut telah tamat lebih awal daripada masa yang sepatutnya. Sepatutnya dan kebiasaanya musim angin monson akan hanya tamat pada pertengahan bulan Mac, tetapi musim kali ini ianya telah tamat pada pertengahan bulan Februari. Hem... mungkin pusingan bumi sudah tidak berpaksi lagi pada paksi kebiasaanya.
Video diatas telah diambil pada pagi tadi, Mac 6hb 2009, jam 7.30 pagi. Perhatikan ketenangan ombak laut Cina Selatan berbanding dengan video pada masa bulan disember, semasa angin monsoon tengah kuat. Pada kali ini bunyi ombak boleh didengar dengan lebih jelas kerana tidak ada langsung angin yang kuat. Perhatikan juga ombak yang tenang sekali.
Video ini menayangkan permandangan laut Cina Selatan pada pagi jumaat yang tenang, matahari sedang naik dengan sinar yang terang. Ombak yang menghempas lembut dan dengan tenang. Hemmm...nyaman sekali..!!