Salam...!! Sudah hampir penghujung tahun 2008M, hanya tinggal 7 hari sahaja lagi dan penghujung tahun 1429H juga semakin hampir ke penghujungnya, cuma tinggal 4 hari sahaja lagi. Cuaca juga turut berubah megikut musim yang telah ditetapkan oleh Perancangnya. Tidak ada sesiapa pun yang boleh menghentikan cuaca yang dianggap buruk, seperti salji, hujan, angin dan juga kemarau.
Gambar diatas diambil petang tadi, pukul 2.30 petang. inilah laut China selatan atau laut pantai timur Johor. Perhatikan langit yang gelap dan ombak yang menghempas ...ganas..!! Gerun, bunyinya pada waktu malam. Hujan telah turun dari petang semalam, 23 Disember...sampailah waktu ditulis ini...masih lebat, tidak berhenti henti. Angin juga bertiup kencang, juga tanpa henti henti. Hmmm....kalau memakai tali leher tu, memang terbang ajalah talileher tu.
Kebiasaanya, pada zaman terdahulu, angin Monsun Timur Laut ini bertiup dalam bulan November hingga Mac. Angin ini bertiup dari tanah besar China atau lebih tepat lagi dari banjaran Himalaya dan turun keselatan sampai lah Nusantara. Angin ini membawa hawa sejuk dari pergunungan dan angin serta hujan yang banyak.
Kebiasaanya pedagang pedagang dari negeri China pada masa dahulu menggunakan angin ini untuk belayar keselatan dan untuk belayar kembali negeri China, mereka terpaksa menunggu angin Barat Laut yang bertiup barat ke timur pula. Bagi pelayar dan pedagang dari Tanah Arab, India, Parsi dan sekitarnya, mereka menggunakan konsep angin yang sama juga tetapi berlawanan arah pula.
.
Persoalanya...adakah jika kita hidup pada zaman tersebut, beranikah kita mengharungi lautan dengan ombak dan pemandangan yang gelap gulita seperti diatas? Jika pada masa sekarang, rasanya tidak ada masaalah kerana adanya bantuan dari alatan canggih seperti GPRS, radar, sistem komunikasi elektronik dan lain lain lagi.
Pada masa dahulu...jika dada tidak penuh dengan ilmu, semangat dan pengetahuan mengenai lautan..rasanya, harus sukar juga menempuhinya. Apa yang kita boleh katakan kepada mereka yang telah mengharunginya, 400 - 500 tahun terdahulu....SALUTE TO THOSE ALL BRAVE AND CLEVER SAILORS...!!
SELAMAT TAHUN BARU HIJRAH 1430H DAN 2009M..!!!